Sunday, April 21, 2024

Kisah AKU n Birthday's Dinner @ Biri-Biri Cafe

Assalamualaikum,

Sementara busy body nak tengok match West Ham lawan Palace ni, memang ngam kalau aku update satu entry continuation from the last entry. Dalam previous entry, Jumaat lepas kami sekeluarga ada small Raya celebration dirumah ayah, dan juga menyambut birthday ahli keluarga yang lahir dalam bulan Mac dan April. Semalam, kami berpeluang berkumpul sekali lagi for a modest birthday dinner pulak.
Pagi tu Ija ada online class from 8am ke 2pm, so aku bawak the kids ke rumah atuk diorang at least dapatlah beramah mesra dengan Mikail..:-)
Time tengok budak-budak ni mandi, ada a group of kanak-kanak yang datang beraya kerumah. Mak kata okay, so aku pun ajaklah diorang masuk beraya. Huhu.
Petang tu lepas Zohor, aku teman Syazwan dan adik ke Rawang. Diorang nak pergi kedai Jerry Toy Store di Rawang Mutiara ni, nak beli action-figure Gundam. Huhu.
Tak lama pun kat kedai tu, ada lah dalam 20 minit je pastu Syazwan kata dia sangap nak karok. Haha. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku pun on je lah. Adik pun kata on. So, kami pun buatlah lawatan sosial kat port biasa kami karok. Huhu
Amik dua jam je semalam..:-)
Member ni layan lagu Exist je semalam.
Siap order light snack lagi, sebab semuanya dah kebulur. Mana boleh nyanyi kalau perut kosong. Huhu
Dalam jam 5 petang, we concluded our karok session dengan jayanya. Tengok semua muka puas hati je...:-p
Malam tu lepas solat Maghrib, kami sekeluarga bergerak ke restoran pilihan pada malam itu iaitu Biri-Biri Cafe & Restaurant yang terletak di Bandar Sungai Buaya. 
Takdelah pilihan sangat, tapi ni je proper restoran yang ada kat sini. Mula-mula ingat nak propose ke Rawang or Bukit Sentosa tapi majoriti kata malas nak keluar jauh, so kami kesini je lah which only took less than 5-minutes driving dari taman perumahan kami.
Sembang apa lah tu?
Tapi yang bestnya makanan kat sini memang A+. Environment restoran ni pulak quite pleasant and cozy, dengan ruang yang luas dan juga simple decoration yang sedap mata memandang. Huu
Habis dinner dalam jam 9 malam, balik rumah ayah dan terus ke our last activity of the night. Apa tu?
It's mercun time!!
Tengok apa tu, bukan main terbeliak mata?
Tengok ni haa. Malam tu memang aim nak habiskan saki baki mercun yang ada antaranya mercun gasing, das, thunderclap. Bunga api boleh simpan lagi sebab banyak sangat stok.
Fariq bersama his beloved Mak Long..:-)
Iman main bunga api je dulu, dah besar sikit abah bagi yang letup-letup ni.
With the last Thunderclap sent to the air, aktiviti kami malam tu ended sekitar jam 10 malam. Sambung lepak kat rumah ayah sampai jam 12 jugak. Ada beberapa benda nak dibincangkan especially pelan vacation untuk tahun ni, dan juga raya Haji nanti.

Baiklah, that's the end of the entry malam ni. Suka aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada along, adik, mak, ayah dan juga Iman. Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan umur panjang yang diberkatiNya dan juga sentiasa didalam payung lindunganNya. Amin In Sha Allah.

P./S: Teruk West Ham kena bantai dengan Palace malam ni, risau jugak since khamis ni Newcastle pulak lawan Palace. Huhu. Takpe, be positive.

No comments:

Post a Comment