Assalamualaikum semua, maaf la lama tak update blog ni. Tengah dalam proses yang agresif nak mencari kerja ni, so takde masa pulak nak berblogging time-time ni. Buat pulak, memang takde cerita pun nak tulis kat sini, minggu depan kot baru nak beraya dengan geng-geng sekolah aku dulu tu. Okay lah, tak nak bermukadimah panjang sangat, hari ni aku akan buat satu lagi review tentang sebuah lagi aplikasi Android.
Tadaa!! Ini lah game yang aku maksudkan - Office Story by App Dev Story International. Game ni bersifat simulasi perniagaan dimana player akan diberikan peluang untuk mengurus sebuah syarikat kecil yang mulanya berpangkalan hanya didalam garaj kecil. Dan player merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membawa transformation dalam company tu.
Dalam game ni, player akan take role as the manager in all functional department - baik dari segi HR Manager yang fungsinya hire new employee, dan juga provide training kepada pekerja-pekerja.
Sampailah ke role Office Manager yang bertanggungjawab untuk memastikan inventori oficce seperti peralatan, perabot ofis berada didalam keadaan baik, dan juga menepati kehendak employees.
But, the real managing experience dalam game Office Story ni ialah apabila player termasuk didalam strategic management untuk company mereka, dimana player mestilah mencapai objektif didalam business plan yang merangkumi profit, expansion plan, new market penetration dan sebagainya.
Okay lah, mesti korang tertanya-tanya kan apa bisnes yang ada dalam Office Story ni kan? Fundamentally, ada satu je bisnes iaitu mobile software development dimana player akan venture didalam bisnes membangunkan aplikasi dan juga mobile games. Each day, akan ada market survey yang bagi report tentang market, yang membolehkan player membuat reported decision untuk membangunkan the next aplikasi.
Populariti aplikasi bergantung kepada jumlah hype yang dikumpul player sepanjang pembikinan. Player boleh monitor Hype Meter yang kat belah kanan tu, the more hype yang player dapat, possibility untuk aplikasi tu diterima public menjadi lagi tinggi.
At the end of the project, player boleh monitor dan assess performance, melalui jumlah profit, audience (download), top position dan juga rating yang diberikan oleh critics. Untuk prestasi dalaman, player boleh menilai team effort, iaitu sejauh mana effort yang diberikan oleh employees dalam sesebuah projek tu. Yang kurang, mestilah diberi training untuk meningkatkan produktiviti.
On to grafik, semuanya dalam 3D which is good. Player tak boleh design office kecuali placement untuk meja dan juga amenities, and office's design bergantung kepada level player itu. Lupa pulak nak inform, yang pada mulanya player's office hanyalah sebuah garaj kecil yang boleh memuatkan 4 pekerja je. In progress, player akan buat a series of expansion plan ke seluruh dunia, dan akhirnya menjadi office besar yang boleh memuatkan up to 24 pekerja - macam office aku kat New York ni..:-)
And of course, once player dah habis all the mission yang diberi - player boleh sambung main dalam free flight, dan develop banyak lagi aplikasi.
Macam mana nak tau yang korang dah habis mission? Huu, bila patung emas korang ni siap dibina. Cool kan?
Okayh guys, game ni overall memang best - audio, video dan juga concept memang excellent bagi student management macam aku ni. Even adik and kakak aku pun layan jugak game ni and kami compete each other untuk tengok berapa banyak kutipan yang boleh buat untuk satu projek..huu. Apa-apapun game ni memang highly addictive.
No comments:
Post a Comment