Monday, April 6, 2026

Kisah AKU n Photoshoot Syawal 2026

Assalamualaikum,

Sambungan entri yang lepas, hari yang sama kami sekeluarga berkumpul semula untuk event wajib Syawal, iaitu sesi bergambar berserta sambutan hari lahir buat yang berkenaan.

Majlis kami bermula selepas solat Isyak, aku sampai rumah ayah dalam jam 9 malam. Macam biasa kami bermula dengan sesi photoshoot Raya untuk kenangan bersama. Ni time tunggu bro Syazwan setup camera untuk dapatkan angle terbaik. 

Okay camera dah ready, let's berphotoshoot!

Mak ayah bersama family Along. Mau pulak si Mikail tu amik gambar, kalau tak memang payah benar nak dapat gambar yang tak bergerak. Huhu

Mak ayah bersama family aku. 

Adik bongsu, Faris bergambar dengan mak ayah. 

Tn Gani's Family.

Mak dan ayah bersama menantu.

Haha, tang nak amik gambar dengan cucu yang payah. Macam-macam ragam nak handle.

Gambar keluarga kecil aku. So far takde plan nak expand since wife pun tengah dalam her final year PLK kat Segi University. Lepas tu baru kita fikir nak tambah or not..:-)

Gambar family Along yang memang takde plan nak menambah lagi..:-p 

Gambar kenangan beramai-ramai to conclude our photoshoot session.

Sesi bermaaf-maafan dimulakan dengan ayah bersama mak, disusuli dengan anak-anak serta menantu dan terakhir sekali, cucu-cucu. Cucu pun kena minta maaf jugak. Haha

Now we go to sesi pemberian duit raya untuk yang berkenaan. Acik Faris nak bagi duit raya tu Fariq. Jangan malu-malu pulak.

Dikesempatan ni kami juga menyambut hari lahir beberapa ahli keluarga yang lahir dalam bulan Mac dan April. Semua dalam gambar ni with exception to Fariq dan Mikail, lahir dalam bulan Mac-April. Kira dekat-dekat lah ni.

Potong kuehnya, potong kuehnya~ Haha

Enjoy betul birthday girl kita ni. Okay, dah settle. Now what?

Menutupi sambutan Raya kami tahun ni, ada makan-makanlah sikit. Ada lemang bersama rendang daging. Ada jugak Mi Kari berserta aneka kuih raya untuk menyerikan lagi malam kami. 

Jemput makan.

Malam tu aku tak tengok benda lain. Memang melantak lemang je. Huhu

Macam biasalah sambil makan tu ada menyembang sikit pasal kerja, dan juga life. Maklumlah bukan selalu jumpa diorang ni, sekali sekala elok jugak nak tau progres hidup ahli keluarga yang lain.

Diorang berdua ni memang rapat dengan Bro Faris. Kalau datang rumah ayah - ada dua benda yang budak dua orang ni cari. Peti ais mak, dan bilik Acu Faris. Haha

Bateri ayah pun dah running low. Haha. Sekitar jam 12 malam, sambutan Hari Raya kami adjourned dan mula bersurai. Tahun ni takde bunga api + mercun, stok dah habis.

Itu je lah cerita untuk Syawal ke-lima belas aku. Semoga berjumpa lagi dilain entri.

P/S: Tahun ni rasanya memang takde company yang buat open house, satu invitation pun tak dapat lagi. Perang tengah hangat kat Asia Barat tu. Kalau buat pun rasanya internal je.

Kisah AKU n Syawal @ Tn Gani's Home

Assalamualaikum,

Ni merupakan a continuation from entry raya di Masjid ar-Rahmah.
Lepas solat Zohor di Surau an-Nur Mawarsari, aku dan family sempat datang beraya dirumah jiran kami, Tn Haizam. Ada majlis tahlil dan kesyukuran. FYI, tuan rumah baru sahaja dapat anak kembar yang sebelum ni ditahan di ICU bersama wife dia. So katanya kebetulan Syawal ni buat sekali terus.
Makan lagi. Haha. Tapi kat sini tak makan berat pun, pekena sate dan lemang je since lepas tu ada satu rumah lagi yang kami nak pergi.

Then, baru lah kita pergi ke main entry of the day. Lepas settle beraya kat rumah Haizam, kami sekeluarga ke rumah jiran sebelah dia pulak iaitu Tn Gani a.k.a bapak aku. Haha. Tapi ni bukan open house pun. Ada buat makan-makan sikit untuk adik beradik mak yang datang beraya.
Acu Nani yang sampai dulu dalam jam 2.30 petang. 
Bro Syazwan jadi bartender semalam, buat fruit cocktail. Adik pun tak kurang hebat jugak buat Ribena Mojito. 
Bro ni datang tangan kosong je. Haha
Family Acik Joe sampai dalam jam 4.30 petang. Memang terus jamu makan dulu before menyembang
Sementara diorang tengah makan, ni tengah sesi tasting Quesilla yang Along buat. Test dulu takut tak jadi. Haha
Sambung bersembang sampailah jam 6.30pm. Maklumlah dah setahun jugak tak jumpa, banyak benda yang nak dibualkan. Sepupu pulak semua dah besar panjang, ada lah bagi tips belajar + kerjaya.
Bergambar kenangan before pulang kerumah masing-masing. Ni baru family dua adik beradik mak, belum campur 4 family lagi.
Okay jom balik. Dah pukul 7, malam ni ada program lagi..:-)

That's the wrap for entry ni. One more entry to come. Stay tuned.

P/S: Kieran Trippier will be leaving us this season. Sedih beb. Sobs

Kisah AKU n Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Masjid ar-Rahmah

Assalamualaikum,

Baiklah, ada tiga entri aku nak taip awal pagi ni. Dan semuanya berkenaan hari kelima belas Syawal untuk tahun ni. Untuk entri yang pertama ni aku nak share cerita berkenaan sambutan Hari Raya Aidiilfitri anjuran Masjid ar-Rahmah dan surau-surau dibawah kelolaannya.

Seawal jam 9.30 pagi lagi, aku dan family dah sampai. Park kat luar menghala ke bandar, senang sikit nak keluar nanti. Event yang dianjurkan masjid ni berlangsung kira-kira 2 jam, iaitu sampai dari jam 9.30 sampailah ke 11.30 pagi sahaja. 

Sampai je, tengok memang berderet stall yang dibuka oleh surau-surau yang ada di Bandar Sungai Buaya + Felda. Secara totalnya ada 14 surau jugak.

Since datang awal, orang pun tak ramai sangat. So senang lah nak bergerak ambil makanan and most importantly, dapat menjamah makanan from each surau yang ada.

Since seat agak limited bawah khemah, so kebanyakkan tetamu yang hadir menjamu selera di koridor masjid, termasuklah kami sekeluarga.

Wife yang nak pergi sangat. Disamping nak enjoy the foods kat sini, katanya tak payah masak breakfast dan lunch. Haha

Budak-budak ni mula-mula senyap je, lepas dah jumpa member memang main je 

Yang bro ni pun layankan je lah. Dah lama jugak tak join event masjid ni. Dapat jugak jumpa Dolah semalam dekat stall surau an-Nawawiyah, tapi terlupa nak bergambar.

Fariq dan member sekolah yang juga stay dekat Taman Mawarsari, Anas dan Muaz.

Selfie before balik rumah with belly full of nasi lemak, roti canai, lemang, nasi impit etc. Haha

Lepas tu ada satu lagi event, tapi kita cover in next entry lah ye. Till then, take care.

P/S: Boring pulak international break.