Sunday, June 5, 2016

Kisah AKU n Berembun @ Khalifah

Assalamualaikum,

Semalam aku ke Shah Alam for a supposedly reunion with rakan-rakan seperjuangan di UiTM. From 10 invited, sadly hanya three of us yang free. Lepas ni aku malas nak amik port nak arrange lagi benda-benda camni. Asal buat arrangement mesti failed..haha. Biar lah budak-budak lain yang buat. Tapi bila diorang buat, yang sedihnya aku pulak tak dijemput. Selalu dah kena..:-)
Aku gerak from Sungai Buaya lepas Maghrib. Sampai di Shah Alam sekitar 8.10 malam.
Venue reunion kami semalam di Restoran Khalifah, Seksyen 7. Port lepak biasa kami time menuntut dulu. Tapi cam biasalah, aku ni je lah yang terhegeh-hegeh punctual. Yang lain nak dekat jam 9 baru sampai walaupun janji pukul 8.
Faiz dan Abang Sabry yang sanggup meluangkan masa datang dari Kajang dan Puchong respectively. Seronok dengar perkembangan diorang - Faiz sedang berkhidmat didalam sektor awam sebagai Pegawai Tadbir di Lembaga Lebuhraya Malaysia, Abg Sab pula masih di syarikat lama di Saujana Putra, doing administration.
Aku bersama rakan sepejabat Faiz, Nazril namanya. Orang Bagan Serai ni, lulusan UiTM Sungai Petani. Bekerja di LLM di Bangi. Semalam kami start our reunion pukul 9 malam dan dismissed pukul 12.30. Basically apa yang kami sembang pasal perkembangan hidup, throwback time belajar dulu etc.
Time tengah nak bayar kat kaunter, aku terperasan sorang brader ni. Tengok dari jauh macam kenal, tengok lagi dekat memang sah Edy! Haa, ni lah junior aku di fakulti dulu. Azidi namanya, budak Kuala Kubu Bharu. Juga merupakan seorang SMF dan team-mate aku bersama-sama mewakili FSPPP untuk Boling Padang ketika Sukan Antara Fakulti 2013. Terus tak jadi bayar kat kaunter, sambung melepak dengan si Edy ni sampai pukul 6 pagi! haha
6 AM - Aku menunaikan solat Subuh terlebih dahulu di Surau Seksyen 7 sebelum memulakan perjalanan pulang ke Sungai Buaya.
Apa kes ni? Hrmmm...selipar aku jarang kena rembat. Tapi bila kena rembat, it happened kat tempat-tempat suci macam kat surau, masjid dan sebagainya. Apa lah manusia ni, selipar cabuk tu pun korang bernafsu.
6.30 AM - Sedap je drive kat Guthrie. Hari pun dah terang sikit, so takde risau sangat dengan cerita horror kat sini. Thanks to Edy jugak sebab sanggup teman bersembang sampai Subuh. Kalau tak memang aku tidur dalam kereta lah gamaknya nak menunggu masuk waktu..:-p
Sampai rumah sekitar jam 7 pagi. Tengok mata punya lah rabak..haha. Sempat tidur 2 jam je, sebab pagi tadi aku dan family ke Shah Alam semula. Nak tahu apa kami buat untuk hari terakhir Syaaban 2016 ni? Sila lah baca next entry ye..:-)

P/S: Serius ngantuk time aku taip entri ni.

No comments:

Post a Comment