Friday, March 24, 2023

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2023

Assalamualaikum,

Semalam tanggal 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadhan 1444 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2023!
Tapi before kita start, suka jugak aku nak berkongsi kisah hari pertama Fariq bersekolah di tadika baru iaitu di Little Caliph @ Bandar Sungai Buaya.
LC ni dekat sangat dengan rumah aku, kalau drive dalam 2-3 minit dah sampai.
Sesi bergambar bersama ibubapa. Hari Isnin tu aku WFH, tu yang pakai casual je. Tengok bapak lain siap berkemeja segala bagai. Huhu
Muka ngantuk. Tu lah siapa suruh tidur lambat, kan dah lemau. Haha
Punyalah jem time budak sekolah nak balik. Kalau camni Fariq masuk sekolah rendah nanti balik jalan kaki je lah..:-p
Unlike tahun lepas, Ramadhan kali ni aku berpeluang bersama anak dan isteri. Tahun 2022 wife aku berpantang di kampung, so puasa pun sorang-sorang je dulu. Huhu
Ginilah rutin setiap kali Ramadhan, jalan kaki je untuk menunaikan Terawih di Surau an-Nur Mawarsari.
Memang ramai jemaah kali ni, seiring dengan penambahan penduduk disini. Tapi sempatlah jugak dapat solat kat ruang utama ni. Biasanya dapat duduk luar je.
Untuk tahun ni, kami di TNG masih mengekalkan hybrid workforce. Aku still kena datang office at least 3 kali seminggu, while the rest boleh bekerja WFH. Masa bekerja start jam 8.30 hingga 4.30pm, tapi atas budi bicara my direct supervisor, aku biasanya sampai ofis jam 9.30 dan akan keluar jam 3.30 petang. Cuma bila dah settle urusan ambil anak bini tu, kebiasaanya aku akan sambung kerja sampailah masuk waktu berbuka.
Hari pertama Ramadhan semalam disambut dengan sederhana di rumah ayah. In Sha Allah, setiap hujung minggu kami sekeluarga datang balik kampung..:-)
Ni apa benda pulak? Untuk pengetahuan korang, ayah aku ada sebuah Nissan Sunny tahun 1990 yang faithfully served my family sampailah tahun 2005 dan totally ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2015. Tak silap aku lah sebab seingat time aku pergi kerja kat KL Sentral, kami masih lagi drive kereta ni untuk ke Terminal Bas Bukit Beruntung.
So ceritanya baru-baru ni ada orang from the nearest workshop nak beli kereta ni. Dia nak guna buat apa tu aku pun tak taulah, harapnya tak guna untuk buat benda mengarut lah ye. Ni time kena tow. Goodbye old friend, thanks for your service selama hampir 30 tahun bersama kami.
Menutup entri pertama Ramadhan 2023 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

No comments:

Post a Comment