Saturday, July 16, 2016

Kisah AKU n Marketing!

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Nak dekat seminggu jugak aku tak update blog ni. Lately, I'm quite busy dengan workload. Jadi agak terabai sikitlah blog ni. Okay, takde nak cerita banyak hari ni. Cuma nak share sikit aktiviti minggu ni di pejabat. Eh, pejabat lah sangat. Haha
So guys, minggu ni merupakan minggu pertama aku menjalankan official duty sebagai Marketing XO disini. Quite nervous since aku tak pernah buat marketing face to face sebelum ni, but WTH - redah je lah! Hahaha
Marketing kit aku - simple je. Corporate profile, catalogue berserta log book and a lot of my business card..hehe. To save cost and time - normally hari Isnin aku akan full day dipejabat and try to set appointment before hit client's office for that particular week. Of course, I'm not going to stick with old school 'door to door' marketing style. Sangat membuang masa, kos dan tenaga. So yesterday, pfft..
Nak dijadikan cerita, minggu pertama ni macam-macam hal jadi. Hari pertama kena kompaun parking luar petak di Rawang. Hari kedua alarm kereta rosak, tersangkutlah aku kat Selayang tu nak dekat 2 jam. Hari ketiga hujan selebat-lebatnya di Gombak sampai habis basah lencun baju, marketing kit pun lunyai kena air hujan. Dah kena print baru..:-)
Hari keempat, Jumaat di Kuala Lumpur. Ada appointment dengan KWSP. Nak dekat setengah jam melilau cari parking. Sudahnya parking kat Plaza Dataran Merdeka, 2 jam RM17! Pastu lepas solat Jumaat ada appointment dengan JKKN. Punya lah konfiden pergi Menara TH Selborn, rupa-rupanya office diorang kat Menara TH Perdana. Haha, apa malang benor hang ni Farid?
Haah, apo bondo eh? Nak dijadikan cerita aku buat courtesy visit di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor. Ikuti perbualan kami:

Tn. Hj: Dah kahwin belum En. Farid?
Aku: Belum lagi Tn. Hj, takde plan terdekat pun.
Tn. Hj: Ishh kamu ni, tak boleh camtu. Mesti kena ada niat. Baru Allah tunjukkan jalan.
Aku: Bukan apa Tn. Hj...(tak habis cakap)
Tn. Hj: Nah saya bagi buku ni. Boleh share pahala sama-sama. Kot la makan nasi minyak nanti jangan lupa ajak. Kad saya ada dalam tu. Haha

Itu lah ceritanya. Tak pasal-pasal dapat buku free. Sempat skimming content this book semalam, bagus isi dalam ni. I'll definitely read this whenever I have free time. Betul cakap Tn. Hj, tak payah tunggu calon ada ke takde. Pasang niat simpan duit/aset nak kahwin, In Sha Allah jodoh tu datang sendiri nanti. But the best thing is bila dia datang, kita dah ready - mental, physical dan juga financial wise.

Overall, memang menyeronokkan pengalaman buat marketing face to face. I learn a lot of new things, and made a lot of new contact.

P/S: Jom kita ke next entri. Malam ni kita update 2 terus! hehe

Sunday, July 10, 2016

Kisah AKU n New Header!

Assalamualaikum,

Pagi ni ingat nak share sikit moment penting untuk blog aku, Diari McBride ni. Tanggal 10 Julai 2016, aku memutuskan untuk menukar header lama blog ni.
This is the previous header - officially launched on 10th of July 2012, dimana aku masih menuntut di Semester ke-2 di UiTM ketika itu. Penukaran header ini dibuat tepat 4 tahun tarikh ia berkhidmat disini. We'll always miss you!
Haa, introducing the new header untuk Diari McBride - successfully put on live tepat jam 12 tengah malam tadi.

Kenapa ada 100% Offical Stamp tu? Nak tahu kenapa? Sebab ada makhluk gampang yang mempertikaikan aku sebagai the owner of this blog - bukan sahaja blog ni, tapi social accounts yang lain jugak. Bengong betul, dah terang-terang aku run blog ni sejak 2010 lagi..:-)

So, itu sahaja untuk quick entri pada pagi ini. Kepada header baru, selamat bertugas di Diari McBride. Welcome Aboard!

Friday, July 8, 2016

Kisah AKU n Syawal 2016 - Day 2 & 3

Assalamualaikum,

Apa macam raya kome tahun ni? Seronok tak? Banyak tak duit raya kome kutip? Okay lah, entri ini merupakan penutup untuk Diari Raya Farid untuk tahun 2016. Sebuah segmen 3 entri wajib setiap tahun yang memaparkan kisah suka dan duka raya aku dikampung. Dan untuk tahun ni, entri penutup ini merangkumi aktiviti yang aku lakukan pada hari kedua dan ketiga Syawal.
Hari kedua Syawal aku tahun ini dimulai dengan menziarahi pusara atuk. Al-Fatihah buat Allayarham Abu Bakar B. Selan, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amin Ya Rabbal Al Amin. Seterusnya dipenuhi dengan mengunjungi rumah sanak saudara kami yang berdekatan. Kami bergerak dari Bota Kanan sekitar jam 12 tengah hari, dan merancang untuk menziarahi 3 buah rumah..:-)
Ni lah baju yang aku beli kat Parkson hari tu. Cool kan? hehe
Destinasi pertama kami ialah rumah Opah Yan, adik bongsu Opah kami di Gelung Pepuyu.
Opah Yan ni menetap di Setia Alam sebenarnya. Yang kat Perak ni rumah singgah dia je. Kebetulan tengah ada kat sini, tu yang kitorang lepak sekejap.
Aku bersama Iskandar Putra, anak Acik Man. Besar dah budak ni - baru tadi aku tengok gambar 5 tahun lepas. kiut je dengan adik dia si Puteri Mas Ayu tu..haha
Destinasi kedua pula ialah rumah Opah Nyah, kakak opah kami yang menetap di Titi Gantung.
Rumah ketiga dan terakhir ialah Opah Chu, adik opah yang tinggal di Tanjung Belanja. Kat sini pekena laksa, kebetulan lapar pulak..:-)
Malam hari kedua pulak tak buat apa pun. Cuma bersembang kosong bersama Iskandar dan Ayu. Dua orang ni je lah sepupu yang boleh bawak bersembang. Yang lain semua kecik lagi, bercakap pun tah apa-apa..haha
Bagi Syawal hari ketiga iaitu hari ini - kami tak pergi mana pun. Pergi solat Jumaat di Masjid Jamek Bota Kanan. Acu Keon balik awal pagi tadi (yang pakai baju kaler kuning tu)
Lepas solat, main PES sekejap dengan adik. Walaupun Newcastle dah relegated. Tapi kalau main PES, still pilih team hitam putih ni. Howay The Lads!
Dalam pukul 4 petang - menziarah kampung ayah di Parit. Tapi tak ramai pun family yang ada kat situ, semuanya dah pulang ke rumah masing-masing.
Takpelah, mai bergambar sekejap..huu
On the way nak balik singgah TESCO Seri Iskandar, cari barang untuk buat BBQ. Tahun ni Abg Farid yang sponsor!
Acu Keon pergi memancing kat Tronoh malam ni. So, untuk meneruskan tradisi Esah & Co. ni, kami lah yang mengambil tugas membakar tadi. Mana boleh terlepas aktiviti tahunan kami ni, mau kena bala nanti..hehe
Budak-budak yang dah tidur pun boleh terjaga lepas bau BBQ aku malam tadi..haha
Sponsor/Lead Cook/Photographer malam ini. Multi-tasking betul hang ni?

Dengan berakhirnya entri malam ni, maka dengan rasminya aku menutup Diari Raya aku dikampung untuk tahun 2016 ini. Tahun ni dapat "duit minyak" RM 30. Ada yang tanya bila nak kahwin, tapi aku dengan selambanya cakap "No comment" dengan ekspresi muka "I Don't Give A Damn!". Turn off terus diorang, tau takut..haha. Okay lah, terima kasih kepada yang sudi membaca dan akhir kata - jika ada tersalah kata, atau ada pandangan dalam blog ni yang buat korang tersinggung or ada komen yang aku tak reply. Harap dimaafkanlah ye, kerana aku pun manusia biasa. Tak lari dari kekurangan. Anyway, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!

P/S: Esok aku dan keluarga akan pulang ke Sungai Buaya around 7AM dari Perak, doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.