Wednesday, March 13, 2024

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2024

Assalamualaikum,

Semalam tanggal 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1444 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2024!
Hari Ahad lepas aku dan keluarga berkesempatan menghadiri program ambang Ramadhan di Masjid ar-Rahmah Sungai Buaya.Ada ceramah perdana yang disampaikan oleh Profesor Dr Mohd Nor Bin Mamat yang menyentuh tentang topik "Andai Ramadhan Terakhir".
Seperti biasa, bro Dolah memang akan join jugak if ada event masjid ni.
Ada jamuan makan sikit bagi melengkapkan majlis malam itu.
Sehari sebelum berpuasa, aku dan member-member from Balai Rangers makan special sikit. Bro Irfan bawak kami lunch dekat area PJ. Awat nama Balai Rangers? Sebab port kami berempat lunch dekat food court dekat area Pondok Polis Bangsar South. Haha
Beginilah rutin setiap kali Ramadhan, jalan kaki je untuk menunaikan Terawih di Surau an-Nur Mawarsari.
Memang ramai jemaah kali ni, seiring dengan penambahan penduduk disini. Kali ni aku datang agak lewat sikit atas urusan kerja, so duduklah luar. Takpelah dapat fresh air..:-p
Untuk tahun ni, kami di TNG masih mengekalkan hybrid workforce. Aku still kena datang office at least 3 kali seminggu, while the rest boleh bekerja WFH. Masa bekerja start jam 8.30 hingga 4.30pm, tapi atas budi bicara my direct boss, aku biasanya sampai ofis jam 9.30 dan akan keluar jam 3.30 petang. Cuma bila dah settle urusan ambil anak bini tu, kebiasaanya aku akan sambung kerja sampailah masuk waktu berbuka. If masih ada kerja, sambung lagi after berbuka sampai solat Isyak.
Hari pertama Ramadhan semalam disambut dengan sederhana di rumah ayah. In Sha Allah, setiap hujung minggu kami sekeluarga akan datang berbuka, unless kalau ada plan lain lah.
Menutup entri pertama Ramadhan 2024 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

No comments:

Post a Comment