Kerap pulak update minggu ni. Tengahkan ada masa ni kasi jalan je. Karang CCO baru dah masuk, tak tahulah apa nasib. Okaylah, so petang ni nak update cerita last week, asalnya nak update lepas entry B&G Retreat tu, tapi terlupa pulak.
Hujung minggu lepas, rumah aku menerima tetamu yang datang dari Selatan iaitu family keluarga mentua. Plan nak melawat rumah ipar yang baru je berpindah di Damansara Damai, but since agak messy lagi, tu yang mereka plan bermalam kat sini dulu.
Pagi Sabtu dalam jam 11 pagi mereka dah sampai. Cumanya si Zed ni singgah sekejap before ke Antara Gapi, untuk attend wedding member dia kat sana which is one of the reason jugak kenapa diorang datang sini.Petang Sabtu, mak ajak jemput diorang ke rumah. Ada makan-makan sikit, plus dah lama jugak tak berjumpa. Eh lama ke, bukan awal tahun hari tu mak ayah turun Melaka ke time wedding Hafsah tu..:-)
Yang budak-budak ni bukan nak makan sangat pun. Dok selongkar mainan, mentang-mentang rumah atuk Gani banyak toys.
Malam tu ajak member ke Bukit Sentosa, dia nak recharge kereta. Then, aku ajak mengopi kat Jamal, sambil pekena Mi Goreng yang marvelous ni. Licin tu. Huhu
Malam pulak, main FIFA kat PS ni. Perlawanan yang sengit, buat pulak ada anak-anak yang jadi supporter + batu api. Haha.
- M1 - Newcastle 3 - MU 1
- M2 - Newcastle 0 - MC 3
- M3 - Real Madrid 4 - Barca 2
- M4 - Newcastle 2 - MC 3
- M5 - England 4 - France 3
- M6 - Germany 3 - Portugal 1
Kemenangan berpihak kepada team Farid & Fariq, dengan mata 4 - 2 mengatasi team Zed & Hassan. Actually last game tu budak-budak ni pun dah tidur. Haha
Pagi Ahad tu pulak kami singgah rumah ipar, Hafsah di Damansara Damai. Husband dia, Amin dah kerja kat JKR KL, so sekarang ni diorang dah jadi orang Selangor. Huhu
Breakfast di kafe yang ada dalam condominium ni.
Sambil tu menyembang, while budak-budak ni main outdoor playground. Aku pun tak ingat bila bangunan ni naik, tapi ianya betul-betul berhadapan Shell Damansara Damai, if korang ingat, merupakan antara first batch Mobile RFID Fitment Center dulu. Selalu jugak aku melawat FC ni dulu sebab sebelah highway, so boleh terus balik Rawang. HahaSo, itu sahaja cerita untuk petang ni. Ada satu lagi entri sebenarnya, malam-malam sikit lah. Nak tidur jap, tengahkan hujan ni. Huhu
P/S: Tengok international break pun dah boring. Dulu tengok Engloand main ada jugak dapat tengok Burn or Gordon, laa ni tak dapat main pun. So, sudahnya layan game Jerman je, at least dapat tengok Woltemade main, skor dua bijik pulak tu. Huhu










No comments:
Post a Comment