Sunday, October 11, 2020

Kisah AKU n Happy 23th Birthday, Dear

Assalamualaikum,

Dua minggu bersawang blog ni. Maaflah, busy yang teramat sekarang. TNG dalam proses restructuring dan kami ada new CEO masuk last week. Sudah tentunya aku sebagai report compiler bagi CCO division ni nak kena menghadap pelbagai jenis reporting baru. Maklumlah, lain orang lain lah format reportnya.
Entri hari ni bermula Ahad lepas, early birthday celebration untuk cik isteri di A&W Rawang. Tarikh sebenar jatuh hari Rabu, aku pulak memang dah tau yang last week memang bertimbun kerja tu yang tak berani nak janji celebrate pas office hour. Anyway, selamat hari lahir yang ke-23. Semoga dikurniakan umur panjang yang diberkatiNya. Amin In Sha Allah.
Dan semoga maju jaya di company baru..:-)
Minggu ni hujan aje. Hari Isnin tu nak dekat jam 10 malam sampai rumah. Sebabnya terkandas kat LRT Kerinchi. Sudahnya jam 9 baru boleh meredah sikit hujan nak ke open parking tu.
Tak payah cerita minggu lepas, almost everyday balik 8.30 malam. Kira aku ni orang lastlah kat Level 12 tu. Hari Jumaat dapat arahan kerja dari rumah sebab ada kluster baru dekat Lembah Pantai. Much worst, ada sorang staf TNG Digital yang bekerja di Level 5 ada kontak rapat dengan Covid-19. Start minggu depan, kami akan memulakan semula WFH yang tak silap aku, pause dari bulan 6 yang lepas.
Pagi Sabtu, balik kampung. Takde majlis apa pun, cuma orang kata bila terasa nak balik tu. Baliklah..:-p
Penumpang tidur, so kita selfie sendiri jelah. Haha
Sampai dalam jam 12.30, bukan main excited si kecik ni sampai kampung. Mentang dah boleh jalan..:-)
Petang main.
Malam pun main. Apa boleh buat dah nama pun kids. Takkan nak buat kerja kot cam bapak dia ni.
Pagi tadi sekitar jam 10.30 pagi kami berangkat pulang ke Sungai Buaya.
Before balik singgah Bukit Beruntung jap nak restock barang Fariq. Haa, tengok budak ni buat perangai main tingkap. Cam dalam cerita Senario pulak. Huhu
Jangan tiru aksi ni Fariq. Orang ada bulu dada je yang boleh pamerkan aksi kasanova sebegini rupa. Bhahaha

Itu je kot untuk cerita minggu ni. Kes Covid dah naik balik beb. Risau pulak, nasib baiklah kerja dari rumah balik. Huu. Jimatlah sikit belanja nampak gayanya camni.

P/S: Selangor bantai Felda 6-1 semalam. Dah last game liga baru nak perform. Takpe, repeat lagi time Piala Malaysia. Minggu ni Newcastle takde match since tengah international break. Yang penting, last week menang 3-1 lawan Burnley. Nice one Brucey lads!

No comments:

Post a Comment