Monday, September 9, 2013

Kisah AKU n Semester 5!!

Assalamualaikum semua, hari ni tak nak cerita banyak pun. Letih ni plus tengah takde mood sangat..*sigh*
Permulaan semester yang baru, so susunan bilik tidur pun boleh katakan agak baru jugak..huu, mula-mula je. Dah tengah sem nanti tengok lah camna macam zoo nya bilik aku ni.
Haha, dah besar pun main teddy lagi. Bukan apa, yang Mr.Bean tu mak aku beli dulu time hari jadi aku. Mak tau yang aku memang suka gila tengok Mr. Bean dulu, huu. Yang Minion tu pulak dapat free. Huu
4 - 7 September 2013, aku dan orang-orang kat atas ni menjadi urusetia pelajar merangkap peserta untuk 1 4 All 4 1, sebuah teambuilding yang dijalankan untuk bakal-bakal pemimpin pelajar FSPPP yang terdiri daripada STC, TUNAS SMF, CASS dan BACAS. Overall, teambuilding yang sangat bagus, aku rate 4 out of 5..good job Majlis Rekreasi Malaysia..!!
Dan tadi pulak, 9 September 2013 telah berlangsungnya hari pembukaan untuk semester baru di FSPPP. Aku still memegang jawatan didalam SMF dan bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran student baru.
Rutin yang biasa - ada yang jaga makanan, ada yang jadi MC, ada yang assist HEA dan juga ada yang control PA system. Daripada 17 orang SMF, hanya sorang je yang aku tak nampak batang hidung tadi..
Time ni bila sesi pendaftaran dah nak habis. Kami dijemput menikmati juadah pagi kat Meeting Room HEP. Save jugak lah bajet lunch aku..huu
Tadaa!! Ni lah aku di hari pertama semester lima..huu. Sama je kan? Mungkin nampak tua sikit kot..huu
Bersama En. Zul, our mantan Timbalan Dekan HEP. Kami dulu mula-mula bergerak dibawah beliau lah, then disambung bawah Puan Nooriani.
Yang pakai baju kaler pink tu our Pegawai Eksekutif KI, Cik Radziah..Haa, yang ni memang dari awal kami berkhidmat jadi SMF sampailah sekarang still person yang sama.
Lepas makan je, aku and budak-budak Part 5 ada practical briefing dengan Puan Ezrine kat DK2. Naib baiklah dah siap hantar resume dengan borang LI..
Dalam pukul 12, aku, Joe and Pok Jad masuk bilik gerakan jap. Ada briefing untuk program esok iaitu Majlis Perjumpaan Dekan Bersama Pelajar FSPPP. Dapat jadi Biro Pengangkutan which I hate to death, haha. Nama je Biro Pengangkutan, tapi macam biasalah dual role lagi aku kali ni sampai pukul 6.30 petang baru balik rumah tadi..*sigh*, gue capek..huk





Kisah AKU n C3 vs S3 Mini

Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu lepas aku dah pun tukar henset Nokia C3 aku tu ke Samsung Galaxy S3 Mini..Tapi, ada rasa sedikit kekesalan jugaklah, rindu pun ada nak guna C3 tu balik, tapi apakan daya, henset tu pun aku dah bagi ayah yang guna.

S3 Mini ni memang jauh lagi superior daripada my old C3 tu. Erm, by the way aku beli S3 ni kat Rawang, berharga hanya RM 420 sekali dengan aksesori (harga kilang). Aku sedia maklum yang ianya klon version but its support 3G connection. Plus, dealer tu pun dah terangkan kat aku awal-awal tentang spesifikasi henset tu yang ada kekurangan

Katanya, yang clone version reduced the original specification almost half. For example, original S3 Mini internal memory ada 4G, but reduced to 2G. Kamera 5MP jadi hanya 2.5 MP for rear camera, and hanya VGA quality for front camera. But, RAM dan juga yang-yang lain takde reduced.

Application Android memang running smoothly dengan henset ni which is amazing. GPS Navigator berfungsi dengan baik, social platform such as WeChat, Whatsapp, LINE, Opera Mini, Blogger dan lain-lain juga nicely working.

Game pun OK walaupun aku ni bukan kaki mobile games sangat. Quality video and audio player pun ditahap yang baik. BUT!! ada satu defect yang ketara sangat aku dapat kesan kat henset ni.

Yang paling aku menyesal tahap gaban ialah kualiti kamera yang jauh lagi teruk daripada kamera C3 lama aku tu. Well, korang pun tau yang aku ni suka sangat amik gambar, lagi-lagi dengan status aku seorang blogger yang memerlukan gambar-gambar yang baik untuk dipertontonkan. Kamera 2.5MP memang sangat teruk, even C3 yang 2 MP tu pun boleh buat jauh lagi bagus.

Tu yang aku tengah fikir balik ni. Nak terus guna or tukar. Nak tukar rasa macam sekejap sangat pakai, nak terus guna pulak rasa macam nanti kot la guna pakai macam nak tak nak. Bukan apa, defectnya yang aku paling geram kat kamera je, yang lain semua okay. Tapi camera defect tu la yang jadi punca sekarang ni.

Tolong aku!! Aku rasa dah buat greatest mistake in my life. Hanya sebab kamera..huk

p/s: Kalau tambah RM 300, dah dapat yang original version hari tu. But, elaun Onyx dapat RM 1000 aku dah guna untuk bayar sewa rumah, and yuran semester 5.

Tuesday, September 3, 2013

Kisah AKU n Mini Reunion 2013

Assalamualaikum kawan-kawan, hari Ahad lepas aku ada buat mini reunion sikit untuk rakan seperjuangan aku ketika bersama-sama menuntut di SMK BSB. Beberapa hari before reunion, aku berjaya gather 3 orang dan mereka ialah Afiq, Ahmed dan Dolah. Sufi tak dapat nak join pulak tahun ni sebab Khamis lepas dia dah pun bertolak ke Korea Selatan for student exchange program.
Yang first sampai hari tu Ahmed. Kawan sejak Form 1 waktu aku masuk kelas 1 Utarid dulu.Seorang pengawas sekolah yang berdedikasi (yeke?) Genius dalam calculation, memang ternyata handal dengan dapat A untuk add math time SPM hari dulu kat sekolah aku selalu tiru dia lah..haha. Yang sebelah tu Dolah, cam biasa lah..aku pun dah mention dulu. Kawan since Form 4. Ex-Prefect, tapi sangat brutal. Dia ni dulu macam abang aku jugak, selalu jadi backup..hee
Ni pulak Afiq, kawan sejak Standard 4, genius Accounting but really hate History..haha. Ni geng PRS aku dulu, selalu lepak sama-sama..:-)
Bersembang zaman-zaman sekolah dulu, memang seronok. Time ni lah dapat cerita apa-apa hidden secret semua..tapi, benda dah lepas..haha
Mak aku masak yang ringan je hari tu sebab nak lawat adik aku. Ada bihun goreng, instant currypuff and kuih raya je..:-)
Masing-masing muka dah macam apa tah..dulu suci bersih je..hii
Sambung sembang kat luar pulak..haha. Mana boleh nak lepaskan peluang, jumpa pun setahun sekali je. Masing-masing busy la katakan.
Friendship kami yang tak akan putus, kalau Sufi ada mesti lagi best.
Ok lah, dah pukul 1. Aku pun nak siap untuk jumpa adik aku yang tengah Trial SPM ni..Bye-bye rakanku semua, hati-hati ye drive.