Friday, August 22, 2014

Kisah AKU n Hati Lelaki

Assalamualaikum,

Bila bercerita tentang perhubungan, of course bila ada masalah, lelaki yang selalu dipersalahkan. Norms kot? Tapi persoalannya sejauh manakah cerita hati insan yang bergelar lelaki ni.

Kadang-kadang niat kita ni menegur bukan sebab tak suka ataupun memperkecilkan, tapi sebab kita sayangkan insan bergelar wanita itu. Selalu aku terbaca kat newspaper, masalah suami isteri yang si isteri tertekan dengan sikap suami yang selalu menegur penampilan, cara pemakaian  outdated etc.

Aku sebagai lelaki pun memang rasa this is not an issue. Bila lelaki tegur tu maksudnya dia sayang, sebab dia sayang lah dia tak mahu perasaan kasih yang dibelai selama ni pudar disebabkan benda sekecil macam tu. Tak susah pun rasanya, tak pernah ke nak fikir yang lelaki ni pun ada hati dan perasaan.

No wonder lah kalau lelaki 'makan luar', kalau teguran yang diberi ditolak mentah-mentah, dah la ditolak lepas tu merajuk pulak minta dipujuk. Bak kata skrip klasik 'kalau awak sayangkan saya jangan cakap macam tu lagi'. Serba salah hati lelaki ni sebenarnya. Bila dipujuk, tentunya the outcome tak seperti yang kita expect. Bila tak dipujuk pulak , memang tarik muka lah dibuatnya.

Bila fikirkan balik teguran ataupun permintaan tu kadang-kadang kecil sahaja pada zahirnya, ada jugak yang tak menyalahi hukum syarak pun, tapi hati perempuan pulak yang membesar-besarkannya seakan-akan 'saya bagi kata dua je, samada awak pujuk or biarkan..'

Tapi tu lah kawan-kawan, wanita ni memang fitrahnya macam tu kot. Susah nak faham hati diorang sebenarnya, dan of course, lagi susah nak memikirkan cara nak solve the problem untuk dapatkan win-win situation.

Kan?

4 comments:

  1. Jadi salah siapa sebenarnya ? Si perempuan yg tidak mampu menjadi sempurna atau si lelaki yg mahu segalanya sempurna ? Macam mana nak atasi semua ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, tu yang saya tak tahu nak olah dan saya harap ada perempuan kat sini yang boleh bagi reasonable stand untuk topik ni.

      Apa yang saya faham kat sini, kadang-kadang yang lelaki ni tak de lah minta jadi sempurna sangat, mungkin dia nak something yang baru supaya dia tak perlu cari yang baru, since dia rasa si perempuan ada value tu but cuma perlu dikeluarkan.

      Mungkin sebab permpuan rasa yang permintaan kecil tu macam satu isu global kot.

      Nak atasi bagi saya, kena memahami antara satu sama lain. Lelaki kena bagitau sejujurnya apa reason disebalik sesuatu itu. Perempuan pulak jangan lah terus nak menarik muka, tetapi cuba mendengar.

      Delete
  2. "Dia nak something yang baru supaya dia tak perlu cari yang baru"

    Boleh bg further explanation ? Something yang baru seperti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita manusia ni hidup perlukan progress, jarang manusia kat muka bumi ni bertahan dengan sesuatu dalam jangka masa yang panjang. Mesti nak perubahan walau sedikit. Itu lah maksud saya yang baru. Perubahan.

      Lelaki ni tahu yang pasangan nya boleh, or at least ada potensi untuk buat something yang mengembirakan dia. Saya sendiri melalui pengalaman lepas berpeluang rasa situasi macam ni.

      Ex saya dulu pernah cakap kalaulah saya dapat jadi tough sikit (saya memang keding gila dulu..haha). Saya faham. Saya tahu dulu kenapa dia cakap macam tu sebab pada mata dia mungkin nak saya berubah sikit or mungkin for the sake of our future. Okay, why not? Kalau itu yang buat awak happy. At least saya try.

      See, perempuan pun boleh minta. Kenapa bila lelaki punya turn pulak, macam-macam alasan yang dapat? Sebab tu saya tulis entri ni. Cuma nak bertanya kat perempuan, why?

      Maksud "supaya dia tak perlu cari yang baru"? Simple je, kalau pasangan tu faham dan willing to take some point untuk berubah. Of couse, takde reason pun untuk cari yang baru sebab pasangannya tadi dah tunjuk positif attitude demi hubungan mereka.

      Menjawab tak?

      Delete