Friday, September 26, 2014

Kisah AKU n Koleksi Duit Lama

Assalamualaikum, 
Setiap orang mesti ada benda lama yang disimpan untuk kenangan or sebagai koleksi. Ada yang suka kumpul setem, ada yang collect duit lama, ada yang suka simpan pinggan mangkuk vintage macam mak aku. Aku pulak? Memang tak minat sangat nak mengumpul benda-benda lama ni but in my possession, aku ada some of duit lama dari zaman , Hari ni aku nak berkongsi dengan korang koleksi duit lama yang aku ada. 
Ni lah dia, beberapa keping duit kertas Malaysia \, syiling Malaysia dan juga sekeping syiling Dollar Singapura tahun 1990
Ni RM 10 . Tak tau siri keberapa, nampak macam samada Siri Ketiga since prefix depan start dengan huruf G iaitu G/10 863579. Siri Ketiga ialah keluaran tahun 1976 sampai 1981. So, tak berapa sure the exact date untuk not RM 10 ni. Condition pulak maybe "Very Fine" since ada kesan lipatan, dan ada terkoyak sedikit. But, kaler still okay dan kertas still keras lagi.
Haa, not RM 5 ni pulak ialah Siri Kedua, confirmed. Sebab prefix start dengan huruf A iaitu A/50 037122. Siri Kedua ialah keluaran tahun 1972 - 1976. Condition boleh digambarkan sebagai "Very Fine" since ada kesan koyak yang kecil, kesan lipatan minimal dan kaler yang masih terang.
Aku ada 4 keping not RM1 dengan 3 prefix yang bermula dengan huruf P iaitu P/7 760479, P/79 821248 dan juga P/61 051044. Condition ketiga-tiganya dalam keadaan "Fine" dimana  terdapat kesan lipatan, kertas yang dah tak keras dan juga warna yang pudar. Prefix P ialah Siri Keempat, iaitu keluaran tahun 1981.Sekeping lagi mempunyai condition yang "Extremely Fine" dimana kesan lipatan sangat minimal, ada penjuru yang tajam, kertas masih dalam keadaan yang keras, permukaan yang bersih dan kaler yang still terang. Ia adalah Siri Pertama, keluaran tahun 1967 hingga 1972 dengan prefix bermula dengan huruf B iaitu B/17 927879.
Syiling-syiling ni pulak semuanya RM 1 ranged from 1992 (2), 1993 (1), 1994 (2) dan juga 1995 (1). Ada jugak satu 1 Singapore Dollar tahun 1990.  
So guys, itu lah koleksi persendirian yang aku ada. Banyak research aku buat semata-mata nak update entri ni, haha. Research pasal condition, edition dan juga value. Memang tak dinafikan, kat luar sana tu memang ramai pengumpul duit-duit lama ni, bukannya terhad kat matawang Malaysia je, kadang-kadang negara yang aku tak tau pun ada yang kumpul jugak..huu. Nampak tak betapa luasnya hobi ni. So, korang pun mesti ada jugak simpan kan? Kalau ada share-share lah sikit cerita kat sini..:-)

No comments:

Post a Comment