Monday, April 14, 2014

Kisah AKU n 2014 Port Dickson Trip Pt. 1

Assalamualaikum semua, sihat ke semua? Maklumlah dah lama sangat tak update blog ni, seminggu maybe? Okay lah, tak nak lah sembang banyak-banyak, jom terus ke our main story untuk this entry. Hari Sabtu lepas aku and family ke Port Dickson untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan office PCSB ayah. Plannya nak stay kat sana lah, since aku pun minggu depan akan menghadapi mid term. Ingat nak rehat-rehat jugak lah. 
Kami bertolak from Rawang dalam pukul 9 pagi, singgah makan kat Durbhar and sampai Port Dickson dalam pukul 1 petang.
Ketibaan di Grand Lexis, Port Dickson. 
Adik, kakak bersama ibu yang tercinta. Ayah tengah check in so takde pulak gambar beliau..huu
Kami ni tiga beradik je. :-)
Ni lah bilik hotelnya, betul-betul terapung atas laut. Siap ada private pool lagi tau. Tak payah susah-susah nak berkongsi dengan orang lain..haha
Terpesona melihat bilik yang sangat perfect. Insya Allah kalau dah ada family nanti nak bawak diorang datang sini..:-)
Terus buat terjunan 9 over 10 kedalam kolam..Tapi cetek jugak lah, 4 kaki je - aku ni 5 kaki 7..lol
Petang pulak, family Acu Nani datang - memang mak awal-awal dah plan sebab nak celebrate hari jadi ayah yang jatuh pada hari Sabtu, 12 April.
Pemandangan diluar bilik. Air dah start pasang time ni.
 
Berjalan-jalan dengan adik di sekitar Grand Lexis, sambil memerhati keindahan Selat Melaka.
Keterlelapan sebentar bersama Iman..hehe
Shortly after Maghrib kami pun unleashed plan hari jadi untuk ayah. Happy Birthday yang ke 52 ayah. Semoga dikurniakan umur panjang yang diberkatiNya. 
Membuka hadiah yang dibeli oleh isteri dan anak-anak yang tersayang..huu
Dalam pukul 9 malam, kami sekeluarga menikmati makan malam di Seri Tanjung. Picture credit to Faris' Lenovo S930.
Ikan Bakar outframed pulok..huu
Before pulang ke bilik hotel and the end of our first day bermalam di Grand Lexis, Port Dickson. Teruskan membaca Part II, hanya di diarimcbride.blogspot.com..

Sunday, April 6, 2014

Kisah AKU n SASea

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan. Malam ni aku akan perkenalkan sebuah student society yang memberi aku satu lagi peluang untuk kekal aktif kat UiTM ni. Student Association of South East Asian Affairs ataupun dikenali sebagai SASea ni telah ditubuhkan pada 3 Oktober 2013. Sila klik link ni
Pada asalnya iaitu around September 2013, SASea merupakan cetusan idea kasar Aiman, yang ketika tu bersama-sama dengan aku didalam SMF, kemudiannya idea ni dibentangkan kepada beberapa rakan dan terbitnya satu idea yang lebih berstruktur , iaitu penubuhan sebuah kelab. Maka, 10 pelajar yang terlibat didalam discussion itu pun dinamakan sebagai "Founding Member" untuk kelab ni, dimana aku pun turut terlibat..hehe

Didalam SASea, aku memegang portfolio Executive Committee - Information & Publicity, satu portfolio yang jauh berlainan dengan apa yang aku pegang time SMF dulu. Alhamdulillah, aku takde masalah sangat dengan software, hardware dan apa-apa yang berkaitan dengan skop EXCO ni.

Shortly after penubuhan kelab ni, aku ditugaskan untuk merangka pentadbiran kelab dari segi Code of Conduct, Standard Operating Procedure, Running Order Manual, Job Scope, Room's Regulation dan lain-lain. Sebab time ni kami masih takde EXCO Pentadbiran yang kemudiannya diambil alih oleh Joe, dan Apai.

Dan kini, aku seronok menjadi as one of the members dalam SASea. Dapat ramai kenalan baru terutamanya dari kos BCA (sebab student BAS yang jadi committee ada dua orang je, yang lain semua BCA...haha). Yang terbaru, dapat menyertai sebuah meeting berprofil tinggi dengan Kementerian, first time beb!

So kawan-kawan, itulah SASea. Satu lagi platform untuk aku mengumpul pengalaman, sijil, networking dan soft skills sebelum menamatkan pengajian kat UiTM ni. Bukan gila kuasa, tapi a desire to improve diri membuatkan aku masih lagi merasakan yang diri ini masih lagi kerdil when it comes to persaingan dialam pekerjaan kelak.

Kisah AKU n Meeting at Wisma Putra

Assalamualaikum, 

Hari Jumaat yang lepas, 4 April 2014 aku diminta untuk menyertai sebuah meeting berprofil tinggi bersama Ministry of Foreign Affairs di Putrajaya. Meeting ini merupakan milestone yang pertama untuk "Pertandingan Mencipta Logo ASEAN KL 2015" yang dianjurkan oleh Student Association of South East Asian Affairs UiTM, dimana aku berkhidmat sebagai EXCO Informasi & Publisiti. Tengok tu, dah nak habis semester pun nak pegang jawatan lagi. Gila kuasa betul la aku ni..haha
Delegasi SASea disertai oleh 4 orang committee iaitu aku (Publisiti, Multimedia), Fira (Project Manager), Joe (Ast. Project Manager) dan Aiman (Program). Macam biasalah, kalau ada field trip macam ni, memang aku prefer dan volunteer untuk jadi driver waktu nak pergi, haha. At least, bila nak balik boleh tidur..:-p
 
Kami bertolak dari Shah Alam dalam pukul 10.30 pagi dan sampai Putrajaya around 12 tengah hari. Since meeting pun dijadualkan pukul 3 petang, so kami pun ronda-ronda Bandar Pentadbiran ni dulu sementara nak solat Jumaat.
Berpeluang untuk solat Jumaat di Masjid Putra. Dah lama sebenarnya tak melawat Putrajaya ni. :-)
Pose sikit boleh tak? hehe
Ini lah Wisma Putra yang menempatkan Kementerian Luar Negeri Malaysia. Kami bermesyuarat bersama Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) yang menjadi technical assistance bagi kami yang menganjurkan program julung kali ini. Kat WP ni tak boleh snap gambar so, memang takdelah picture yang menghiasi meeting tu. Plus, bateri S3 aku pun dah nak habis.
 
The meeting was adjourned at 5.30 PM with a potential of next two meetings before the grand event. Gambar: Delegasi SASea diluar Wisma Putra. Picture credit to Safira's Note II.
Habis je meeting, kami solat Asar di Masjid Putra and terus menuju ke dock sebab nak naik bot ni..haha. Best beb, boleh drive sendiri walaupun slow macam kura-kura. Mesti ada orang ingat kitorang ni civil servant yang ponteng kerja..haha, ileks la, office hour sudah habis maa..:-p

Elok je kitorang berlabuh kat dock, hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Putrajaya, serentak dengan tu, henset aku pulak habis bateri..haha Before balik, kitorang dinner kat Alamanda, then around pukul 8.40 kami pun bergerak pulang ke Shah Alam dan tiba sekitar pukul 10 malam.

Yang pasal SASea ni, nanti je lah aku cerita kat next entry, mak aku dah panggil lunch tu..haa, till then, take care semua.