Saturday, July 13, 2019

Kisah AKU, False Contraction & Myvi Sakit

Assalamualaikum,

Ingat tak Sabtu lepas aku dan wife keluar dating seharian? Malam tu, ada something happened tau. Haha
Pukul 4 pagi, tidur lena aku dikejutkan dengan rentapan kasar dilengan oleh cik isteri. Sakit perut yang menekan katanya. Aku yang half panic time tu terus bawa dia ke Hospital Sungai Buloh. Nasib baik barang-barang memang dah standby dalam kereta.
Sekitar jam 8 pagi Ahad, wife kata kena tahan dekat wad since dah ada bukaan 2cm. 
Malam tu aku datang semula melawat, Isnin pergi kerja macam biasa. Selasa kena discharged since bukaan kekal 2cm tanpa ada further contraction. So, dapatlah balik rumah.
Hari yang sama aku terpaksa menghantar si Myvinium ni ke Service Center since memang dah buat appointment untuk servis kebocoran minyak enjin
So, yang kereta ni pulak kena tahan sampai Khamis. Pfft. Lepas satu-satu jadi.
Nasib baiklah ada bro Afiq, dia lah yang tumpangkan aku pergi kerja minggu ni. Tapi syok jugak carpool. Cuma tak mobility terhad sikit lah.
Rabu tu kami berdua cover di SHELL Puchong Permai since dapat complaint dari client. Mana taknya, staf dah takde. Center tak bukaklah. Nasib lah ada orang yang sanggup turun padang nak tutup non compliance tu.
Haha. Buat thumbs down. Sebab hari tu ada 2 je fitment kat sini. Baru tau perasaan budak site tunggu customer datang. Pishang beb!

Khamis aku kerja cam biasa dipejabat. Dah time aku takde kat office, punya ramai yang mencari. Bila ada kat sini, takde pulak..:-p 
Jumaat ikut bro ni pergi MTD nak consolidate report untuk invoicing to TNG.
Sempatlah melawat workstation lama. Rindu pulak meja ni. Huu
Ke TNG Bangsar South, hantar invoice. Walaupun collection tak banyak, tapi cukuplah nak menampung operasi kami yang semakin mengecil ni. In Sha Allah, bulan Ogos ni kita rebuild our doomed business unit ni. Let's Make FCO Great Again!
Malam tu, ada badminton session dengan colleagues. Mula-mula rasa tak nak join, tapi kesian pulak kat si Afiq tu nanti dari Puchong nak ke TPM semula pick up aku. Sudahnya join je lah. 
Memang aku ada simpan baju/seluar extra dalam locker.Dua jam game dengan dua court. Ramai jugak join semalam - Helmi, Azrul, Saukani, Hafiz, Ridzuan, Hazim, Afiq dan aku.
Aksi kepit jangan dilupakan. Huhu. Trademark tu, ingat boskur je boleh ke?

Sekitar jam 12pm, session ditamatkan. Minum sekejap dengan diorang before pulang ke Sungai Buaya. Since kami berdua pun tak dinner lagi, singgah makan R&R Sungai Buloh dulu sambil menyembang operational issue unit kami yang dilanda masalah ini. Dari dulu nak taip entri pasal RFID Fitment Center, next post lah kot. Huu

P/S: No Pak Arab takeover, Rafa's gone.
, Perez & Rondon pun dah kena jual. Now, dengar si Steve Bruce tu appointed to be manager. Apa ke hee nya dengan Newcastle sekarang. Wuu

No comments:

Post a Comment