Saturday, March 16, 2013

Kisah AKU n My Emerald

Assalamualaikum semua, hari ni aku happy gila. Nak tau kenapa? meh la luangkan berapa minit korang baca entri ni..
Ok, ni apa benda pulak? Pagi tadi, dalam pukul 10.30 pagi pintu rumahku diketuk. Aku tau, ni mesti DHL punya..seperti yang dijangka memang betul pun ada brader DHL tercongok depan pintu rumah sambil memegang sebuah kotak. Aku pun sign la and benda tu officially berada didalam possession aku sekarang..hehe
Ni lah dokumen-dokumen yang dah pun selamat aku and dealer tu setuju beberapa hari lepas. By the way, ni adalah pembelian pertama aku didalam internet. Oops, bukan beli dalam negara tapi luar negara punya..haa. Barang yang aku order ni datangnya dari United Kingdom
Hehe, ni lah - kalau mata korang tajam korang dah boleh perasan pun barang apa yang aku beli tu. Harga pun ada jugak kat situ, boleh la tengok..huu
Ni lah dia my Henselite Emerald. Stamped 2009 - dah expired 3 tahun lepas pun, but still dalam excellent conditiont - sedikit info yang aku dapat dari dealer, Mr.Martin Curtis katanya set ni memang ada dalam stok kedai dia tapi takde siapa yang nak beli. Maybe sebab bowlers sekarang lagi gemar pakai coloured bowls, yang ada kaler-kaler tu. Plus, sekarang ni ramai yang pakai Dreamline, Ace, Tiger etc.

Aku pulak memang tengah cari set yang harga tak mahal. Set ni aku beli 40 GBP which is very good jugak lah compare dengan Ace yang harga sampai 100 GBP. Bukan apa, postage rate tu yang buat mahal - dari UK-Malaysia is around 70 GBP. So, since aku pun still student dan juga begineer dalam bowls ni - aku prefer lah harga yang ni. Kalau dah power sampai main untuk UiTM baru aku tukar..haa
Apa yang bestnya pasal dealer aku ni, dia post pakai DHL yang membuatkan aku senang untuk track shipment. Gambar ni merupakan perjalanan Emerald aku dari Ipswich hinggalah ke depan pintu rumah aku..huu
Yeah, akhirnya berjaya jugak aku pegang bowls aku sendiri. Pasni boleh la turun bila-bila masa je terutamanya hari minggu. Kata Pn. Haslah, bowlers kalau takde mat takpe sebab kita tau nak agak center tu kat mana, asalkan ada bowls dengan jack pun dah boleh turun. Jack? aku mana ada jack, huu..takpelah..pakai je bola tenis tu jadi jack..kii.

p/s : Amacam Joe, aku dah buktikan yang pembelian internet luar negara satu benda yang boleh dipercayai..haa 

Wednesday, March 13, 2013

Kisah AKU n Majlis Perjumpaan Dekan Bersama Pelajar FSPPP 2013

Assalamualaikum semua, petang tadi as student-student FSPPP dah pun attend. Ada event perjumpaan bersama Dekan FSPPP, sebuah event wajib dalam kalendar fakulti dan menjadi tradisi untuk SMF untuk menguruskannya, since kami ialah sebuah persatuan yang bertanggungjawab dalam membantu fakulti didalam urusan melibatkan fakulti.
Dalam program ni aku memegang jawatan Timbalan Pengarah Program..huu, baru nak merasa jadi MT sekejap, asyik jadi Biro je..haa. Itu pun Faizah yang letak sebab dalam program ni aku yang bertanggungjawab dalam slot Taklimat NR. Senang sikit nak berurusan dengan diorang since tu dalam bidang kuasa aku.
Aku sampai DATC pukul 11 pagi tadi lepas amik sikit barang-barang kat fakulti. Kat sana, aku monitor persiapan terakhir sebelum program bermula. Dalam pukul 1 aku bergegas balik rumah sebab minus one tak boleh play dalam lappy, so aku pun convert format minus one tu, jadi Biro Multimedia pulak..:-p
Dalam pukul 2.30, majlis dimulakan dengan amanat daripada Dekan, Prof Zaliha Bt. Hj Hussin serta  disambung dengan sesi soal jawab diantara student dengan pentadbiran fakulti.
Aku pun tak tau sangat nak buat apa hari ni, habis-habis pun sembang-sembang dengan pegawai NR, pastu pusing-pusing tengok pos makanan pulak. Makanan hari ni, roti hotdog, epal and air kotak. Yelah, ni kan standard rate untuk minum petang.
Tekun membuat kerja. By the way, didalam gambar dari kiri, Hafiz dan Aiman. Aku selalu konfius diorang ni..huu
Dah lepak luar, masuk dalam balik nak duduk dalam air cond..haa, tapi memang kena berdiri la sepanjang masa.
Selesai je amanat Dekan and QA, then ada penyampaian hadiah untuk IID. Pastu tayangan video kelab dan persatuan dalaman fakulti dimulakan dengan BACAS, diikuti CASS, SiMECTRA dan diakhiri dengan SMF. The most powerful organizations dalam fakulti ni, haa..bajet..:-p
Ni pulak si Wan and Faiz. Datang pulak diorang ni, huu..terkejut aku.
Deq Joe register NR..haa, oh terlupa pulak pasal slot aku - Taklimat NR. Aku geram betul bila orang komplain kat aku pasal slot ni, baik SMF plus student biasa . Komplain kat aku, "Lama lagi ke?" , "Buat apa bawak diorang ni, buat rugi masa je" , "Tak penting lah.." , "Boring lah". Bila aku tak bawak, kata aku tak buat kerja, tak ambil berat pasal student NR, kata aku goyang kaki..bila dah bawak dok komplain pulak. Aku mintak sejam je dalam satu semester, takde pun nak mintak 2-3 hari korang. Apa-apapun, aku rasa lega sangat sebab dah tunaikan tanggungjawab aku untuk NR FSPPP, biarlah takde event besar-besar yang aku conduct asalkan aku tak pernah lari dari jalan dan tanggungjawab aku untuk menjaga NR FSPPP because in NR, We Love, We Care..
Selepas program..muka pun dah lesu tu. Lenguh kaki tau tadi dok berdiri je. Kalau sem lepas pulak lenguh duduk je..huu
Eh ada lagi, glamour si Joe ni waktu video korporat kitorang tadi..haa, bajet rambut banyak pulak..rambut pun cam rumput padang bowls..haa, gurau-gurau.
Jelingan manja Apai..model air kotak Soya..:-p
Ni EXCO Sukan, Oked nama nya. Kalau ada siapa-siapa nak masuk Rudern Club, or nama senangnya Indoor Rowing. Silalah contact nombor dia ni (0177273384). Apa yang korang bakal dapat - chance besar untuk jadi Atlet UiTM, Negeri dan juga Malaysia sebab sukan ni tak ramai atlet kat sini. Lagi, kemudahan kolej sepanjang semester, latihan juga disediakan.  Btw, Oked ni pemegang pingat Emas indoor rowing SAF 2012..power tak budak ni, haa
Time nak balik, dalam pukul 6.30 petang.  Banyak jugak makanan lebih tadi, tapi aku tak amik pulak. Air kotak pun amik 3 kotak je, hehe..nak perli mereka sebenarnya. Kami yang berkerja, korang pulak kenduri. So, faham-faham je la. Bye semua!!

Sunday, March 10, 2013

Kisah AKU n SMF's Overnight

Assalamualaikum semua, sihat ke semua? Diharap semua berada didalam keadaan sihat-sihat belaka. Entri hari ni simple je, SMF kali ni banyak jugak habiskan masa awal-awal sem, huu..risau busy teruk nanti tak sempat nak hang out sama-sama. Asalnya, kami nak melawat mak Faten yang tak sihat but unluckily tak dapat atas sebab tertentu. So, kami pun memilih untuk meneruskan aktiviti kedua - iaitu sesi photoshoot untuk video korporat.
Dalam pukul 10, kitorang singgah makan di Subang. Sedap jugak makanan kat sini, pedas pun ada.
Hari ni tak lepak dengan budak-budak lelaki. This time lepak dengan geng-geng perempuan, bukan apa kerusi tak cukup, tu pun aku rembat kerusi meja yang kosong. Mana taknya, ada 14 orang kot. :-p
Faizah bersama  Nad, sekali-sekala lepak diorang..bukannya selalu, kalau adapun time modul je..
Kepedasan yang melampau semuanya sebab Nasi Goreng Meletop ni..haa, buat pulak budak berempat dok hulur rancangan makanan tambahan kat aku..huu
Sha dan Seha bersama MPP, Syam.
Lepas makan, kami semua bertolak ke Kuala Lumpur. Nak cari tempat untuk shooting.
Kat Parking KLCC. Semua masih dalam keadaan yang ceria walaupun mengantuk.
Unfortunately, kami tak dapat nak bershooting kat sini sebab pencahayaan yang tak begitu baik.
So, kami pun bergerak ke Bukit Bintang. Dekat area Pavilion katanya, huu
"Keadaan disini agak terkawal" Sekian laporan saya di Paviliion, kembali ke Sri Pentas...haa
Semuanya tengah dok fikir nak shooting camna..aku tak tau lah apa yang driver-driver dalam kereta tu kata pasal kitorang semalam..:-)
Masih mampu bersenyum..walaupun mata dah kuyu gila.
Diorang ni still bersemangat lagi ..hehe
Habis je shooting, aku ingatkan nak balik Shah Alam, rupa-rupanya semua diverted ke Putrajaya. Melepak jap kat jambatan...tu je, huu. 
Time nak balik ni la yang paling mantap, dah semua race nak gila kat MEX yang kosong tu. Mula-mula race bertiga je, tapi memang makan asaplah bila fight dengan Hisyam tu. Ingatkan dah stop, si Hisyam tu sempat lagi race dengan konvoi Kancil..mentang-mentanglah dia pun pakai Kancil jugak..:-p

So, itu jelah ceritanya. Aku sampai rumah dalam pukul 5.15 pagi jugak tadi. Bangun dalam pukul 10.40 camtu then bergerak ke FSPPP, assist Team Modul 1..