Tuesday, May 3, 2022

Kisah AKU n Syawal 2022 - Day 1

Assalamualaikum,

Tanggal 2 Mei 2022, Muslimin dan Muslimat telah meraikan kemenangan menahan hawa nafsu dan kini sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan yang baru sahaja pergi sudah tentunya akan menjadi asbab untuk kita terus menunaikan perintah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan menjauhi segala laranganNya. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi aku panjatkan kerana masih diberi nikmat kehidupan untuk bersama-sama merayakan Syawal yang mulia ini.
Okay, cerita hari pertama aku beraya di kampung isteri di Serkam. Kat sini seawal jam 6.30 pagi lagi aku dah bangun untuk menunaikan solat Subuh dan kemudiannya terus bersiap. Kalau kat kampung dulu, lepas Subuh tidur balik then jam 8 pagi baru bangun untuk bersiap. Lepas Solat, ada sesi bermaaf-maafan. Semuanya berlaku dengan pantas, aku tak sempat nak amik gambar pun. Huhu
Seperti raya tahun 2018, tahun ni abah sekali lagi ajak kami ke Pulau Besar untuk sembahyang Raya kat sana. Aku drive hari tu, joined by Abah dan juga ipar - Ibrahim, Zakaria dan Ilyas. Zed takde tahun ni, raya kat Tampin. Seawal jam 7.30 pagi lagi kami berlima dah menaiki bot laju ke Pulau Besar dari Jeti Umbai. 
Steady. Huhu
Usai pendaratan kami di pantai Pulau Besar. Nasib baik air pasang lagi, memang ngam bot berlabuh kat depan Masjid. Kalau air surut, kena turun kat Jeti pastu menapak jugaklah.
Ni lah tempat aku menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri semalam, Masjid Pulau Besar yang terletak bersebelahan Makam Sultan Ariffin Syeikh Ismail.
Sekitar jam 8.30 pagi, solat sunat Aidilfitri bermula diimamkan oleh bapak mertua sendiri, serta khutbah Raya. Huhu
Lepas solat seperti kebiasannya ada makan-makan kat sini. Tapi semalam kami kena tunggu sikit, maklumlah semua terkejut raya. Tu yang tukang masak pun tak sempat prepare apa. Abah cakap jam 11 baru makanan ready. Lepas puas bersembang selama sejam, kami pun pisang. Tu yang Ibrahim ajak meneroka Pulau Besar ni. 
Muka bersyukur tu. Haha. Gila tak syukur, kitorang jalan punya jalan dalam 40 minit tau-tau dah sesat. Ibrahim siap recommend patah balik, instinct aku pulak macam jalan terus kedepan. Mesti ada trek pancung punya. Last-last memang ada tapi challenging sikit. After trekking dalam 10 minit, jalan tu memang tembus kat area masjid. Huhu
Sampai je memang makanan dah ready. Ni lah the famous Kari Kambing Pulau Besar. Lahap jugak makan hari tu, maklumlah dah habis tenaga dok explore pulau ni. Hihi
Pukul 12 tengah hari, kami bergerak pulang ke Jeti Umbai. Tak pakai life jacket beb! Punya redha habis tu. Haha
Sampai rumah, anak-anak pun dah ready nak beraya..:-)
Lepas Zuhur, kaum kerabat dah mari beraya kat rumah. Baru ingat nak amik bergambar dulu, ni kira macam kes beraya kat Perak jugaklah. Tak dan nak amik gambar lagi dah ada orang datang. Diorang punya ramai tu korang boleh buat rumah sukan sekolah la. Kaler merah, kuning, oren, biru. Semua ada.
Steady budak ni tidur time orang datang. Haha
Haa, hat yang ni elok tak tidur..:-)
Around 3 petang, tetamu datang dah mula berkurangan. Boleh lah ke aktiviti seterusnya iaitu sesi bergambar pulak.
Okay, sesi bergambar sekejap. Tapi family kami je. Sebab yang lain kata nak ambil gambar time kakak diorang balik hari ni. Okaylah, ikut kome le. Yang penting ambil gambar time Raya pertama ni dah jadi tradisi Raya aku. Huhu
Fariq: Mana photographer ni?
Iman: Huargghh..
Ibu Abah: ....
Riang raya di Hari Raya..:-)
Macam-macam ragam si Fariq tu..:-p

Haa, yang ni elok sikit.
Zoom sikit..:-)
Selfie laki bini..:-)
Malam aku pergi mendobi kat Serkam Darat, bawak Fariq ni sekali. Melalak nak ikut. Lepas dobi around jam 9 malam tu menyinggah Masjid ar-Rahman untuk solat Isyak.
Dah-dah jom balik. Sampai rumah je tengok banyak kereta, ada orang datang beraya malam tu. Tapi bila kami sampai, diorang semua dah nak balik. Huhu
Malam baru sempat makan lemang. Siang tak nyempat nak makan, tetamu datang tak putus-putus. 
Sambung tengok cerita P Ramlee sampailah Fariq terlelap. Huhu

Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2022 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Touch 'n God dan lain-lain

In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!

No comments:

Post a Comment