Thursday, December 24, 2020

Kisah AKU n Mr. Toy @ TESCO Rawang

 Assalamualaikum,

Amboi, dah jadi habit pulak update hari Khamis ni. Okaylah tu, ada effort nak mengupdate blog ni. Bahaya beb kalau malas tu datang, tu yang banyak je blog terbengkalai. Buat pulak, dah ada anak bini. Keluarga pun bertambah, lagi lah menjadi-jadi malas tu. Aku go with the flow je, kalau ada cerita. Lambat mana pun akan update jugak.

Minggu ni Fariq dah start masuk taska balik. Sebagai parents yang bekerja dari rumah, memang ni lah yang dinanti-nantikan. Maklumlah, bila mak ayah busy depan laptop. Anaklah paling kesian, tengok TV je kerjanya. At least bila masuk taska ni adalah dapat belajar dan main dengan kawan-kawan dan cikgu.

Ahad lepas aku dan family ke Bandar Rawang. Asalnya pergi ke klinik bawak wife. Oops jangan buat andaian pulak, kami tak ready lagi nak menambah anak. Fariq ni pun tak sedia nak menggalas tanggungjawab jadi abang lagi. Huhu

Barai sebenarnya mata tu. Tengok bola Newcastle vs Leeds jam 4 pagi. Sia-sia je tengok kena bantai 2-5. Tapi gameplay Bielsa memang laju. Aku yang tengok pun rasa semput. Haha

Sampai TESCO cari makan dulu, maklumlah skip breakfast kan pagi tu gara-gara bangun lambat. Cuaca mendung je minggu lepas, asal malam je hujan. Sian pulak kadang kat rider yang hantar makanan kitorang. Semoga tuhan je yang dapat balas jasa korang ni..:-)

Had our lunch at Hailam Kopitiam. Oo, ni favourite kopitiam time zaman bercinta kat Bukit Jalil dulu

Haa, budak tu macam ada magnet pulak kat tempat camni. Dah la ada permainan, buat pulak depan Mr. Toy.

Main la a few game yang ada.

Kaki tak sampai, tolong lah tekankan pedal. Huhu

Misi mencari mainan baru. Dah nama pun Mr. Toy, memang rambang mata lah budak tu. Memang banyak pilihan mainan kat sini - ada remote control toys, costume, indoor & outdoor toys, building block/set. If korang nak cari mainan anak dengan harga berpatutan. Bolehlah singgah kat Mr. Toy ni, dengarnya ada lagi 9 stores yang ada diseluruh negara. Yang kat Rawang ni merupakan their first store, dibuka sekitar Jun 2019. Setahun jugak dah bukak, asal aku baru tau ni?

Pas beli sebijik dua mainan, Fariq pun dah kepenatan. Kami pun balik rumah, nasib la TESCO ni dekat dengan highway. So, masuk LATAR then exit PLUS melalui Plaza Tol Rawang Selatan. Malas aku nak menghadap jem kat Bandar Rawang tu. 

Fariq with his new RC Patrol Boat, tapi tu lah. Nama pun budak kecik, tau main campak-campak gitu je. Haha. Hopefully tahan lama lah mainan ni..:-p

Okaylah, malam ni aku ada a few thing nak buat since esok nak balik Merlimau. Bini dah rindu dengan family katanya. Last balik rasanya seminggu sebelum CMCO Lembah Klang hari tu, around awal Oktober. 

P/S: Semalam Newcastle kalah lagi dan tersingkir dari Piala Liga. Macam bodoh je main, lawan Brentford team Championship pun tak boleh makan. Buang masa je tengok. Pfft

No comments:

Post a Comment