Friday, September 16, 2016

Kisah AKU n Boat Noodle @ M3 Mall

Assalamualaikum,

Selamat pagi dan Selamat Hari Malaysia aku ucapkan kepada rakan-rakan senegara yang berkongsi IC Malaysia, semoga negara kita terus dilimpahkan dengan nikmat kebebasan dan kemewahan bukan sahaja untuk pemimpin dan golongan bangsawan, tetapi khususnya kepada rakyat marhaen seperti kita ini. Okay lah, tak nak berceloteh panjang, saja nak cerita sikit pengalaman makan tengah hari bersama rakan-rakan sepejabat semalam di M3 Mall Gombak.
Keluar lunch macam biasa semalam, nasib baik lah tak sesak jalan nak ke mall tu. Kira-kira 5-10 minit dari HQ.
Haa, ni lah M3 Mall. Aku tak sedar pun kewujudan mall ni yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan di area Gombak Setia. Quite big, ianya menempatkan premis seperti The Store (main tenant), Texas Chicken, Nagoya Textiles, DIY, Georgetown White Coffee, Gintel, Chatime , Mr. Teppanyaki dan bermacam-macam lagi well-known premises. Ada banquet hall jugak kat dalam ni sesuai untuk wedding function 
This is where we had our lunch yesterday - Boat Noodle. Konsep: Thai Cuisine, specialty in noodles.
Apo kobondo aku nak order ni? Haha
Selfie dulu sebelum makanan penuh atas meja..:-)
Haa, ini lah dia lunch kami semalam. 8 bowls of noodles each berlainan rasa. Tak banyak pun dalam satu bowl ni, kalau orang normal macam aku ni makan bolehlah 2-3 sudu dah habis. Tu yang beli sampai 8, dapat lah makan 2-3 mangkuk sorang.
Coconut Shake ni memang terbaik..:-)
Stuffed, untuk masa tu je lah. Balik ofis rasa lapar balik sebenarnya..haha
Lepas makan tu sempatlah merayau dalam mall ni. Hampir 80% dah occupied, and premis yang ada pun boleh tahan mantap jugak. Akak-akak tu shopping barang baby kat The Store, yang aku ni cari kerusi. Dah nama pun lelaki, memang kerusi lah makhluk yang dicari kalau ikut perempuan shopping..haha

Itu lah cerita aku merasa makan Boat Noodle kat  M3 Mall ni, memang sedap. Interior kemas, staff pun friendly. Kalau berkesempatan, boleh lah bawak family datang makan kat sini nanti. For M3 Mall secara amnya, memang terbaik. Sebuah mall yang dibina untuk shift attention orang ramai khususnya warga Gombak untuk bershopping di sini, instead of masuk ke pusat bandar KL. More economic dan dapat mengurangkan traffic congestion in and out.

P/S: Ada ke Kak Nurul suruh aku bawak gf dating kat Boat Noodle ni. Aku mana ada gf..haha

No comments:

Post a Comment