Saturday, August 7, 2021

Kisah AKU n We Are Vaccinated!

Assalamualaikum,

Malam ni kita update cerita minggu lepas, dah nak masuk weekend baru sempat update. Busy nampaknya minggu ni, aku punya mini-series pun tertangguh since tak sempat nak main game. Don't worry, Night King invasion dah berjaya triggered semalam, it's just a matter of screenshot according to storyboard lah. Cerita malam ni simple je, just nak share kami satu family semua dah full vaccinated. 
Aku yang pertama dapat both doses. Followed by my wife, a day later. Both of us ambil vaksin di PPV Tropicana Gardens Mall.
Lepas tu ayah, dalam minggu yang sama. Ayah pulak ambil jab di PPV Klinik SP Care Batang Kali.
Mak dapat Isnin ni di PPV Dewan Komuniti Serendah.
Followed by adik dan along pada hari yang sama semalam di PPV UCSI Nilai dan PPV Bukit Beruntung Golf Club, respectively. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk dapatkan perlindungan dari virus Covid-19 melalui vaksin, ianya penting juga untuk negara kita mencapai herd immunity. Bayangkan hidup macam biasa dengan SOP yang longgar, tak ke syok tu. Huhu
Ooh, dan juga my in-law, Bro Syazwan dekat tempat yang sama with Along. Sama-samalah kita nantikan pengumuman dari Tan Sri Muhyiddin untuk privilege for those yang dah dapat dua jab ni. Mana lah tau boleh rentas negeri, dine-in ke. Huu
Minggu lepas aku dan wife ada buat mini reno sikit kat dapur kami. Setengah hari jugak aku camping kat dapur ni nak menyiapkan kerja.
Hasil yang marvelous! 
Tahniah buat Aaron Chia dan Soo Yik atas kejayaan merangkul pingat gangsa bagi acara Men's Double di Olimpik Tokyo 2020. Yang tak menang tu, kekalkan usaha dan jangan mengalah. Bak kata LCW, kemenangan kamu cuma tertangguh sahaja. Kita ada dua atlet lagi yang bakal bertanding esok dalam acara Keirin. Marilah kita doakan kejayaan mereka, manalah tau dapat Gold satu Malaya cuti ke. Huhu

Itu je lah cerita ringkas minggu lepas. Aku pun dah lama tak main Warband ni, let's kill some Wights and completekan series The Grey Wolf aku tu. Huhu

1 comment: