Sunday, October 5, 2025

Kisah AKU n Little Caliph Fun Run 2025 @ Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikum,

Seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join Little Caliph Fun Explorace where my firstborn, Fariq mewakili Little Caliph Bandar Sungai Buaya. Hari Sabtu dalam jam 2 petang tu aku dah gerak from Rawang menuju ke Putrajaya. Seperti kebiasaanya, kami memang akan menginap one day before event. Sebabnya malas nak rushing pagi-pagi. 

Kali ni kami menginap di Pulse Grande Hotel @ Putrajaya, yang betul-betul terletak di tengah-tengah Bulatan Putrajaya yang famous ni.
Apa bertenggek camtu Iman..:-)
Petang tu dalam jam 5 petang, bawak budak-budak ni pergi infinity pool. Mula-mula aku plan tak nak mandi pun eventhough bawak baju spare, tengok budak-budak ni macam takut-takut je. Sudahnya kedalam jugaklah. Haha
Lentik tu. Hahah
Aku dah join, barulah diorang berani ke infinity pool ni. Kalau tak duduk tepi kolam je. Huhu
Lama jugak lepak sini, 6.30pm baru lah bersiap nak balik bilik.
On the way tu diorang ternampak Kid's Area ni pulak. Bersambung lah setengah jam lagi..:-p
Pishang, dah lapar sebenarnya. Huhu
What a beautiful sunset.
Malam tu we had our buffet dinner dekat hotel. Sebenarnya staycation ni jugak untuk celebrate birthday wife jugak. Kira 2 in 1 lah..:-)
Si kecik ni pun suka makan jugak, macam ibu dia. 
Yang si Fariq ni payah sikit nak makan. Kena paksa baru mau. Ni sejenis yang tak boleh bawak makan buffet. Haha
Nak dekat sejam setengah jugak kitorang chill dekat Palm Hill Cafe tu. Dalam jam 9.30 malam baru lah naik bilik and masing-masing buat hal sendiri and of course aku meneruskan penulisan projek novel dan short stories. Maklumlah, sekarang ni aktif dekat platform Ream. Huhu
Pagi Ahad, order room service for breakfast before check-out. Dalam gambar nampak satu plate ada 3pcs. Sekali dapat satu plate enam pcs. Haha. Pelik jugak, takkan RM25/plate dapat enam kat hotel camni. Macam tak percaya je. 
Seawal jam 8.15 pagi aku dan family dah check-out dan gerak from hotel ke venue majlis yang bertempat di Taman Botani Putrajaya since dalam tentatif majlis start pendaftaran pukul 8.30 pagi. Ada lima branch Little Caliph yang terlibat iaitu LC Reef Rawang, LC Rawang Idaman, LC Wangsa Maju, LC Bandar Sungai Buaya dan yang terbaru, LC Bandar Ainsdale, kesemuanya dibawah seliaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad or secara ringkasnya KOBIMBING.
Iman makan dulu lah sementara belum start lagi ni.
Event bermula dengan bacaan doa, disusuli dengan lagu Negaraku, negeri Selangor dan juga lagu sekolah, Khalifah of Allah. Selepas bacaan ikrar oleh wakil pelajar dan juga ucapan perasmian from wakil KOBIMBING, majlis diteruskan dengan sesi senamrobik led by the kiddos before memulakan acara sukan pada hari itu.
Okay, seperti Sports Day tahun lepas, tahun ni juga mengekalkan konsep Fun Explorace dimana student bersama parents kena pergi each checkpoint yang disediakan. Ada 10 checkpoints in total. Hari tu time teambuilding kat PD pun main Explorace, kali ni main lagi. Huhu
Tapi yang bezanya, takde game checkpoint pun. Cuma keliling Taman Botani tu dan collect item from lima checkpoint yang disediakan.

Unlike tahun lepas jugak, yang aku habiskan Fun Run within 1st hour, kali ni aku nak santai je. Cuma nak menghala ke finishing line tu pulun sikit sampai dukung Iman. Haha
Finishing line amik medal from cikgu.
Iman paling penat sekali tu. Setengah botol dia minum air mineral tu..:-)
Fariq bersama his third medal sepanjang tiga tahun menuntut disini.
Boring si kecik ni tunggu abang dia main dengan kawan-kawan sekolah.
Takpe, jom abah bawak jalan-jalan kat taman ni. Main trampoline + playground ni, sorang RM8.
Lepas member Fariq banyak dah balik, barulah kami boleh spend time together naik paddle boat ni. Satu bot boleh muat 4 orang, RM25 selama 30 minit.
Nak sangat control bot katanya. Baru tahu payah nak pulas stereng tu.. Huhu
Teringat zaman dulu time meeting kat Putrajaya dengan Afiq, kami sempat main paddle boat ni nak menunggu meeting sesi petang. Tak sampai 5 minit, hujan punya lebat. Pulun kayuh laju-laju, sampai ada staff escord dengan Jet-ski. Haha
Before balik rumah, makan tengahari dulu. Wife kata malas nak menyinggah, kira boleh terus balik rumah je. Plus, budak-budak ni maybe akan terlelap punya dalam kereta.

Gerak dalam jam 1 petang, sampai rumah kira-kira sejam jugak. Yang penting budak berdua ni tidur dalam kereta, and bersambung lagi kat rumah. Boleh lah aku lelap jugak. 

So, that's the wrap for a fairly long entry. Okaylah, nak tidur esok ada analysis nak kena buat. Semoga berjumpa lagi dilain entry.

P/S: Si Fariq cuti pulak esok. Cuti peristiwa katanya, taska tutup. Pfft.

No comments:

Post a Comment