Wednesday, May 22, 2019

Kisah AKU n Corporate Photoshoot @ TPM

Assalamualaikum,

Before tidur ni nak berkongsi sikit cerita pagi tadi di pejabat. Eh, bukan hari ni cuti Nuzul Quran ke? Haa lah, tapi hari ni kami bekerja seperti biasa. Hat cuti hari ni kami simpan untuk Jumaat minggu Raya tu. Okay lah tu, tak payah apply cuti nanti. Kira straight lah nanti dari Selasa sampai Ahad cuti Raya aku. Ngam! Haha
Tapi hari ni pun bukannya kerja sangat kat office. Datang pun sebab ada photoshoot session dari patron kami, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Katanya nak masukkan dalam success stories buku tahunan diorang. Fuyoo, success tu..:-) Since, wife dengan adik pun cuti. Aku carpooled dengan Afiq. Tapi payunglah minyak dengan TNG, takkan naik saja kot.
Sementara nak menunggu photoshoot, ada Townhall Meeting untuk staf-staf RFID Fitment Center kami. Macam biasalah membincangkan isu-isu yang dihadapi di site. Sesungguhnya memang banyak ujian yang dihadapi both operation tak kira front mahupun diperingkat PMO ni. Semoga kami terus kuat mengharungi badai ini..:-(
Berlatarbelakangkan MTDC RFID Tag Production Plant, pengurusan Quatriz bersama staf-staf Quatriz RFID Fitment Center seramai 40 orang yang dipecahkan ke 9 pusat-pusat pemasangan RFID sekitar Lembah Klang. Tak dinafikan, department ni bertanggungjawab mengimbangi kewangan syarikat selama hampir enam bulan bermula pada September 2018 hingga kini, sebelum tiga projek besar berjaya dibawa masuk pada awal Q2 2019.
Pengurusan bersama staf-staf core business Quatriz System Sdn Bhd terdiri daripada 20 orang tenaga kerja dari department Software Development, Maintenance, R&D, Business Development, Finance & Accounting, Administration dan juga RFID Fitment Center PMO. Ada lebih kurang 10 staf yang tak dapat menghadiri sesi photoshoot hari ni terdiri daripada staf sokongan teknikal di site-site kami di Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan juga Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). A big congratulation also to the company which successfully bagged three projects worth RM 40 million in total. Tahniah!
Lepas photoshoot bos kata boleh balik. Huhu. Tapi diorang ni dok menyembang plan berbuka puasa. Tak jadi pulak Jumaat ni, postponed ke Selasa depan katanya. Apa-apa je lah korang, dah dapat exact date dengan venue nanti roger je lah. In Sha Allah kalau ada kelapangan aku join..:-)
Bergerak dari TPM pulang ke Sungai Buaya sekitar jam 3 petang. Hujan lebat membasahi bumi dari office sampailah kerumah. Sampai rumah terus tidur je, mengantuk pagi tadi tak hilang lagi. Buat pulak cuaca sejuk, memang ngam sangatlah nak beradu.

Itu sahajalah cerita ringan-ringan malam ni. Okaylah nak tidur, esok pagi ada meeting kat Petrofac. Hopefully jalan tak jem lah. Kalau everyday jalan macam tadi kan heaven. Huhu

Saturday, May 18, 2019

Kisah AKU n Iftar @ RT Tom Yam Bukit Sentosa

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk Ramadhan yang ke lima belas nampaknya. Asal rasa cam lama je puasa tahun ni? Aku ingat dah masuk minggu last, rupanya ada two more weeks lagi. Huhu. Okaylah, nak cerita sikit minggu kedua Ramadhan aku tahun ni.
Sesi pengagihan kurma oleh MTD Group kepada anak-anak syarikat dibawah naungannya. Kami di department RFID Fitment Center pun tak terlepas jugak nak share gambar..:-)
Walaupun dalam bulan puasa, team mobile kami masih bergerak untuk melayani klien-klien korporat dan juga agensi-agensi kerajaan. Minggu ni kami berada di RTM, Bank Muamalat dan juga Grand Saga. 
Jumaat tu aku keseorangan kat office. Afiq tak join katanya dah kering. Maklumlah, claim masuk lambat bulan ni. Dolah pun kerja malam. Since takde orang, tu yang syok mengimbau kenangan melayan lagu SNSD. Haha
Kalau minggu lepas aku balik Melaka, minggu ni aku meluangkan masa balik 'kampung' di Sg Buaya. Huhu
Lain dah ex-bilik aku ni. Since adik dah takeover, dah ada kerusi baru nampaknya..:-p
Lama tak selfie kat cermin. Ni rutin harian dulu lepas balik kerja. Hantar gambar kat tunang, who happened to be my wife sekarang. Hee
Fuyoo, kurus tu. Gambar konvo ni tahun 2014. 5 tahun lepas punya cerita.
Motor yang digunakan untuk ke kuliah time menuntut di UiTM dulu..:-)
Okay, ni lah main story untuk entry ni sebenarnya. Huhu. Semalam aku dan family sempat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama.
Venue iftar kami semalam ialah di RT Tom Yam @ Bukit Sentosa. Ayah yang mula-mula introduce kat aku restoran ni tahun lepas. Tak sangka pulak ada restoran sesedap ni yang ada kat sini. Dah la sedap, murah pulak tu.
Dengan hanya RM52, kami dapat menikmati hidangan Siakap Tiga Rasa, Kembung Masam Manis, Tom Yam RT, Kailan Ikan Masin, Sotong Kunyit, Telur Masak Kicap dan juga satu jug Jus Epal yang menyegarkan. Time menaip ni pun terliur dibuatnya. Huhu
Jam 7.20 petang menandanya telah masuk waktu berbuka bagi daerah Hulu Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya. Apa-apapun cari air dulu. Huhu
Kami berempat je semalam Along tak balik, adik pulak ada event kat USIM. Nevermind lah, asalkan mak ayah ada pun dah okay..:-)

Iftar pertama yang berjaya aku laksanakan tahun ni nampaknya. Next yang menyusul ialah dengan rakan-rakan Quatriz, Jumaat depan. Bro Afiq dan Dolah aku tak tau bila nak buat masing-masing acah busy pulak. Haha. Bro UiTM lagi tak dengar cerita langsung. Kalau ada tu okay, kalau takde pun nak buat macam mana kan?

P/S: Minggu depan katanya kena kerja hujung minggu, bila nak shopping Raya ni..:-(

Sunday, May 12, 2019

Kisah AKU n Ramadhan 2019 - Wk1

Assalamualaikum

Okay, hari ni nak story sikit pengalaman berpuasa untuk minggu pertama Ramadhan 2019 ni. Aku sekarang ni berada di Serkam, first time puasa kat rumah mentua ni. Huhu.
Tahun ni first time aku balik on-time. Sharp 4.30 petang konfirm dah clock out. Tapi tulah ada dua destinasi lagi, pick up wife kat Bukit Jalil then bergerak ke Bangsar untuk amik adik pulak. Sudahnya menempuh jem jugak.
Gerak 4.30 petang, sampai rumah kalau bernasib baik pukul 6.15. Kalau jem menggila mau sampai jam 6.45. Pishang lah wei lagi tiga minggu camni. Wuu
Ni cerita Rabu lepas, adik dah balik dulu due to miscommunication. Aku dengan Ija decided nak gerak dari Bukit Jalil jam 6.45. Ngam sampai R&R Rawang masuk waktu berbuka. Tengok kedai semua penuh orang beratur, sudahnya iftar kat A&W lah gamaknya. At least dapat pekena Float yang marvelous ni..:-)
Minggu ni kat office memang busy. In fact lagi sibuk dari time before puasa dulu. Ada ORT, tender clarification, site visit. Kesian Myvi aku tu berjalan aje kerjanya..:-(
Every Friday pulak memang aku lepak kat office since Ija kerja Sabtu. Kebetulan memang banyak kerja yang nak kena settle after major shakedown last week.
Bukak puasa air kosong je sementara menunggu bro Afiq sampai.
Minggu ni bro Dolah ada datang jugak, tapi agak lewat. So kitorang tidur dulu before keluar sahur seawal jam 3 pagi. Cam biasa ngeteh sambil menyembang, pukul 5 baru order nasik..:-)
Lepas amik Ija, around 1.20 petang kami terus shoot ke Melaka. Sampai sekitar jam 3.30. Nasib jalan pun okay, cuma panas sikit cuaca.

Okaylah, dah malam ni. Esok awal pagi nak gerak balik KL. Terus ke office lah nampaknya, maybe gerak lepas Sahur kot. Sampai awal, boleh tidur dalam kereta dulu. Huu

P/S: Malam ni last match EPL Newcastle lawan Fulham. Let's end the league with better rank. Howay The Lads!