Thursday, November 7, 2013

Kisah AKU n Training SAF Pt. 2

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, hari ni aku nak update sikit perjalanan team boling padang FSPPP pada minggu ni, dah masuk minggu yang ketiga kami training. But still, takde team perempuan yang turun training. Rupa-rupanya Syikin kata yang budak-budak tu nak tarik diri. Ok lah, untuk team lelaki pulak, setiap minggu ada improvement, baik dari segi attendance dan juga permainan.
Macam biasa lah, waktu training still pukul 5.30 petang - dan yang terkejutnya dua orang ni datang lagi awal daripada aku..haha. Oh lupa nak introduce, yang pakai baju merah plain tu namanya Edy.
Edy ni fast learner, baru main hari ni but dah ada slight improvement. Dari segi leretan, line dan juga weight. Semuanya okay! Cumanya kena selalu turun training untuk jadi lagi konsisten.
Bersama Afzan, dia ni memang selalu turun training. Maybe sebab kami pernah merasakan keperitan kalah semua game SAF yang lepas gara-gara kekurangan training dan knowledge, huk
Tadi kitorang ada exhibition match dengan team FSPU. Main saja-saja sebab kami diorang nak kongsi rink dengan kitorang. Bagus lah, baru bagi simulasi game sikit kat budak-budak ni..:-)
Ni skipper FSPPP tadi - ada bakat dah tu Aqmil. SAF nanti kau jadi skipper eh..
Aku main jadi Second tadi. Serius seronok tadi, sebab dah lama tak main match dengan orang lain..
 
Sekitar pukul 7 petang, exhibition pun habis . Sempat main 3 ends je and korang rasa-raas apa result game tadi?
Team FSPPP berjaya menewaskan FSPU dengan jumlah 4-1..huu, tahniah-tahniah, walaupun exhibition tapi rasanya kalau rentak permainan tadi boleh dikekalkan time game - Insya Allah, kita boleh survive dalam grouping..Amin
Trust Us, We're Lawn Bowler!! The Power of Policy!!

p/s: Azle!! bila kau nak turun training ni!! Tinggal 2 sesi je lagi.

Wednesday, November 6, 2013

Kisah AKU n Company Presentation

Assalamualaikum semua, rajin nampak hari ni sampai update dua entri? Tengah ada masa ni apa salah nak update kan, ini pun nak gerak pergi rumah kawan untuk discussion SOCSEC. Project Management is one of the best subject bagi aku, sebab nature subject ni bersifat praktikal dan simulasi dimana student-student mampu untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dengan a real situation as project team. Dan aku, tak terlepas jugak.
Stage I dalam project proposal ni ialah menubuhkan company dan aku yang memegang jawatan Project Manager memilih untuk menubuhkan sebuah company berteraskan Property Development yang diberi nama SUMMIT Pte Ltd. Tak boleh nak describe banyak, nanti bocor pulak rahsia syarikat..lol
Basically, ni lah organization company kami. Kami 4 orang je yang ada direct role dalam project ni, sebab yang lain tu dummy je. Ini aku edit sikit yang Onyx punya, tapi takde lah amik bulat-bulat. Nampak tu, Mr. Farid - Project Department..:-)
Lepas present depan Dr. Aliza tadi, alhamdulillah respons yang baik - very good presentation katanya. Harap-harap aku dapatlah perform dalam subjek ni, dan dengan kesungguhan dan komitmen - insyallah, aku akan cuba bawa project team aku untuk merangkul ketiga-tiga award pada full project presentation pada bulan 12 nanti. Amin

Wish me luck okay!!

Kisah AKU n Nasi Goreng Hack n Slash!!

Assalamualaikum dan haloo semua!! cuti memang cukup je sebenarnya nak balik Rawang but atas desakan kerja yang menimbun, aku dan housemate memilih untuk stay kat Shah Alam ni, and reorganize kerja-kerja yang tertangguh tu. Ok lah, kisah pulak aku nak buat entri pasal study lagi - this time, nak cerita pasal resepi dapur orang bujang and resepi ni aku namakan Hack N Slash Fried Rice..:-)
Macam biasa, bahan-bahan semua sama je macam nak buat nasi goreng. Tapi, ni versi bajet student lelaki lah...haha, since bukak-bukak fridge pun ada sausages, telur and pepper je. Sayur, bawang semua takde..sobs. Bukan apa, kalau beli pun biar busuk macam tu je sebab takde masa nak masak.
Since nama pun Hack N Slash, stail potong sausages pun bajet macam main Fruit Ninja, tu yang jadi ketul-ketul macam tu..lol. So, lepas potong - goreng je lah sampai nampak dah masak.
Telur merupakan satu bahan penting dalam resepi ini - seiring dengan nama resepi ni yang aku dah malas nak mentioned berkali-kali. Telur yang digoreng, dicincang dan dipotong jugak menjadi ketulan-ketulan kecil tapi tebal..
First time, nasi yang dimasak agak menjadi..haha. Nasib baik ada Afiq, dia memang pakar sikit bab nak masak nasi ni..:-p
Tumiskan ketulan sausages and telur bersama perencah nasi goreng. Kalau ada bawang mesti lagi best. But, untuk menambah perasa - aku tabur sikit pepper time tengah tumis tu..See, budak-budak laki ni bila masak tau je apa nak tambah-tambah..haha
Tadaa!! Tak lama pun, ada lah dalam 10 minit buat semua ni. At least berkhasiat sikit daripada makan maggi..:-)
Siap untuk dihidang dan dimakan bersama housemate. Senang kan?