Monday, May 4, 2015

Kisah AKU, Brotherhood Sungai Buaya n Pangkor - Day 1

Assalamualaikum,

Macam mana cuti kali ni kawan-kawan? Untuk cuti kali ni, aku meluangkan masa bersama dengan dua orang my trusted friend sejak zaman sekolah lagi, Afiq and Dolah for a short vacation di Pulau Pangkor, Perak selama 3 hari 2 malam. So, it gonna a be three separated entries, based on each day. Ok lah, kalau ada masa moh le selak-selak sikit travel jurnal aku kali ni,
Kami gerak dari Rawang dalam pukul 11 malam Khamis dan sampai ke Lumut kira-kira pukul 2 pagi.
Masing-masing muka ngantuk je, sampai Lumut terus cari Mamak and lepak sampai Subuh. Mana taknya, aku sampai rumah from ofis pun pukul 9 malam.:-p
And we meet again ya Terminal Lumut. Dah berkali-kali aku ke Pangkor ni sebenarnya, cuma kali ni first time pergi dengan Brotherhood Sungai Buaya..:-)
Pukul 8 AM - We had our breakfast first before meninggalkan Lumut untuk ke Pulau Pangkor.
Bergambar dulu sebelum naik feri.
Welfie didalam feri, apa kebendanya muka si Dolah tu?
Bergambar lagi diatas deck feri. Time ni masing-masing dah ingat katil kat chalet je, ngantuk gila beb!
10 AM - Ketibaan di Jeti Pangkor.
Unlike seperti travel sebelumnya dengan family and kawan-kawan Asasi, untuk kali ni aku cadangkan untuk sewa motor, senang nak mobilize kat pulau ni which is memang terbukti mudah, cuma jalan kat sini agak dangerous sikit.
Kami menginap di Uptown Beach Resort di Pantai Pasir Bogak, ni pun nasib-nasib je dapat since kitorang memang redah je ke pulau ni without any plan, dengan tak buat apa-apa booking pun..haha
Bilik nya memang tinggi ke atas sikit, but dapat nampak pemandangan cantik jugak menghadap laut dan Pulau Pangkor Laut kat depan tu..:-)
As being expected, memang kitorang terbungkang tidur dari pukul 12 sampai lah pukul 5 petang..:-)
5.30 - Dolah kata dia nak scout pulau ni dulu, while aku and Afiq cari port baik kat pantai depan resort ni.
Kat Pasir Bogak ni tak semeriah macam kat Teluk Nipah, but still ada some handful operator yang handle aktiviti laut. Kedai makan and souvenir shop pun tak sebanyak kat Teluk Nipah, the best thing kat sini ialah distance yang dekat dengan Pekan Pangkor. Tu je.:-)
7 PM - Kami naik ke bilik, Dolah pun dah habis scout satu pulau katanya and dah aim some tempat yang menarik untuk kitorang pergi esok.
Malam tu dalam pukul 9 kami ke nearest seafood restaurant kat Pasir Bogak n, sebab time ni kami sewa satu motor je, so kena ulang-alik. Esoknya baru aku sewa satu lagi untuk mudahkan perjalanan kami sepanjang 3 hari ni..:-)
Tunggu 2 jam beb, dari pukul 9.30 sampai 11.30 malam semata-mata nak isi perut kitorang yang tak makan dari pukul 8 pagi..:-p

So, itulah diari hari pertama untuk percutian aku bersama kawan-kawan baik aku kat Sungai Buaya ni, 2 more entries akan menyusul. Stay tune!

P/S: Rugi tak bawak controller hari tu.

Saturday, May 2, 2015

Kisah AKU n 2 Mei 2015

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan tarikh istimewa bagi aku dan juga blog ni.
Happy birthday to my beloved blog yang ke 5..huu, dah masuk 5 tahun dah diarimcbride ni. Rasa macam tak percaya pulak yang aku ni dah 5 tahun blogging. Masih lagi aktif menulis entri but nak kata konsisten macam tahun-tahun lepas tu tak berani lah aku nak jamin. Sejak berkerja ni memang jarang jugak aku update blog ni. But hey, still ada entri jugak but pada kadar yang sikit and tak agresif macam dulu.

Akhir kata, terima kasih kepada Allah kerana memberi aku kekuatan untuk masih lagi bergerak sebagai blogger. Terima kasih juga kepada pelawat-pelawat yang hadir membaca entri-entri picisan dalam ni, semoga korang terus sukses dalam kehidupan korang ye.

P/S: Best bila jadi blogger ni, kalau strangers nak tahu pasal kita. The answer will always be "Do check my blog since day one until the latest one"..haha

Sunday, April 26, 2015

Kisah AKU n An Evening at USJ

Assalamualaikum,

Mak ayah ada kat Perak sekarang ni menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku kat Ipoh, dengar-dengarnya lepas Maghrib tadi baru gerak dari kampung ke Rawang. So, hari ni aku diberi tugas untuk menghantar satu-satunya akak aku ni ke Subang Jaya untuk menghadiri event anjuran company dia.
Kami gerak dari Sungai Buaya dalam pukul 11, ingat gerak awal takut sesat. Last-last sampai pukul 12, sedangkan event pukul 1.
Singgah lunch dulu. Kecik je badan aku ni macam budak sekolah sedangkan umur dah 23..:-)
Akak aku ni Project Executive kat Public Synergy Power ni, application developer dalam bidang public security. So, event tadi tu a part of diorang punya road tour kat kawasan Rukun Tetangga area Subang Jaya ni..:-)
Ni lah venue event tadi, kat Dewan Komuniti USJ 2/4S. Event ni dianjurkan dengan kerjasama IPD Subang Jaya, Rukun Tetangga USJ 2/4S dan juga PSP. Trueventus takde apa-apa role tau dalam ni, aku observer je tadi..hehe
Ingat tadi nak berjalan-jalan lah kat area Subang Jaya ni, window shopping kat Sunway tu. Tiba-tiba terfikir pulak nanti nak topup minyak lagi, duit pun bukan ada sangat belum gaji ni. So, aku decide untuk lepak dan tunggu je sepanjang 3 jam tu.:-p
Time ni lah nak test tengok movie dalam kereta aku ni..huu, rasa awesome betul pakai Myvi ni..:-)
Another part yang awesome dalam ni, seat yang boleh dibaringkan which is good for having a good power nap. Tapi cuaca boleh tahan panas tadi, so tak de function jugak walaupun parking bawah pokok.
Amik bantal dalam kereta and then sambung tidur macam orang takde rumah kat pondok ni..haha. Ada jugak lah some residen kat sini yang tengok aku semacam tadi, mesti ingat aku ni gelandangan..lol
Dalam pukul 3.30 tu cuaca nampak redup sikit so aku berjalan-jalan lah kat kejiranan ni. Memang bersih dan kemas, landskap cantik, taman rekreasi terjaga. Confirm KRT diorang rajin buat kerja..:-)
Gian nak main buaian..haha, seronok betul tadi. Dah lama beb tak main benda-benda macam ni. Aku pun tak ingat bila last main buai ni..haha
Dalam pukul 4.20, the event was concluded. Balik Rawang ikut Guthrie lagi cepat sampai sebenarnya walaupun berderet tol. Pukul 5 dah sampai our hometown..:-)
Singgah McD Rawang and had an early dinner with my sis. Semalam KFC, hari ni McD, mana badan tak naik. Jemu lah makan nasi hari-hari, sekali sekala nak makan fast food hari minggu macam ni.

Sampai rumah pukul 5.45, cuci kereta and motor sikit, pastu terbungkang sampai lah pukul 8 tadi.

P/S: Minggu ni kerja 4 hari je, malam Khamis nak ke Pangkor..yeah!!