Sunday, May 7, 2017

Kisah AKU n Jimba-Jimbo @ Space U8

Assalamualaikum,

Ni hujung minggu ketiga berturut-turut aku duduk kat rumah sorang-sorang. Minggu pertama family pergi bercuti, minggu lepas ke Muar menghadiri majlis persandingan Sofea & Nordin. Hat minggu ni pulak pergi melawat adik kat Nilai, kebetulan Opah ada kat sana jugak. Hari Selasa ni baru balik katanya. Okay, tak nak cakap banyak. Nak kongsi sikit aktiviti semalam aku kat Shah Alam bersama Brotherhood UiTM..:-)
OOTN semalam. Lama tak pakai baju polka dot ni. Hee
Aku keluar rumah around 8.30 malam dan sampai sekitar jam 9. Terus pick up bro Joe dan Yat kat rumah sewa diorang and heading to Space U8. Niat hati nak berkarok + tengok wayang. Tapi cerita semua cam shit, so kami putuskan untuk karok je.
Betul tak aku cakap, asal datang Shah Alam diorang berdua ni lah yang selalu ada pun. Pok Jad tah mana hilang semalam. Since ada plenty of time, 2 jam setengah jugak kami lenjan. Mana taknya, last karok dengan diorang ni bulan 1 hari tu. Sangap derr.. Huu
Sabar menunggu giliran. Huu
Feeling habis si Yat ni nyanyi lagu Kangen Band. Haha
Freddy in action. Amazingly, update pulak lagu-lagu kat sini. Syamel ada, Haqiem Rusli ada. Wany Hasrita pun ada beb!
Haha. Korang tengok Space U8 ni. Baru pukul 1 kot, dah gelap camni. Tapi mall ni remain my favourite when it comes to meluangkan hujung minggu. Sebabnya, tak ramai orang, parking pun senang. Nak cari tempat makan pun ada banyak dekat area U8 ni.:-)
Snap gambar seround before balik.
Nak jugak. Diorang dah masak dengan habit aku ni. Sejak zaman belajar lagi. Huu
Singgah late dinner kat Khalifah. Tempat lepak zaman muda-muda dulu. :-p
Around 2.30 pagi, aku hantar diorang balik and made my way straightly to Rawang. Sampai rumah solat Isya dulu before ketiduran.

Okay lah guys, nak main Total War jap. Malam ni tak sabar nak tengok final match Newcastle kat Championship ni. Maklumlah, season depan dah main Premier League. Berjumpa lagi dilain entry ye. Till then, take care!

P/S: Saja main Napoleon: Total War ni balik, semuanya gara-gara tengok Miniseries Napoleon kat History Channel hari tu..:-)

Saturday, May 6, 2017

Kisah AKU n Mohd Chan Bukit Beruntung: Repeat!

Assalamualaikum,

Malam Rabu I had a dinner with my family dekat Mohd Chan Bukit Beruntung. Bulan 1 hari tu ada bawa family, sekali dengan Opah dan Acik Fendy datang sini tapi aku kena kecam hebat. Haha. Semuanya gara-gara kebanyakan menu tak available, late servis dan juga rasa yang kurang memuaskan. Yang aku ni pulak yakin 100% makanan kat sini memang sedap lepas iftar Ramadhan dengan rakan sepejabat di Malpro tahun lepas. So untuk membuktikan jugak, aku bawak diorang repeat untuk second time. Haha
Niat hati dah lama nak belanja family makan, buat pulak minggu ni Admin Dept dah bayar claim parking RM 200 kat aku. Memang kenalah timing duit masuk. Early hari tu jugak aku belanja akak-akak HQ lunch dekat Boat Noodles M3 Mall, RM 100 jugak habis. Takpelah, bukan selalu pun..:-)
Haa, untuk kali ni tak cakap banyak aku terus recommend set untuk 4 pax ni. Time first visit dulu sebab masing-masing amik ala-carte tu yang jadi tak best, ada ke makan Maggi Sup. Baik pergi makan kat Salam Hotel tu je. Haha.
Set A yang berharga RM 170 ni comes with 6 main courses - Steamed Fish, Tom Yam Seafood Soup, Baby Kailan + Salted Fish, Crispy Cuttlefish, Kam Heong Chicken, Fu Yong Omelette. And then ada jugak side order seperti Dim Sum as well as Chinese Tea. Haa, macam mana? Puas hati tak menu dia, berbaloi-baloi lah gua cakap..:-)
Along pun ada hari tu, cuma adik je absent since still kuliah kat USIM. So, after we had our dinner aku pun tanyalah verdict diorang. Kali ni memang puas hati katanya, kenyang tak terhingga. Tengok tu Haji Chan, saya sanggup bawak family datang untuk kali kedua semata-mata nak mengembalikan reputasi restoran Haji yang mantap ni. Huu
Balik rumah dalam pukul 10 malam, sambung main FIFA10. Haha, tak boleh blah hang ni Farid. Orang lain dah main FIFA17, yang hang ni ketinggalan 7 tahun apa hal? Aaahh takpe, janji Newcastle aku grabbed 6 piala (Europe Super Cup: Tiada dalam gambar) malam tu.

Okay lah, nak tidur. Mengantuk pulak. Selalunya waktu macam ni tengah ngeteh dengan bro-bro, tapi semua pakat sibuk pulak minggu ni. Esok nak ke Shah Alam, dah lama tak melawat rakan-rakan seperjuangan. Dapat karok 2-3 jam elok jugak, gua dah sangap ni. Haha

P/S: Nervous pulak tunggu Ahad ni match Newcastle VS Barnsley. Nothing to worry, kita dah promoted pun. Cuma nak tengok boleh menang title ke tak je..:-)

Tuesday, May 2, 2017

Kisah AKU n 2 Mei 2017

Assalamualaikum,

2 Mei. Satu tarikh keramat yang sentiasa diraikan sepanjang tahun dalam blog ni.
Yes, betul tu. Today marked the 7th anniversary of my beloved diarimcbride. Happy birthday my dear!
Personal blog yang diasaskan pada 2 Mei 2010 ini maintain personally by aku sendiri. Ianya merupakan antara salah satu benda yang paling dekat dengan aku selain keluarga dan rakan-rakan. In fact, aku dah anggap blog ni sebahagian dari hidup aku. Blog ni lah tempat aku meluahkan perasan, berkongsi cerita dan macam-macam lagi lah. Dulu selalu jugak buat review video games, resepi dan politik. Tapi tang tu dah slow sikit. So, kebanyakkan entri dicedok dari ringkasan aktiviti mingguan yang aku buat.
Tengok lah tu. 786 entries dicatatkan dalam masa 7 tahun which roughly takes 110 entries each year. Kalau tengok jumlah entri memang semakin menurun tapi belumlah sampai tahap membimbangkan. Kesibukan di tempat kerja, plus aktiviti mingguan dengan kawan-kawan yang berkurang rasanya menjadi the main reasons. But, apa-apapun seperti yang dijanjikan dalam azam aku - satu minggu satu entri tu In Sha Allah tiada masalah nak commit..:-)

Well, it need commitment and of course, passion. Takde passion, tu lah cepat boring and terkandas. Tapi yang aku perhatikan sejak kehadiran platform sosial baru seperti Instagram. Industri blogging ni pun dah sendu, cuma ada lah beberapa percent yang still bertahan. Termasuklah aku. Huu

Akhir kata, aku bersyukur kepada Allah yang memberi kekuatan untuk terus menaip disini. Can you imagine, dah 7 tahun beb! Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pelawat-pelawat walaupun aku tahu dari beratus-ratus entri tu, cuma 4-5 je yang popular. Huu. Happy birthday again to my blog dan juga kepada ownernya. Semoga sukses selalu! Amin In Sha Allah.