Thursday, May 2, 2013

Kisah AKU n Perhimpunan Perdana Warga UiTM Bersama PM 2013

Assalamualaikum semua, diharap berada didalam keadaan sihat sentiasa. Malam semalam aku menghadiri satu event UiTM yang boleh dikatakan amat besar nilainya dimata aku yang seorang nasionalis ni. Event tu ialah Perjumpaan Perdana Warga UiTM Bersama PM kita, Dato Seri Najib Tun Razak Aku ada nampak flyer event ni berapa hari lepas tapi memikirkan siapa yang aku nak ajak tu yang jadi masalah - seperti yang korang tau kebanyakan kawan-kawan aku ni anti-gov sikit, huu. So, mula-mula ingat tak nak pergi tapi Amirul Hafiz, junior aku ajak pergi - katanya dia pun sama jugak situasi dengan aku tapi bila selalu nampak post aku kat fb yang menyokong BN, teruslah teringat nak ajak aku. And aku pun ON!!
Waktu ni belum ramai lagi, ada Polis yang menjaga keamanan event.
Ni la Gelugor, kalau korang ingat lagi la sketsa teambuilding hari tu. Best friend baru aku..haa~
Kami gerak dalam pukul 7, singgah Primasiswa untuk amik baju. and solat Maghrib. Dalam pukul 8 kami bersama Team JPNR bergerak ke Padang Kawad. Haa, ni pic waktu sampai je - dah semangat kan, mestilah dapat berkumpul ramai-ramai dengan orang yang satu kepala. Bukan macam dalam kelas CTU sem lepas, asyik kena je..huk
Melihat gambar yang menjadi saksi keutuhan UiTM dalam membangunkan destini anak bangsa. Sedih aku tengok gambar-gambar ni, betapa payahnya kerajaan dari zaman merdeka sampailah sekarang berusaha untuk meningkatkan taraf hidup bangsa kita. Korang yang bukan UiTM mungkin tak faham, tapi kami pelajar UiTM berjanji untuk mempertahankan universiti ni daripada dibuka kuotanya kepada bangsa lain.
Yeay, ada geng!! Sayang PM dan BN!!
Kami lepak dengan Team JPNR, berpakaian serba merah. Yang sebelah Amirul tu Hidayah, dia nilah JPNR FSPPP, ada sorang lagi Azira.
Saya menyokong penuh Gagasan 1 Malaysia!! Janji Ditepati!
Ni waktu lepas Dato Seri berucap, oh lupa nak bagitau MC untuk program semalam ialah AC Mizal, manakala artis undangan Saiful Apek, Adira, Felix, Shae dan juga Amy Search. Seronok jugak dengar artis nyanyi, bukan selalu..huu
Malam semalam juga merupakan perasmian Yayasan Destini Anak Bangsa oleh Dato Seri, tanda kesediaan beliau dan kerajaan dalam terus membantu meneruskan legasi yang dimulakan Dato Onn ketika Dewan Latehan Rida ditubuhkan. Dato Seri Najib didalam aku janjinya dihadapan siswa-siswi UiTM berjanji untuk membuka 10000 ruang kemasukan pelajar destini yang  asalnya hanya dibuka kepada 5000 sahaja. Syabas Dato Seri!!
Sayangi Malaysia, Yakini Barisan Nasional!! Tolak PAS, PKR & DAP!
Dalam pukul 11.00 aku hantar Gelugor, then melantak KFC..huu, sedapnya dapat makan free :-)

Monday, April 29, 2013

Kisah AKU n Egois

Assalamualaikum, malam ni sepatutnya aku kena join perjumpaan calon-calon JPNR UiTM 2013-2014, seperti yang aku ada inform - dalam bulan lepas, Timbalan Dekan ada offer post baru untuk aku iaitu jawatan EXCO dalam JPNR. Tak taulah tiba-tiba beliau offer, disokong oleh Cik Radziah, Pegawai KI fakulti aku. So far, aku sekarang ni still berkhidmat dalam SMF as EXCO NR.
And perjumpaan pukul 8 tu aku tak datang pun - rasa bersalah sebenarnya, plus hujan pulak lepas Maghrib tadi. Apa yang nak salahnya? First, aku dapat offer ni direct and bila aku tulis borang tu of course lah rasa happy - tapi bila fikirkan balik apa gunanya usaha aku cari 15 orang Sekretariat JPNR FSPPP awal semester lepas kalau bukan diorang yang naik jadi EXCO, apa pulak hak aku tiba-tiba dari SMF fakulti nak lompat ke Pusat pulak? Sememangnya takde, even kalau dapat offer sekali pun itu tak beretika sebenarnya, sebab menidakkan peluang sekretariat yang dahpun aku cari dulu.

Sometimes bila kita dah set plan, kita akan buat apa je untuk dapatkan sesuatu. Sama macam aku, the plan is aku nak resign SMF semester depan, dengan harapan aku still dapat continue kat JPNR - tapi itulah dunia, plan kita kekadang bercanggah dengan ethics yang macam aku mentioned kat atas tadi.

So, aku pun dah call Hidayah, JPNR FSPPP and terangkan hal sebenar and kesediaan aku untuk melepaskan peluang tu. Konklusinya kawan-kawan, don't be selfish. If you do so, kamu memang seorang egois. Macam mak aku cakap - jangan tamak dengan jawatan, takut makan diri nanti. Bak kata orang PAS, ini semua duniawi..!! hahaha~

Friday, April 19, 2013

Kisah AKU n Cuti!

Assalamualaikum dan selamat petang smua, dah masuk 10 hari tak update blog ni. Nampak benor malas nye, bukan apa teman ni baru je habis mid term exam semalam, ni dah ada kat kampung halaman pun..uiks? kampung ke? huu..ok lah, takde benda nak story sangat pun cuma peringatan untuk apa nak buat cuti midterm selama seminggu ni.
Menyelit jap gambar ni, hehe..minggu ni, start petang selasa sampailah khamis semalam aku asyik turun green je, tak taulah napa semangat sangat - sedangkan main sorang-sorang je. Yelah, macam aku cakap, benda ni kan terapi nak release tension since paper midterm memang hari-hari ada.
So far, setakat ni aku tak berdaya pun nak tarik kawan-kawan aku join bowls ni. Kalau ada pun, si Afzan dengan Azle, tu pun jarang..tapi at least ada jugak lah..:-)

Orait, now kita pergi kat list thing to do in this mid sem break:

a) Policy Analysis - Presentation Chp 2
b) ASEAN - Written Report for Philippines, and slides "The Asean Way"
c) Ethics - Written Report for Pacifism & Militarism
d) OB - study je lah..:-)

Tak banyak kan, ini semua sebab mid term exam sebelum break, kalau sem lepas. Exam lepas cuti, tu yang banyak benda nak cover time cuti..Ok laah, nak sambung tido balik ni...Bye!!