Friday, August 5, 2022

Kisah AKU n Faiz's Wedding @ Bandar Hilir

Assalamualaikum,

Okay, entri pertama bulan Ogos. Cerita apa nak update malam ni? Baiklah, nak cerita sikit sebuah majlis perkahwinan sedara yang aku attend hujung minggu ni di Melaka.
Jumaat lepas ada sambutan birthday Fariq di taska, a little bit late sebab birthday boy tak sihat. Sambutan kali ni bertemakan Lion King, iaitu kartun favourite Fariq sekarang. Tapi awat muka tak happy tu, maklumlah dah lama duduk rumah. Tu yang bengang sebab kena datang taska. Haha
Fariq dan rakan-rakan setaska.
Ni pulak si adik. Teman ibu dia buat kerja pukul 6 pagi. Huhu. Jumaat malam kami sekeluarga bergerak sekitar jam 9 malam, sampai dalam pukul 12.30 jugak. 
Sabtu sekitar pukul 10 pagi lagi kami dah menyertai rombongan kira-kira 8 bijik kereta menuju ke Bandar Hilir. Majlis yang menyatukan Faiz dan pasangannya, Kamilah ni berlangsung dirumah pengantin perempuan di Bandar Hilir, Melaka.
Ni beratur nak menunggu berbalas pantun ke? Aku ni kalau setakat berpantun "Pergi kedai nak beli roti" tu bolehlah. Haha
Diorang semua masuk dalam, aku dengan Fariq dok luar je lah. 
Disertai Zed dan anak dia, Hassan.
Sesi bergambar selepas lafaz akad nikah yang disempurnakan oleh pengantin lelaki. Perasan tak ada orang yang takde dalam gambar ni? Semestinya tiga orang jantan yang duduk kat luar. Haha
Sesi santapan pun bermula sekitar jam 12 tengahari.
Amik turn jaga Iman dulu
Amboi hang, kemain melantak aiskrim nohh. Batuk karang baru tau. Haha
Sebelum balik sempatlah bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan hari tu.
Sampai rumah kira-kira jam 1.30 petang, solat Zuhur then terus terlelap. Petang macam biasalah teman budak ni main. Kali ni dia bawak set Lion King yang beli hari tu. Bergaduh bhai budak-budak ni rebut mainan. Last-last semua main toy sendiri. Haha
Surau depan ni dah hampir nak siap. Pasni jalan kaki je lah, sekarang ni pergi solat naik kereta. Acah budak KL betul. Hii
Bila nampak makcik diorang keluarkan motor letrik tu baru tau nak naik sama-sama.
Melayan suasana kampung yang santai. Iman pun tangkap leleh je dengan Tok Ahmad..:-)
Malam tu ada sambutan Awal Muharam di Masjid ar-Rahman. Satu family join termasuklah wife dan anak-anak yang duduk di ruang atas.
Haa, nampak tak aku yang pakai baju biru muda tu. Punyalah "khusyuk" mendengar ceramah yang disampaikan Al-Fadil Ustaz Dr. Hasan Ali berkenaan pengertian buku amal kita yang baru untuk tahun 1444 Hijrah ni.
Hari Ahad takde buat apa sangat, adalah datang menyibuk di masjid yang sama. Ada team PLUS Selatan datang buat pemasangan RFID percuma, tu yang nak tengok sikit kerja lama aku tu. Huhu
Alang-alang solat Zuhur dulu, bukan main seronok budak ni dapat lari-lari. 
Malam tu dalam jam 10 malam, kami sekeluarga pun bergerak pulang ke Rawang. Esoknya kerja beb. Nak dijadikan cerita malam tu bapak jem gila. Kami sampai rumah nak dekat pukul 2 pagi jugak.
Aku pulak bangun nak pergi kerja badan rasa tak sedap. Sudahnya satu keluarga duduk rumah, yang mak ayah WFH. Anak-anak kerja tengok TV je lah. Haha

Okaylah, itu sahaja cerita pagi ni sambil nak menunggu Subuh. Trend aku sekarang memang camni, dalam jam 11 malam tidur sampai pukul 4 pagi. Then bangun buat backlog work. Lepas Subuh baru aku lelap balik, begitulah rutinnya. Untuk pengantin, Faiz dan Kamilah. Selamat Pengantin Baru aku ucapkan, semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.

P/S: Sabtu ni EPL dah start!

No comments:

Post a Comment