Saturday, August 15, 2015

Kisah AKU n Sambutan Hari Raya OROGENIC Group

Assalamualaikum,

Petang tadi aku dan family menghadiri rumah terbuka anjuran bekas majikan aku kat Bukit Jelutong. Majlis start seawal pukul 11.30 pagi dan Wisma OROGENIC terus dibuka sampai pukul 4.30 petang.
Since pergi tadi pun satu family, so aku drive Proton Waja ni. Bukan tak nak bawak Myvi tu, tapi takut nanti berhimpit pulak diorang kat belakang. Maklumlah, kereta kecik je macam owner dia..:-)
Ketibaan sekitar jam 1 petang.
Haa, ni lah Wisma OROGENIC, bertempat kat Jalan Astaka, Seksyen U8 Bukit Jelutong, Shah Alam. Bangunan ni merupakan tempat aku berpraktikal awal tahun 2014 yang lepas, menjadi medan aku mengumpul ilmu dalam bidang pengurusan kualiti dan juga corporate planning.
Banyak stalls yang dibuka tadi. Ada stall buah-buahan tempatan, stall cendol pulut, lagi ada stall Beriyani Kashmir and yang paling penting, stall hidangan tradisi Raya orang Melayu such as lemang, ketupat, nasi himpit dan sebagainya.
Datang sini tak makan sangat pun, jumpa sembang dengan kawan-kawan lama je. Sempat lah jumpa Pian, Piee, Hizaruddin, Voon semua tu. Semua bajet terkejut je bila dengar aku kerja bukan dalam bidang O&G tu, rileks bro - I'll be back, soon. Just pray for me.:-)
Selfie bersama adik beradik yang tersayang..:-)
Memang ada part dalam hati aku ni meronta-ronta nak terjun balik dalam industri oil and gas, dan kat mana lagi kalau nak restart balik kalau bukan kat sini. Tengok lah, ada rezeki tu ada lah nanti..:-)
Around jam 3 petang, kami pun berangkat meninggalkan Bukit Jelutong.
Bye OROGENIC. Ada masa jumpa lagi eh! Okay lah, gua nak ready tengok Newcastle lawan Swansea ni. Till then, take care semua!

P/S: Rasa macam nak join Toon Army Malaysia lah tengok matchday party kat Piccadilly. 

Sunday, August 9, 2015

Kisah AKU n A Night at Uptown Shah Alam

Assalamualaikum,

Sementara nak tunggu 8.30 untuk match pertama Newcastle United untuk BPL 2015/16 ni elok lah kalau aku menaip entri. Habis game nanti boleh tidur. Okay lah, malam ni nak story sikit pasal aktiviti malam minggu aku semalam.
Seawal pukul 7.30 pagi aku dah bergerak meninggalkan Sungai Buaya, hantar kakak aku ke Taman Tasik Titiwangsa. Company dia ada join event anjuran Kementerian, bukak booth kat sana. Sesak gila area taman tasik tu semalam, aku sempat drop dia je since nanti dia balik dengan kawan-kawan.
Pukul 7 petang aku and Bro Faris menuju ke Shah Alam, bawak dia pergi Uptown beli baju, kasut etc. Sampai situ around 8.30 PM, dinner dulu mengumpul tenaga before exploring the entire Uptown Shah Alam yang macam labyrinth tu..:-)
Macam-macam ada kat Uptown Shah Alam ni. Korang cakap je lah, mesti ada terjumpa. Dari kedai makan, massage parlour, kedai pakaian, kedai jual barang-barang survival sampailah benda-benda antik yang rare. Semua ada kat sini. La ni penuh dengan orang jual vape tu.
Tapi dalam banyak-banyak kedai pakaian yang ada kat sini, ada satu je yang betul-betul tempat fevret aku kalau nak beli baju formal iaitu kat UA Boutique. Baju slim fit, slack pun slim fit. Semuanya menepati cita rasa aku, walaupun tak sedar diri yang badan making mengembang..haha
Haa, stylo kan. Kedai ni aircond pun ada, nampak cool sikit..huu. Kalau korang yang belum berkesempatan nak kesini, silalah cari facebook page UA Boutique. Kat situ order lah sampai lebam, and diorang akan hantarkan kat depan pintu rumah korang. Eh, sejak bila jadi duta tak berbayar ni? huhu
Hasil rompakan berbayar kami semalam. Semuanya tak lebih RM 300 pun korang. Aku personally beli 3 helai baju kemeja dan 2 slacks. Yang adik aku beli tak pasti lah pulak. Berbaloi gila beb, kalau pergi Parkson confirm dah berganda-ganda ni..-)
Shah Alam banjir kilat semalam, so from plan nak balik pukul 10 jadi tertunda sampai pukul 10.30.
Memandu secara berhemah since still hujan lebat dan keadaan jalan yang licin..huu. Dalam pukul 11.10 PM, kami pun sampai Sungai Buaya.
Sampai je rumah, sembahyang Isya pastu terus amik kunci motor and sambung lepak dengan my loyal comrades kat Medan..haha, gila betul kan aku ni. Tak reti penat ke? Takpe bak kata lecturer aku, laki yang suka lepak dengan kawan sebelum kahwin ni biasanya bila dah berkeluarga diorang suka duduk rumah je. Sebab dah puas melepak dengan kawan-kawan time bujang dulu..:-)

Oopps, dah pukul 8.50. Okay guys, gotta go now. Terlambat dah nak tengok opening match ni. Babai!

Monday, August 3, 2015

Kisah AKU n Hari Minggu

Assalamualaikum,

Minggu ni takde berjalan mana pun. Plan hari tu nak beraya dengan kawan-kawan sekolah, tapi terpaksa postponed atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. So, pagi Sabtu tu aku ke Melaka menziarahi sedara mara yang menetap kat sana. Tak lama pun beraya sana, dalam pukul 5 dah sampai rumah balik.
Dalam pukul 9, Afiq datang rumah pick up aku. Katanya Dolah nak bawak pergi port karok baik punya kat Ampang.
Tempat karok ni located at Taman Dagang, bangunan tu betul-betul depan IPD Ampang Jaya. Aku tak tau pun apa nama building ni (tapi agak klasik and creepy..huu), kena naik tingkat 5 rasanya. Kalau nampak banyak kereta tu, memang sah lah krorang jumpa tingkat tu..;-) 
Dolah ni sembang kencang je, kat sini audio takde lah mantap sangat pun. Lagu pun tak update sangat. Air pun kena beli sendiri. Lagi better tempat common yang kitorang selalu karok kat Rawang tu, harga pun okay siap dapat free snek/air lagi..:-p
Parking kat tingkat 4 since tingkat 5 dah fully parked. So time nak balik kenalah turun sini..haha, cam shit je.
Dalam pukul 12.30, kami bergerak meninggalkan Ampang. Singgah makan malam dan melepak kat Pudu sampai pukul 2 pagi. Tak banyak benda pun sembang since masing-masing pun mata dah rabak.
Petang tadi pulak bawak satu-satunya adik lelaki aku ni pergi berjalan-jalan sambil cari games kat Rawang/Bukit Beruntung. Sambil-sambil tu adalah ajar sikit "tips-tips" drive kereta since dia ni pun tengah amik lesen kereta..:-)

Eh, apa kereta aku buat dalam TESCO ni? Oi, keluar lah sengal, jom balik. Hang bajet model kat dalam ni pasai apa?
Ni lah muka bangun tidur, mana taknya Ahad memang hari aku berhibernasi..lol. Jarang aku keluar hari Ahad, biasanya memang spend time buat research dan juga tidur. Hari Sabtu memang all out kalau nak hang out pun.
Singgah dinner KFC dengan Bro Faris before balik rumah. Bukan senang nak tengok adik beradik lelaki keluar berdua.

Okay lah, dah pukul 12.15 ni, nak tidur dulu. Esok confirm Monday Blues..:;-p