Friday, September 20, 2013

Kisah AKU n Mari BerFUTSAL!!

Assalamualaikum semua, maaf lah atas kelewatan nak update blog ni. Bukannya takde masa, cuma tak benda nak story, plus awal-awal semester ni agak celaru sikit especially bila nak beli buku, kelas, dan juga grouping. Buat pulak, sekarang niaku tengah gila main Mount and Blade With Fire & Swords, haa..memang malas lah rasa nak update. Tapi game ni best, you should try..:-)
Seperti dalam title, tadi aku abru je lepas mengeluarkan peluh dengan bermain futsal dengan kawan-kawan. Basically, match tadi melibatkan perlawanan diantara student part 5 BAS dan BCA..haha. Since tengah tak busy ni, boleh lah main dulu.
Captain Joe dengan Wan Deviruchi..Aku ni bukanlah minat sangat main futsal, tapi kalau orang ajak tu, boleh jugaklah nak turun. Bukan apa, dah lama tak main sukan macam ni. Biasanya main bowls je..huu
Aiman from BCA dan juga Eiz Goth. Event ni diorganize oleh diorang ni lah, tapi agak kekurangan dari segi kelengkapan first aid kit dan air minum..haha, demand pulak. Gila ko, first time rasa kaki cramp yang teramat tadi..:-(
Pok Jad, ni dangerous striker bak kata Joe. Dengar-dengar SAF ada semester ni, tak sabar nak training bowls sorang-sorang..:-p
Game kitorang tadi tak habis pun sebab ada ramai pulak siswa lain yang mengacau. Match tergantung dengan BCA lead 3-2 against BAS.
Dalam pukul 10.30, kami pun dissolved. Since, yang duduk kolej pun malas nak keluar minum. Aku and Joe yang NR ni pun terus lah balik ke rumah. Baju Selangor F.A tu, semangat negeri kesayangan..haha


Thursday, September 12, 2013

Kisah AKU n Majlis Ramah Mesra Raya UiTM 2013

Assalamualaikum semua, hari ni telah berlangsungnya satu program wajib didalam kalendar UiTM iaitu sambutan hari raya peringkat universiti. Didalam event ni, 25 fakulti di UiTM Shah Alam, bersama dengan unit-unit sokongan UiTM seperti NR, Polis Bantuan, Pusat Koku, HEP dan lain-lain serta kolej-kolej penginapan membuka booth dimana student-student dapat berkongsi makanan, dan mengeratkan silaturrahim diantara kami, siswa dan siswi UiTM Shah Alam
Aku sampai dalam pukul 9 pagi dengan Joe tadi. Tolong beli air mineral sekotak and kemas apa yang patut. Lepas dah clear, kami pun memulakan pencarian mengisi perut dalam usaha save budget makan untuk breakfast dan lunch..haha
Event ni macam biasalah, dijalankan di Padang Perindu or ada yang cakap Padang DATC. Nampak tak DATC kat depan tu..huu
Wajah-wajah ceria siswa-siswi UiTM. Mana taknya, makan free. Siapa tak happy. tapi tu la aku perasan, student-student UiTM ni kalau ada event makan free, memang penuh lah jumlah attendance program tu. Modul pulak yang lengang walaupun wajib..haha
Jalan-jalan terjumpa Apai dengan Nik. Haa, lupa nak gitau ni, hadap jelah gambar kat blog aku yang kurang kualiti ni. Sebagai blogger, aku cuba untuk try update walaupun dalam keadaan macam ni. Sebarang kesusahan amatlah dikesali. TQ
Berbaju ungu melambangkan warna rasmi UiTM. :-)
Persembahan pembukaan oleh Anomalist MASSCOMM UiTM Shah Alam. Tapi, atas masalah teknikal, kena stop pulak..lol
Ruang makan VIP yang terdiri daripada VC, Lembaga Pengarah Tertinggi UiTM, Dekan Fakulti, Timbalan Dekan, MPP dan pegawai-pegawai,
Yang bestnya program camni , dapat lah bercampur and berkenal-kenalan dengan siswa dan siswi dari fakulti-fakulti yang berlainan. Macam-macam ragam tadi yang kami perhatikan, siswi dengan kebaya, peplum,baju kurung etc. Yang siswa pulak segak berbaju melayu full set, separuh.. Kat UiTM ni, kami bagaikan sebuah keluarga besar, belum campur kat kampus cawangan lagi.
Diorang ni second round dah..haha, aku haus air je hari ni. Cuaca agak panas jugak compare dengan yang tahun lepas punya sambutan.
Riang raya di UiTM Shah Alam..haha, plastik sangat..:-p

So, itu lah entri aku petang ni. Till then, take care uolls.

Tuesday, September 10, 2013

Kisah AKU n Majlis Perjumpaan Dekan Bersama Pelajar FSPPP 2013

Assalamualaikum semua, perghh..dua hari ni busy betul lah. Tidur pun tak cukup, biasalah tu rutin sebagai seorang SMF. Tapi, rasanya dah boleh start packing kot barang-barang aku kat bilik gerakan tu since PRK pun dengar-dengar akan berlangsung dalam bulan ni jugak, probably akhir bulan September. Huu, tak sabar nye nak resign..!! Ni ialah Dean's Meeting ketiga yang aku uruskan sepanjang bergelar SMF.
Erm okaylah, hari ni telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Dekan Bersama Pelajar FSPPP, berlangsung di DATC bermula pada pukul 8.30 pagi untuk student, but sebagai urusetia, 7.30 aku dah sampai kat bus stop Fac Dentist tu.. Untuk program kelolaan SMF ni, aku memegang jawatan sebagai Biro Pengangkutan - bertanggungjawab memastikan student-student selamat tiba dan balik.
Semalam, tidur pukul 11 menyiapkan video korporat dan aktiviti SMF. Pada perspektif aku, untuk program ni aku hold dua biro - Pengangkutan & Multimedia..haha, yelah..dah aku yang buat. Self-declare ni, poyo betul kau ni Farid..:-p
Student-student mendaftar. Aku tengok student baru ni macam cemas je muka. Rilek lah dik, nak takut apa kat UiTM ni, senior-senior baik sangat..:-) 

Aku: "Ni nak ke mana ni?" (Aku bersuara sebab tengok group perempuan ni menonong je nak masuk bas Etika, untuk program ni ada provide bas khas yang mana aku ada kat depan bas-bas tu)
Jr: "DATC, FSPPP (dua benda ni je yang diorang cakap..haha)
Aku: "Sini haa bas, korang ni main pakai masuk je bas mana-mana.."
Jr: "Kitorang keliru la bang, bas kat UiTM ni banyak sangat.." (muka cemas tu ada lagi lah..)
Aku: "Erm, dah-dah..masuk sini, OK Encik, dah boleh jalan..

Tu la, kisah bas terakhir yang meninggalkan Fac Dentist sekitar pukul 8.15 pagi tadi.

Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi, kelam kabut kat Biro Multimedia belakang tu. First time dalam hidup aku experienced laptop yang freezing kat event besar macam ni. Memang aku maki je mana-mana biro bertanggungjawab tadi. Ada ke aku yang biro lain ni kena jaga sana pulak. :-(
Lepas tu, keluar dewan. Assist Biro Makanan yang kat atas ni. Macam-macam betul la hari ni, suppose to be a perfect event untuk kami-kami yang dah nak resign ni, tapi lain pulak jadinya.
Bla, bla, bla...Dekan berucap, ada QA session, taklimat Unit Kebajikan. Tipikal Dean's Meeting tentative lah.
Student lama balik pukul 12, while student baru iaitu terdiri daripada Part 1 dan Part 3 diminta tunggu untuk program seterusnya - PPW. Amik kau, fakulti terus buat dalam sehari je. Biasanya, hari minggu.
Makan berat sikit untuk adik-adik baru FSPPP ni, since PPW pun dijangka tamat pukul 5 petang.
Tak tau apa diorang ni diskus. Tapi, apa-apa program yang korang rancang. I wish you the best of luck kayh..:-)
PPW pula ada Taklimat PTAR, Primasiswa (NR), Sesi Suai Kenal Pelajar Bersama SMF, BACAS dan CASS dan juga pesembahan yang mantap dan bergaya daripada SiMECTRA. Around 5 o'clock, aku pun mengiring student-student perempuan yang menggunakan bas untuk pengangkutan pulang ke Kolej Melati. Tapi, setakat pintu bas je lah...haha
Oleh sebab kamera S3 Mini aku ni ada technical defect yang aku dah confirmkan dengan dealer tu semalam. Dia bagi chance untuk swap model lain..huu, tapi paling lewat minggu depan. Acane ni, bila nak balik Rawang lagi..huk. Nah, tengok lah pic kat atas ni, quality macam hampas, C3 lagi mantap.

Ok lah tu, apa-apapun selamat datang kepada pelajar-pelajar baru FSPPP dan selamat kembali ke fakulti kepada pelajar-pelajar lama. Erm, by the way - kami yang part 5 sekarang ni tak jadi pindah Seremban 3..huu, seronok sangat dengar.