Friday, February 25, 2022

Kisah AKU n New Office 2.0

Assalamualaikum,

Dah start balik bermalas-malasan, cerita minggu lepas baru hari ni nak update. Busy lah wei, banyak benda nak kena settlekan kat ofis. Buat pulak ada staf baru join, so ada banyak jugak briefing session nak kena buat. Eh kenapa New Office 2.0? Ya, sebab tak nak confuse dengan entri ini time aku pindah office baru di Quatriz dulu. 
Sebenarnya takde cerita apa sangat. Minggu lepas aku dah start masuk office baru. Canggih. Siap ada facial recognition, every meeting room ada TV LCD, pantry pun okay lah ada coffee maker etc. Untuk jadual kerja, aku akan masuk setiap hari Isnin dan Rabu. Jumaat pulak up to boss lah, kalau required aku datang. 
Jalan pun okay untuk both journey. Maybe sebab ada company yang restart WFH kot. Aku keluar rumah pukul 8.15 pagi, biasa jam 9 tu dah sampai Bangsar South. 
Last week ada emergency case, Ija kena tahan setengah hari di Hospital Selayang hari Khamis yang lepas. Nasib baik aku memang WFH hari tu. Alhamdulillah, nothing serious pun hari tu cuma kena banyak berehat wife aku ni. Kuat sangat kerja, mengalahkan husband dia. Haha
Sabtu lepas Fariq dua hari jugak duduk dengan atuk opah dia, tu yang dapat join pergi wedding di Kuala Selangor. Aku dan Ija tak dapat nak join lah. Berkesempatan jugak jumpa moyang dia yang datang dari Perak ikut sekali rombongan belah lelaki.
Seronok budak ni dapat main buai kat situ.
Pagi Ahad aku dan Fariq berjalan-jalan di sekitar taman perumahan kami. Kira father-son activity lah tu. Huhu. Since kaki dia pun tak sampai nak mengayuh basikal, aku tolak je lah. Laju sikit..:-p
Mula-mula, kami pusing satu Mawarsari. 
Then terfikir nak cross titi ni untuk ke taman sebelah, Kasturisari. Kat sana kan ada playground, hopefully tak ramailah sebab agak lewat kami datang.
Ramalanku benar belaka. Huhu. Memang tak ramai orang kat taman permainan tu, adalah sorang dua je budak yang ada. Basikal parking bawah pokok tu. Huhu
Bukan main seronok lagi budak ni. Semua benda nak try..:-p
Penat singgah basikal minum air dulu. Ibu dia ada bekalkan stok dekat bakul tu. Huhu
Sambung main lagi. Tapi yang paling lama kat buaian lah, kami berdua menyembang sambil tengok orang main volleyball kat court bawah tu. 

Tu je lah cerita pagi Jumaat ni. Esok aku update satu lagi entri ya. Pasal apa? It's booster time!

No comments:

Post a Comment