Tuesday, September 9, 2014

Kisah AKU n ADS 660 - Seminar in Global Affairs

Assalamualaikum junior-junior sekalian, aku tahu memang ramai antara korang yang mencari-cari resource berkenaan dengan elektif ni kan? Personally, memang ada 5-6 orang junior FSPPP yang call aku untuk mendapatkan maklumat pasal subjek Seminar in Global Affairs ni. Baiklah, sebagai student semester enam, hanya akan ada dua elektif je yang ditawarkan bagi siswa dan siswi BAS iaitu Seminar in Public Management, dan juga Seminar in Global Affairs.
And I'm a proud student of Global Affairs, huhu. Elektif dalam kos BAS ni walaupun nampak remeh tapi sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam student-student. Seperti yang korang tahu, kos ni takde major, but kata lecturer aku - melalui pemilihan elektif lah yang menentukan dimana major seseorang student tu dan untuk aku, 3 daripada 4 subjek elektif memang berkait antara satu sama lain. Bermula dengan International Relations, bersambung dengan South East Asian Affairs, diteruskan dengan Employee Benefit Administration (terkeluar..haha) dan yang terakhir sekali Seminar in Global Affairs. Memang ianya designed untuk inter-relationship.
Okay, secara asasnya subjek ni merupakan direct successor untuk subjek International Relations yang ada daripada korang dah amik time Part 3 tu. So, tak terkejutlah ada some of the topik dalam silibus subjek ni dah pun diajar, cuma lagi advance. Seperti IR, subjek ni memerlukan pemahaman kukuh student dalam teori berkaitan global affairs, dan juga isu-isu semasa yang berlaku kat dunia global sekarang ni, sebagai contoh Isu Lahad Datu, MH370, MH17, Israel-Palestin dan sebagainya. Student mestilah tahu bagaimana nak aplikasi kan teori-teori yang diajar dengan isu-isu tu yang datangnya dari case study dan juga tutorial question.

Time exam memang akan keluar soalan berkaitan isu-isu ni. So, student semua diminta untuk alert dengan isu-isu global dan perlulah rajin nak amik port berita-berita ni..Erm, aku nak share jugaklah beberapa topik yang ada dalam silibus Seminar in Global Affairs ni..:-)

1) International Relations - Realpolitik
2) Cold War - Background & Legacy
3) The New World Order - Vietnam's Syndrome
4) An Analytical Framework - Unipolar & Multipolar, Anti U.S Sentiment
5) European Union - Background, Germany's Strength, EU Crisis
6) Human Rights - Concept & Practices, Myanmar Issue
7) Terrorism - Concept, WTC, Islamophobia, Counter-Terrorism
8) Security & Conflict Resolution - Concept, Multilateral and Bilateral
9) Globalization - Trade Liberalization, Environmental Protection, Global Movement of People (Migration, Trafficking etc.)
10) The Rise of China - China & ASEAN, The Decline of U.S Supremacy, South China Sea Issue
Haa, macam mana korang? Okay tak..don't worry lah - no problem sangat sebenarnya, yang penting kena suka and minat baca pasal isu and berita luar negara. Theoretically, memang best sangat subjek ni - sebab at the end, kita mampu untuk interpret dengan secara ilmiah apa yang berlaku kat dunia sekarang ni. Kenapa Malaysia tak hantar bantuan tentera kat Palestin? Kenapa guna diplomasi? Kenapa Malaysia tak recognize pelarian? Semua benda ni akan dapat korang jawab dengan penuh ilmu, dan sangat berguna bila berdebat dengan macai-macai pembangkang yang tau menyalak, tapi sekadar tin kosong je..Betul tak?

Oh, terlupa pulak..buku teks memang aku takde. Semuanya guna slides - siapa yang amik IR dulu selak-selak lah notes time part 3 tu - memang sangat berguna untuk tambah point lagi. Nota-nota akan dibekalkan oleh lecturer korang kat i-Learn.
Erm, mesti ada yang nak tau kat berapa abang senior ni dapat kan? Haa, klik lah kat gambar tu untuk tumbesaran..hihi

So adik-adik, buat pilihan yang tepat - kalau minat pasal IR atau menyimpan cita-cita nak kerja kat Ministry of Foreign Affairs tu, subjek ni merupakan yang terbaik abang boleh recommend. But, kalau rasa jiwa lagi kena dengan pengurusan awam, Seminar in Public Management yang okay untuk korang. Apa-apapun abang wish korang-korang semua the best of luck ye untuk semester terakhir ni. Kalau ada apa-apa nak tanya pasal subjek ni, contact je kat e-mel..

3 comments:

  1. assalammualaikum. saya pelajar fspp jugak and dalam kemuskilan dalam subjek elektif. terus terang saya katakan saya berminat subjek teresebut kerana lecturer yang motivated and banyak pengalaman dan baik. dan saya sangat teruja nak masuk kelas ni. tapi dia juga dah bagi warn awal2 sebab subjek ni agak susah jugak. jadi saya nak tanya pada senior apa yang sepatutnya saya lakukan untk score subjek ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, pada pendapat saya kalau datang subjek-subjek membaca, lagi-lagi yang luar negara macam Global Affairs ni - nak excel mestilah rajin membaca. Baca artikel, newspaper dalam dan luar negara sebagai contoh Jakarta Post. Insya Allah lagi senang faham dan juga akan memudahkan student lagi-lagi time nak bagi example bila jawab esei nanti.

      Delete
  2. Terima kasih ye Fred Mcbride. Ini sangat membantu.

    ReplyDelete