Wednesday, January 21, 2026
Kisah AKU n Swimming Class @ Setia Eco Templer
Tuesday, January 20, 2026
Kisah AKU n Fariq's First Day @ SKBSB
Assalamualaikum,
Baru sempat update, cerita minggu lepas sebenarnya. Biasalah cuti panjang, tu yang busy nak catch up kerja yang ada. Okay as the title suggested, malam ni suka aku nak share cerita berkenaan hari pertama anak sulung aku, Fariq bersekolah darjah 1 bagi tahun 2026 ni.
Hari Isnin lepas, seawal jam 7.10 pagi lagi kami dah bergerak from rumah. Destinasi pertama ialah menghantar anak perempuan kami, Iman di Taska Sri Wahdah dulu. Just 5 minutes from our home. Kat sini juga terletaknya Sekolah Rendah Islam (SRI) Wahdah dimana Fariq akan belajar sesi petang. So, kami terus hantar beg + uniform di bilik transit.
Settle urusan, kami berjalan kaki ke SK Bandar Sungai Buaya, less than 50 meter from sekolah agama tu. Nampak bangunan hijau tu? Haa, tu lah SRI + Taska Wahdah. Dekat kan?
Sekitar jam 7.20 pagi murid-murid dah start berhimpun, while parents untuk student darjah 1 dapat tengok di foyer ni.
Mengimbau kenangan betul. Some 24 years ago, ni lah tempat aku berhimpun dulu. Cuma bezanya, dulu takde bumbung sekarang ni dah ada bumbung. Lagi nostalgia, aku bersama-sama murid menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu SKBSB! Ingat lagi tu setiap bait lirik yang ada. Rasa sebak pun ada. Huhu
Tekun mendengar ucapan alu-aluan from Guru Besar SKBSB.
Time ni Fariq dah settle perhimpunan pagi, dan bersiap masuk ke kelas transition.
Memang ramai jugak parents yang hadir hari tu. Sampai penuh lah kawasan ni.
Tengok dari luar je.
Muka nervous. Haha
Parents dapat tunggu sampai waktu rehat je. Ni tengah tunggu murid darjah 1 rehat iaitu sekitar jam 10.30 pagi.
Bergegas ke kelas dia semula, member boleh lupa pulak wallet dalam beg.
Makan cereal je. Katanya tak nak makan nasi. Elok pun Fariq, abah dulu rehat pun makan ringan je sebab malas nak pergi toilet. Haha
Wife with our firstborn yang handsome..:-)
Seperti biasa, berhimpun dulu before masuk kelas selepas rhat.
10.50 pagi, murid start masuk kelas balik untuk PnP.
Okay Fariq, ibu dan abah teman sampai sini je. Good luck ya, may the Force be with you. Huhu
Jam 1 petang, aku dan wife datang balik ke sekolah. Nak tengok proses transit between SKBSB ke SRI.
Ada guru pengiring from SRI yang akan escort murid-murid yang belajar kat sana. So, diorang akan berjalan beramai-ramai dalam satu kumpulan.
Sempat tengok jugak proses dekat SRI tu. Setiap student transit ada tempat letak kasut berserta loker beg + uniform yang tertera nama diorang.
Fariq ready untuk makan tengahari (provided) kat sini, solat Zuhur before kelas agama bermula jam 2.30 petang.
Jam 5.30 petang, sesi petang tamat. Ambil dua-dua budak ni terus. Senang. Huhu
Seperti yang dijanjikan, bawak lah diorang ke MR.DIY Sungai Buaya untuk celebrate hari pertama persekolahan with new toys..:-)
Day 1 - Mission Accomplished! Well done troopers.
Ni ada lah few gambar yang aku ambil untuk capture Fariq's uniform. Hari Rabu kena pakai baju PJ SKBSB
Hari Jumaat, Fariq pakai Baju Melayu. Macam abah dia dulu, cuma dia cakap dia sorang je pakai. Tu lah parent zaman sekarang ni, dah lupa asal usul. Siapa lagi nak raikan pakaian orang Melayu ni, kalau bukan orang Melayu tu sendiri. Ni tak habis dengan jubah, kurta lah. Pfft
So, itu je lah cerita untuk malam ni. Overall, memang puas hati + nostalgik dapat tengok anak bersekolah darjah 1. Bukan setakat bersekolah je, dia sendiri belajar dekat sekolah yang sama aku menuntut ilmu dulu. Akhir kata, godspeed for you Fariq dan semoga menyinar di sekolah baru!
P/S: Rugi betul Newcastle draw dengan Wolves hari tu, kalau menang dah boleh top 6 dah.
Sunday, January 11, 2026
Kisah AKU n Ainul's Wedding @ De' Orchid Gombak
Assalamualaikum,
Jarang update petang, tapi kali ni kena terasa nak mengupdate. Blogging ni pun tengok mood jugak, kalau tengah okay tu kita kasi settle terus. Karang dah sampai mood malas, sampai kesudah tak update.
Baiklah, semalam aku berkesempatan menghadiri majlis persandingan anak kepada rakan sejawat ayah di Petronas dulu. Aku pulak memang personally kenal keluarga tuan rumah, diorang ni jiran kami dulu before pindah ke Ampang.
Kami sampai venue majlis iaitu di De' Orchid Gombak Setia. Ramai jugak tetamu, mungkin kami sampai pun dah tengahari. Memang peak hour lah, lunch time.
Aku kerja dekat Gombak ni dalam lima tahun tapi tak tahu pun kewujudan bangunan ni. Maybe fokus sangat driving Batu Caves - TPM sampai tak sedar kawasan sekeliling..::-)
Wife tak ikut, katanya nak buat preparation sekolah Fariq, so cam biasalah kenalah angkut sekali Fariq dan Iman.
Buat double peace pulak si Iman Troye ni. Haha
Perarakan masuk Raja Sehari sekitar jam 1 petang.
Dekat luar ada few stall yang menyajikan kambing bakar, aneka Mi dan kuih-kuih tradisional dan juga booth Kopi Saigon!
Pekena apam balik + Kopi Saigon sebagai pencuci mulut..:-)
Beratur nak makan ais krim..:-)
Ayah bergambar bersama tuan rumah, Tn Aziz dan rakan-rakan sekerja beliau.
Sempat bergambar di photobooth yang disediakan
Sementara tunggu atuk korang bereunion, meh la kita snap gambar dulu.
Dalam jam 1.30 petang, kami bergerak meninggalkan majlis. Tak boleh lewat sangat, MRR2 ni bukan boleh percaya pun hujung-hujung minggu camni.
Terang benderang backyard rumah aku. Baru pasang lampu solar tu. Wife yang nak, katanya nanti time bulan Ramadhan nak pergi surau lalu pintu belakang je..:-)
Okaylah, nak tidur jap. To conclude the entry, sekali lagi tahniah kepada Ainul dan pasangannya Rahim. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.
P/S: Newcastle menang lawan Bournemouth semalam. off to 4th Round of FA Cup. HWTL!
Saturday, January 3, 2026
Kisah AKU n Revisiting SKBSB
Assalamualaikum,
3 Januari dah ada second entry. What a good start! Saja nak bercerita pengalaman aku bawak si Fariq ni ke SKBSB, iaitu bakal sekolah baru dia start 12 Januari nanti. Kira macam teaser lah. Huhu
Ni lah sekolah aku dulu. Nampak tak tahun 2002. Tu merupakan tahun pertama sekolah ni beroperasi, some twenty-four years ago dan aku merupakan first batch sekolah ni masuk Tahun 4. Before tu kami bersekolah di SK Sungai Buaya yang terletak di Felda Sungai Buaya. Tak sangka yang anak aku sendiri pun sekolah kat sini..:-)
Before balik singgah makan kat restoran Mamak yang berdekatan. Ni pun port makan aku dulu time sekolah, cuma dulu owner lain dan kedai tak berapa semenggah. Haha. Laa ni rasanya dalam 4 tahun lepas tukar owner, tu yang proper sikit.
P/S: Esok ada dua match sedap back-to-back - Selangor vs JDT, follow by Newcastle vs Palace. Memang aku lah conquer tv empat jam tu.
























































