Assalamualaikum,
Minggu lepas aku spend time with family di Melaka time cuti Krismas. Dah lama tak balik sana, tu yang ikutkan je request from my wife, anak-anak pun nak balik jugak dah lama tak jumpa sepupu diorang.
Pagi Rabu seperti yang dirancang, aku dan family bergerak pulang ke Melaka sekitar jam 6 petang. Macam biasa singgah dinner di Lay-by Nilai.
Diorang ni asal datang sini je makan nasi ayam, tak nasi ayam. Mi Wantan. Huhu
Sampai around jam 11 malam jugak. Memang expected jalan sesak pun sebab Khamis tu kan cuti.
Khamis tu around jam 3 petang, kami melawat abah yang hospitalized di Hospital Jasin sejak petang Rabu.
Budak-budak tak boleh masuk wad, so korang main je lah dulu. Banyak betul playground kat sini. Outdoor ada, indoor pun ada..:-)
Dah-dah jom balik. Atuk nak rehat.
Kami tak terus balik, singgah Mydin Jasin. Asal menyinggah nak cari brewed coffee. Pastu macam biasalah kena pow dengan budak-budak ni.
Bagus betul stall mainan ni, if beli barang for certain amount boleh claim discount dekat stall ice-cream + waffle opposite tu. Kira buat collab lah ni. Huu
Budak ni punya toy yang mahal. Yang lain semua belas ringgit je, yang dia punya ni sahaja RM50!
Dah settle beli toys, baru lah aku dapat mengopi.
Jumaat tu aku tak cuti pun, kerja macam biasa je. Kasi chance member lain cuti, since minggu depan turn aku pulak cuti. Anak masuk sekolah. Huhu
Sabtu - wife dan adik ipar bawak anak-anak buah ke Dataran Pahlawan petang tu. Katanya nak tengok wayang cerita PapaZola. Aku tak join pun, sebab pening kepala sepanjang hari. Maybe terkesan from kekalahan Newcastle menentang MU awal pagi tu. Huhu
Khusyuk muka sorang-sorang. Excited eh dapat tengok wayang.
Memang on the way balik, wife kata diorang buat ulasan cerita tu. Haha
Malam tu pulak diorang ke Masjid ar-Rahmah, ada program Maulid nabi. Pun aku tak join jugak, kali ni bukan sebab pening tapi ada kerja yang nak disettlekan untuk meeting Isnin pagi.
Ahad duduk rumah, dah enjoy 2-3 hari. It's time for ulangkaji. Si Fariq dan Hassan ni tahun depan dah nak masuk Darjah 1
But petang tu, si Zed bawak diorang ke Iman's Rabbit Farm di Ayer Molek. Asalnya diorang nak ke rumah bapak Zed dekat Tampin, tapi katanya jem both highway and jalan dalam. Sudahnya cancel and melencong ke sini.
Ni macam style petting zoo lah. Haiwan dilepaskan , and pengunjung berpeluang untuk pegang dan bergambar dengan haiwan-haiwan domestik yang ada, such as rabbit, sheep, turtle dan banyak lagi.
Singgah makan before balik ke Serkam.
Malam hari Ahad tu aku bergerak kira-kira pukul 10.30 malam dari Serkam. Apa kono gerak lewat sangat tu?

Alhamdulillah, selamat tiba di Bandar Sungai Buaya sekitar jam 2.30 pagi. 4 jam jugak, rasanya maybe sekarang ni ramai yang suka drive malam kot. Dulu max 2 jam setengah je from Melaka ke Rawang.
Ya, itu sahaja lah cerita malam ni. Selamat Hari Natal kepada rakan-rakan yang beragama Kristian. Semoga musim perayaan ini memberikan kenangan indah dan kebahagiaan untuk kamu semua. Merry Christmas!
P/S: Newcastle menang lawan Burnley semalam. Hopefully dapat meneruskan rentak kemenangan menentang Palace minggu ni. We need a back to back win untuk reclaim our right of top 6!
























No comments:
Post a Comment