Saturday, March 30, 2019

Kisah AKU n Fitment Run @ Johor - Day 2

Assalamualaikum,

Okay, entry kedua untuk hari ni kita fokus untuk our second day Fitment Run @ Johor. Seawal jam 8 pagi lagi kami dah check out dari hotel terus menuju ke destinasi seterusnya yang terletak di Ulu Tiram.
Next stop kami ialah di Ibu Pejabat Senai Desaru Expressway. Macam di LLM, semuanya dah tersedia kat sini.
Meja pendaftaran yang spacious memuatkan 3 kaunter, walaupun staf on duty cukup 2 orang je. Nasib baiklah staf SDE turun padang sekali membantu melicinkan proses.
Tempat fitment pun memang terbaik. Ada 2 khemah kanopi yang disediakan pihak SDE untuk tujuan pemasangan pelekat RFID
Proses registration quite pantas jugak hari tu, thus creating long queue time pemasangan. 
Hehe. Aku pun tak melepaskan peluang buat prosedur fitment kat SDE ni. Alang-alang bawak dua reader, boleh create dua line fitment..:-)
Suasana ceria di SDE when the team hit 100 fitment!
Tapi tak habis kat situ, berduyun-duyun lagi customer datang terdiri daripada staf, ahli keluarga dan klien-klien SDE. Jam 6 petang, kami menutup operasi dengan a total of 160 fitment recorded!
Sebelum balik sempat bergambar kenangan dengan En Ismail dan team SDE yang banyak membantu kami sepanjang proses pendaftaran. 
Time ni konfiden datang balik. Kira yakin lah boleh achieve target 400 fitment seperti yang ditetapkan.
Buat scan Tag ID kat dalam hotel. Bagus betul lah team aku ni. Memang komited. Kalaulah semua staf macam diorang ni, senang sikit nak manage. Huu
Since our final two days dekat UTM, aku memilih untuk bermalam di The Fern Lodge Skudai, just 2km from pintu masuk UTM. At least takdelah rushing sangat nak kesana nanti.

So, itu sahaja cerita hari kedua operasi Fitment Run @ Johor kami. Hilang penat bila dapat rekod fitment beratus macam second day ni.

Friday, March 29, 2019

Kisah AKU n Fitment Run @ Johor - Day 1

Assalamualaikum,

Okay, petang ni nak cerita sikit pasal aktiviti Mobile RFID Fitment Center. Minggu ni aku diberi tugasan untuk lead our Mobile Team for another Fitment Run. This time kami berada di negara Johor Darul Takzim selama empat hari bermula pada 25 Mac sampailah semalam. A very simple entry format, kita pakai daily basis. Takde crowded sangat entry penuh dengan gambar.
Hari Ahad tu aku gerak ke TPM dalam pukul 10 malam bersama-sama ayah, isteri dan Afiq. Hantar wife ke rumah kawan dia dulu, then terus ke office dengan Afiq. Terima kasih ayah sebab sudi drop kami kesini. Sampai jam 1 pagi jugak menunggu si Wan dengan Azzam, tapi okaylah sebab plan asal nak gerak ke Johor pukul 3.
Briefing session with the team. Untuk JB Tour ni aku disertai dengan Supervisor, Afiq dan juga dua staff, Azzam dan Wan Faisal. 
2.30am - kami berempat memulakan perjalanan ke Johor dengan Afiq sebagai pilot. Dia yang volunteer okay, bukan aku yang suruh. Huhu
Since semuanya kebuluran, singgah minum sekejap dekat R&R Seremban. Elok pun, nasib baik ada Teh Tarik. Karang pishang pulak si Afiq tu drive sorang-sorang..:-p
Sampai Plaza Tol Senai (Utara) sekitar jam 6 pagi. Since dah tak jauh, kami decided untuk power nap dalam kereta kat sini. Pukul 8.30 jugak baru semua terjaga. Siot je, itupun sebab silau matahari. Kalau tak confirm hanyut. Haha
Destinasi pertama kami di Johor ialah di Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (Selatan) yang terletak di Senai. 
Ni setup untuk tempat pemasangan pelekat RFID kat sini. Murah rezeki dapat buat bawah bumbung, cuma bahang ada terasa jugak..:-)
Kat sini makanan semuanya disediakan - breakfast, lunch. Minum petang pun ada. Huhu
Kami tutup operasi disini sekitar jam 5.30 petang. Total RFID fitment hari tu cuma 55 sahaja. Time ni aku dah start risau beb, sebab target yang Management set is 400 fitment for 4 days kat sana. Tapi remain positive sebab ada 2 tempat lagi kan.
Team Quatriz RFID Mobile Fitment Center bergambar kenangan bersama En. Roshdi, pegawai LLM yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kami disini. Terima kasih Tuan!
Okaylah untuk first day, sebab tengok fitment dekat Lembah Klang semuanya out hari tu. In fact kat sini lagi tinggi. Haha
Packing barang. Semua tak sabar nak balik hotel ni. Hee
Hotel 101, sekali imbas macam Hotel IOI. Haha. Since destinasi esoknya di Ulu Tiram, kami dah siap-siap booked hotel dekat area sini jugak. Senang sikit, kotlah terlajak tidur ke apa. 
Booked dua bilik, aku dengan Afiq satu bilik. Yang dua orang lagi tu bilik satu lagi. Tak sangka pulak dapat outstation kerja dengan bro ni. Haha. Since semuanya tak cukup tidur, sudahnya jam 9.30 malam baru keluar dinner..:-p
Makan malam simple kat area situ jugak. Belum boleh makan besar selagi tak capai target. Huhu

Itu je lah cerita hari pertama Fitment Run @ Johor kami. It's an honor to lead the first Quatriz Mobile RFID Fitment Center team yang beroperasi diluar Lembah Klang. Hopefully more team yang boleh kami assemble to capture the even larger market and continue to dominate the entire marketshare..:-)

Sunday, March 24, 2019

Kisah AKU n Hectic March!

Assalamualaikum,

Before tidur petang ni aku nak share sikit cerita minggu ni kat office. Boleh tahan sibuk jugak menyettlekan kerja orang lain. Macam biasalah sini kan mestilah willing buat multitasking. Haha
Minggu ni another Fitment Run di Kastam Putrajaya dan Wisma KESAS. Sambutan memang mengalakkan, considering Sekretariat yang terlibat dah buat hebahan awal bagi staf-staf yang berminat.
Minggu ni juga Quatriz membuka pintu ofis kami dengan commisioning of RFID Center di Technology Park Malaysia. Sebuah kaunter dibuka untuk melayani customer yang mostly terdiri daripada tenants TPM. So far belum ada dedicated staff kat sini, yang menjaganya staf-staf PMO FC je lah. Jumaat pulak ada meeting dekat Menara SHELL berkenaan Fitment Center di petrol station SHELL. Nasib baiklah ada Azhar yang sudi menghantar aku terus ke venue meeting. Bagus bro tu..:-)
Area Supervisor pun join jugak hari tu. Senang sikit nak discuss operational issue yang jadi kat site. Habis meeting dalam jam 12 tengahari. Menyinggah makan kat port lunch time kerja kat Trueventus dulu.
Yaa, betul tu. Sithique Nasi Kandar Brickfields, memang padu dia punya nasi kandar kat sini..:-)
Tapi hari tu kenyang lagi sebab breakfast lewat, pekena Mee Goreng yang awesome ni.
Balik kena naik LRT. Lama jugak tak naik public transport ni.:-p
Balik office sambung merangka movement plan untuk our Mobile Fitment Center dalam War Room ni. Kena tukar game plan since our fixed site pun so-so je performance. Tapi yang pasti, mobile ni lagi banyak buat duit. Hihi
Dah lama tak bernarsis sorang-sorang camni. Haha.
Malam pulak keluar melepak dengan bro-bro ni. Si Dolah tu baru je balik dari menunaikan ibadah Umrah, tu yang gondol bulat je kepala dia..:-p

Okaylah guys, very sleepy right now. Nak tidur jap, since malam ni aku nak ke office semula. Ada kerja yang perlu disettlekan before outstation ni. Baik buat kerja awal-awal, kalau ada yang nak mengacau jugak tak tau lah Jon. Haha

P/S: Syok pulak layan Dream League Soccer 2019 ni..:-)