Sunday, September 3, 2023

Kisah AKU n Fun Time @ The Kids Playground Encorp Strand Mall

Assalamualaikum,

Pagi ni aku nak berkongsi aktiviti hujung minggu yang aku spend bersama wife dan anak-anak. Ikut plan asal nak Tropicana Gardens, tapi wife kata ada sebuah playground yang agak spacious di shopping mall berdekatan iaitu Encorp Strand Mall. Aku pun okay je nak ke sana, sebab dah lama tak pergi. Rasanya last aku melawat mall ni time bujang dulu bila ada meeting dengan client yang officenya located at Encorp Strand Garden. Kami sampai dalam jam 4 petang.

Seperti jangkaan aku, mall ni quite gloomy jugak. Banyak kedai tak bukak, tak tahulah dah permanently closed or masih lagi dalam mood Merdeka. Haha

Destinasi pertama kami sudah tentulah playground yang wife mentioned earlier - The Kids Playground. Memang besar, cuma pengunjung pun ramai. So, cramp jugak semalam. Since dah sampai, kita masuk je lah. Kat sini ada menyediakan pelbagai jenis permainan such as mesin arked, funfair games dan juga inflatable playground.

Anak-anak main arked game dulu.

Then melompat-lompat di trampolin.

Beralih ke game funfair.

Rehat jap, sementara tengok Fariq main dengan new friends.

Seronok abang kita ni main pusing-pusing. Aku yang tengok pulak pening..:-p

Finally, baru lah kita main inflatable playground ni. Tengok pun orang dah kurang, mula-mula masuk ni lah kawasan paling ramai.

Jam 6.30 petang baru lah kami end our activity dekat sini. Untuk dinner, aku memang dah ada tempat nak pergi and it's located near TTDI, which is less than 10km from Encorp.

We had our dinner here, at Serambi Cafe & Restaurant.

An indeed, a very cosy restaurant sesuai untuk those yang suka menjamu selera sambil bersantai-santai.

Their speciality are Malaysian' East-Coast cuisine, khususnya negeri Kelantan since family owner berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Malam tadi aku order Daging Salai Masak Lemak Cili Api while cik wife pulak order the signature Ayam Percik Putih Kelantan. 

Eh dengan siapa tu bro? Haa yang tu lah owner, Tn Fathi. Beliau ni sebenarnya merupakan kenalan time aku bekerja di Quatriz dulu. Ada lah a few times buat tender dan business proposal untuk KKR dengan team dia dulu. Just before Covid, tak silap aku dia resigned dan buat katering service yang dinamakan "Dapur Kunyit" and just this year opened his first restaurant yang dinamakan Serambi Cafe ni. Sempatlah bergambar kenangan before pulang kerumah..:-)

Dalam jam 8 malam, kami pun bergerak pulang ke Rawang and ended our weekend activity..:-)

Okaylah, aku nak tidur. Geram pulak tengok Newcastle main malam ni, dah kena tiga bijik dengan Brighton. Entah siapa yang salah, ku tak tahu~ Haha, cibai boleh keluar lagu Thomas Arya pulak. Pfft

Sunday, August 27, 2023

Kisah AKU n Riadah Pagi @ Taman Awam Jenjarum

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share aktiviti hujung minggu yang aku dan keluarga buat. Kali ni kami berpeluang mengunjungi Taman Awam Jenjarum yang terletak di Bukit Sentosa. For those yang tak familiar, taman awam ni located near Grand Union Bukit Sentosa, yang ada petrol station Petron dan Petronas tu.
Seawal jam 9 pagi lagi kami dah sampai kat sini. Ikut plan asal nak bawak the kids main basikal. Tapi aku berpendapat trek dia tak besar manapun takut menganggu orang nak berjogging or brisk-walking pulak nanti. 
Kebetulan kat sini pun ada taman permainan, so anak-anak main kat sini je. 
Ada sesi selection dan training bola. Teringat zaman aku jadi wakil sekolah dulu, rasanya cam gitulah. Huhu
Fokus betul. Huhu
Yang abang dia sorang ni boleh moody pulak sebab tak dapat beli air gas yang ada jual dekat stall area taman tu. Mana boleh bang, kecik-kecik minum air gas karang dah besar obesiti pulak. Baru hang tau..:-p
Kasi chance lah ibu naik buaian tu Iman..:-)
Okay korang main lah dulu, abah nak jogging.
Phew, dah lama tak keluar peluh. Kalau korang complete pusing satu taman ni boleh dapat around 750m jugak. So, aku tadi buat satu pusingan dalam masa 6 minit jugak. Huhu. 
Haha, apa benda mencangkung camtu dik Iman. Penat dah ke, jom lah pergi breakfast.
Ada jugak bawak bola, ingat nak train Fariq. Huhu, tapi member tak minat pulak.
Jom gerak. Hari pun macam nak hujan.
Singgah breakfast di Gerak 21.
Wife nak masuk Eco Shop pulak. Layankan je lah, nasiblah cik abang dah masuk gaji..:-p
Malam meluangkan masa menghadiri kuliah agama di Surau an-Nur Mawarsari.
Muka budak ngantuk, orang suruh tidur petang tak nak.
Atuk pun ada jugak join. Ni lah perks duduk satu taman dengan parents..:-)

Tewas juga dengan ajakan syaitan. Hahaa~ 


Okaylah, EPL pun takde malam ni. So moh le tidur awal sikit, esok nak attend majlis akikah sepupu kat Kuala Selangor. Karang terlajak tak memasal kena tinggal, ingat nak carpool dengan ayah je.

P/S: Minggu ni Newcastle lawan Liverpool, semoga dipermudahkan. Amin

Monday, August 14, 2023

Kisah AKU n Welcome, EPL 2023-2024!

Assalamualaikum,

Okaylah, title pun dah clear kan. Ya, welcome back to the most entertaining football league in the world - English Premier League.

Semalam, jam 1 pagi merupakan game pertama Newcastle untuk season EPL 2023 - 2024. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku memang tak pernah missed tengok first match. Untuk game pertama ni Newcastle menentang Aston Villa di tempat sendiri, St James' Park. 

Final score: Newcastle 5 - Aston Villa 1. Memang terbaik chorr, first game menang. Nak lagi boekk, gol-gol dijaringkan oleh our debutant, Barnes dan Tonali. Both of them bermain dengan cemerlang diposisi masing-masing, a testament to a good scouting and recruitment untuk Newcastle ni. Isak (2x) dan Wilson pun on the scoresheet too. Congrats to the gaffer, Eddie Howe dan juga his assistant, Jason Tindall for the first win. Semoga result-result macam ni akan terus membahagiakan malam hujung minggu aku..:-)

Current standing Top 6 for MW1 as of 14/8. Ada satu lagi match sebenarnya, MU vs Wolves tapi I doubt either of them can get +5 GD pun. Haha. So, Newcastle dapat lah maintain nombor 1 tu at least for the next six days. Hehe

Happy guy..:-p

That's all for entry malam ni. Minggu depan lawan Mensiti pulak, a very tough opponent and sudah semestinya confident selaku reigning champion. Let's surprise them lads!

P/S: Ada sesapa lagi ke nak masuk? Dengarnya Marcos Llorente pulak.