Sunday, November 8, 2026

Kisah AKU n B&G Retreat @ Banda Hilir Melaka

Assalamualaikum,

Malam ni aku menaip sikit entri berkaitan sebuah event company, to be precise our B&G Retreat 2026 yang berlangsung di Banda Hilir, Melaka pada 5-6 November 2026

Unlike tahun lepas dimana aku carpooled with Irfan dan Razif ke Gopeng, tahun ni aku gerak sendiri since seawal malam Rabu lagi aku dah sampai Melaka, wife ambil cuti straight from Khamis dan Jumaat sampailah ke Isnin depan. So, pagi tu jam 11 aku dah tercongok depan hotel penginapan kami iaitu di Casa del Rio.
Dalam jam 12, kami semua berkumpul untuk makan tengahari di hotel.
After lunch, berkumpul di Meeting Room Flor De La Mar untuk sesi icebreaking dan briefing untuk aktiviti treasure hunt. Bagi aktiviti ni, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil.
Aktiviti treasure hunt kami petang tu ialah disekitar Banda Hilir, iaitu starting from Jonker Walk ni.
Okay, kalau nampak gambar takde watermark macam ni. Maknanya gambar tu aku cedok from others. So, credit in advance. Jadi, aktiviti treasure hunt kami ni ada few benda nak kena buat. Macam dalam gambar ni, kita kena cari sepuluh orang pelancong asing, dan bergambar dengan diorang. Ni tak silap aku, tourist from Netherlands.
Tak susah pun nak cari tourist, memang berlambak. Cuma diorang nak or tak nak je. Haha
Then, ada juga part kena bergambar dengan tempat-tempat bersejarah. Such as dalam gambar ni, Muzium Samudera yang menempatkan replika kapal Portugis, Flor De La Mar, dan juga another photo, St Paul Church yang terletak di atas Bukit Melaka. So, memang banyak berjalan hari tu.
Pemandangan dari atas Bukit Melaka.
Dan juga bergambar dengan pusat ibadat yang ada disekitar kawasan ni. Tak silap aku row yang ada Masjid Kampung Kling ni, ada temple Hindu dan juga Buddha jugak.
Ada empat checkpoint tak silap aku yang dimana kami kena buat aktiviti. Ni salah satu tempatnya, iaitu berdekatan Terminal River Cruise Melaka.
Antara aktiviti didalam treasure hunt. Kami diminta untuk membeli souvenir dan snek tradisi Melaka, yang akan kami exchanged with the other team later.
Ada jugak part kena main permainan tradisi.
Dalam jam 4.30 petang, acara treasure hunt settled. Ada sesi penyampaian hadiah bagi team yang menang, berserta sesi exchange of gift and souvenir. Macam bro ni dapat pek Mamee yang sinonim dengan Melaka ni. Haha
Dalam jam 5 petang, baru lah dapat check in bilik. Seperti biasa, satu bilik dengan brother Razif. Ni dah masuk kali kedua share bilik dengan dia. First tahun 2025 kat Gopeng, and this time around di Melaka pulak
Pemandangan bilik, yang menghadap Sungai Melaka. Boleh nampak Terminal River Cruise dari sini.
Tak larat nak check email. Lepak je before siapkan diri untuk dinner jam 7 petang.
Buffet dinner yang marvelous provided by the hotel. Sambil-sambil tu dengar ucapan from B&G Management yang dimulakan dengan our CCO, Mr Jason follows by the three directors, Mr. Mugilan, Mr Jarrod and Mr. Ridzal. Nampak tak semangat 1Malaysia tu. Haha

Ada sesi pemberian token of appreciation kepada staf-staf. In total ada lebih 30+ staff jugak dalam division B&G ni comprising people from BD, Product, Sales dan Commercial. Dapat apa tu?

Ngeteh sambil berfikir nak buat apa malam tu. Irfan kata dia nak join the rest of them hangout dekat hotel. Katanya macam biasalah main Truth or Dare, then maybe main poker. Aku pulak tak berapa minat sangat benda-benda camni. Huhu
So sudahnya lepak kat luar bar sambil menghayati udara segar. Sekali sekala dok bayangkan yang tempat ni maybe dulu a part of pelabuhan Melaka. Ada gudang, then kapal-kapal berlabuh, ada merchant quarters yang menghimpunkan pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Interesting stuff.
Then aku naik dengan Razif. Bro tu pun malas nak campur, maklumlah yang diorang main game Truth & Dare tu memerlukan korang untuk buka rahsia - so, biarlah rahsia. Haha. Ni tengah try portable monitor yang kami dapat tadi. Memang perfect lah ada sebijik ni dekat rumah. Tak payah pakai dah yang gedabak tu..:-p
Dalam jam 10, aku dan Razif berjalan malam di Banda Hilir ni, asalnya bro nak scout route untuk dia run esok. 
Then, we had our ZUS from outlet yang comel ni. Haha
Pekena kopi sambil layan live band, plus kesyahduan deruan Sungai Melaka.
Ni apahal pulak? Haha. So ceritanya aku nak mengalih kereta from open carpark depan hotel untuk masuk ke hotel carpark. Tetiba bro kata if Bachang dekat ke tak? Aku pun cakap ada lah 3km camtu. Then dia ajak ke Bachang Garden Avenue. Tengok parti politik berkempen. Haha
Bukan main bersemangat lagi, siap bagi tepukan yang gemuruh untuk calon parti BERSAMA ni. Haha
Dapat dengar Rafizi Ramli depan-depan bro. Haha. Ni kempen untuk kawasan DUN Kesidang yang dimana mereka meletakkan muka baru dalam arena politik, Dr Bryan Kek. Sampai jam 12 tengah malam jugak, aku dengan Razif layan ceramah ni. Haha
Esok paginya, seawal jam 7 bro Razif dah turun buat run around 8km. Aku pulak barulah berkesempatan tengok emel yang bertimbun. Ingat nak turun breakfast time bro tu balik nanti, so sempatlah cover few kerja yang ada.
Breakfast dalam jam 9 pagi.
Dalam jam 10.30 pagi, aku naik bilik, tukar baju dan terus ke swimming pool. Ada dalam 40 minit jugak berenang, before ada beberapa tourist from Belanda datang. Sebab before diorang sampai, memang aku sorang je kat pool tu. Huhu
Lepak sekejap keringkan badan sambil main FC Mobile. Huhu
Done. Naik bilik, pack up then ready untuk check out.

Bergambar kenangan before successfully check out sekitar jam 12. Diorang ni rata-rata terus balik ke KL, takut clash dengan southerner yang nak balik ke KL, or utara bagi cuti Deepavali. But aku ada one last mission. Huhu
Lepas solat Jumaat, aku ke Mahkota Parade. Layan movie KUDRAT1968. Haha. Alang-alang cuti kan, why not? Dah tengok barulah boleh bukak app Threads yang aku mute for almost two weeks..:-p

P/S: Draw lawan Fulham. Okay lah, main away. Ada lah manis jugak, after back-to-back defeat lawan Everton last week.

No comments:

Post a Comment