Sunday, September 2, 2018

Kisah AKU n RFID Fitment Center

Assalamualaikum,

Okay, semua kat sini pun sedia maklum melalui my previous entries yang aku currently terlibat dalam satu government project untuk memperkenalkan konsep RFID tolling di Malaysia ni. So, petang ni aku nak story sikit tentang persediaan Quatriz untuk membuka our first batch of RFID Fitment Center yang bakal membuat penampilan umumnya esok, 3 September 2018. Aku, as an ad-hoc committee pun terlibat sama dalam menyiapkan site-site kami semalam.
Seawal jam 8 pagi lagi aku dah bergerak dari rumah ke pejabat TPM. Disitu, ada sesi briefing sikit for our new staffs yang akan dipecahkan ke empat sites kami yang terletak disekitar highway-highway di Lembah Klang. Our Project Head, Matt will oversee the preparation for BESRAYA and NPE, Izuwan pula in charge for MEX dan aku sendiri akan monitor progress di KESAS.
Safe drive guys and good luck. Sebab sesi semalam bukan preparation sahaja tapi ada slot lawatan dari Touch 'n Go untuk mengesahkan readiness site kami.
Aku dan Team KESAS gerak lewat sikit since kena tunggu beberapa barang yang scheduled drop dekat TPM. 

Site 1 - Lay-By Plaza Tol Loke Yew, Sungai Besi Expressway (BESRAYA). Kat sini kami erect temporary khemah before our Mobile Fitment Center ready to launch mid-September.
Site 2 - PKP Plaza Tol Pantai Dalam (Selatan), New Pantai Expressway (NPE).
Site 3 - PKP Plaza Tol Salak Selatan (KL-Bound), Maju Expressway (MEX). Okay cukuplah tunjuk site orang. Now kita pergi site aku pulak. Haha
Site 4 - R&R Awan Besar, Shah Alam Expressway (KESAS). Kenapa site aku pulak? Haa sebab dari awal sampai akhir preparation, aku yang jaga tempat ni. Dari kedai ni berhabuk takde apa-apa sampailah jadi proper macam ni. Plan nak buat lagi gempak, tapi ada some constraint. Macam ni pun jadilah. Asalkan budak-budak yang kerja dalam tu selesa. Huu
Pukul 12 aku ditemani Ameer (sepatutnya ada lagi 2 orang tapi tak dapat join atas family matter) mula setup barang-barang yang diperlukan untuk operasi Fitment Center ni.
A-Board to welcome the customer yang terletak rapi di Installation Bay dibelakang kedai. Haraplah tak kena rembat..:-p
Bukan main senyum lagi semuanya berjalan lancar. Bukan site ni je, site lain pun takde critical problem. Lega beb! Huu
Since KESAS ni R&R, memang site kami semalam ramai jugak pengunjung yang curious bertanya pasal RFID ni. Aku pulak let Ameer yang handle diorang since dia one of the staff yang akan bertugas kat sini. As for me, my job is almost done now. Cuma tunggu Touch 'n Go datang untuk confirmkan yang KESAS ready to go-live.
5PM - delegation dari Touch 'n Go led by Mr. AJ datang untuk buat audit dan pengesahan. Alhamdulillah, kesemua empat sites ready to go-live tomorrow. Memang relieved habis, now we can shift our focus to deliver another 16 sites by the end of this year..:-)
Dia punya letih tu sampai tapau Extra Joss Susu Anggur. Ni favourite aku zaman study kat UiTM dulu. Huu. 
Sekitar jam 7 petang aku bergerak meninggalkan R&R Awan Besar. Apa lah, kata nak implement RFID, tapi satu-satunya lorong RFID ni pulak boleh tutup. Haha
Expected. Haha, bengong jem gila. Nak dekat 8.30 malam baru aku sampai. Kebetulan Dolah dan Afiq ada, diorang ajak aku mengopi kat kedai Siam. Okay lah bros, takde hal. Ada lah bersembang pasal plan bachelor trip kami bulan 10 nanti. Huu

So, masa yang dinanti hampir tiba. Hopefully semuanya berjalan lancar esok untuk hari pertama operasi RFID Fitment Center kami ni. Amin In Sha Allah.

4 comments:

  1. Hari ini fitment ctr beroperasi tak? Sebab dah buat appt & confirm. Rupa rupa nya cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Our Fitment Center beroperasi seperti biasa hari ni di semua lokasi.

      Delete
  2. Hi. Macam mana nak cancel appointment rfid fitment? Dekat website ada edit appointment sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh call Touch 'n Go Careline untuk sebarang pertanyaan berkenaan appointment di nombor berikut: +603-2714 8888

      Delete