Sunday, July 12, 2015

Kisah AKU n Ramadhan 2015 - Day 24

Assalamualaikum,

Ramadhan nampaknya dah masuk hari ke 25, cuma tinggal 5 hari lagi menuju ke bulan Syawal. Rasa macam sekejap je Ramadhan tahun ni, mungkin sebab kebanyakkan masa habis kat office je. Okay lah, nak bercerita sikit mengenai aktiviti semalam.
Semalam kami berkarok. Si Afiq ni yang ajak, kitorang ON je! Haha
Boleh tahan rabak jugak lah mata aku semalam, tapi demi komrad-komrad sekampung, no hal lah!
Karok lagu raya beb semalam, haha.

Lepas karok, kami lepak kat Al-Madinah sampai pukul 2.30 pagi. Sembang politik bai semalam, bukan main serius lagi sembang..haha. Before balik, bungkus mee goreng nak buat sahur. Sampai je rumah sambung buat research sementara tunggu nak sahur. Pukul 6 tadi baru nak lelap mata aku ni.

P/S: Petang ni pulak nak iftar dengan family.

Sunday, July 5, 2015

Kisah AKU n Ramadhan 2015 - Day 17

Assalamualaikum,

Hari ni nak share aktiviti hari ke 17 Ramadhan tahun 2015. Semalam seharian aku berada kat Shah Alam, pagi dengan family, petang pulak dengan rakan-rakan seperjuangan ketika menuntut kat UiTM dulu.
Pukul 10 kami gerak from Sungai Buaya ke Shah Alam, family nak beli baju raya kat Jakel Mall. Lepas drop diorang, ingat nak cari parking tapi pusing 2-3 kali pun tak jumpa. So, aku pun terus menuju ke kawasan residential PKNS Seksyen 7.
Singgah "safe house" aku kat Shah Alam, 2 tahun setengah duduk flat ni memang banyak kenangan pahit dan manis. Dulu kalau tension, lepak kat balkoni ni sambil tengok budak-budak beriadah kat taman bawah tu. Tenang je..:-)
Haa, ni lah tingkap bilik aku. Langsir still pakai yang aku punya dulu..:-p
Around 2, kami meninggalkan bumi Shah Alam. Singgah Rawang jap nak upgrade broadband kat Celcom Center, sampai rumah pukul 4 petang.
Pukul 5.40 petang aku gerak ke Shah Alam balik since dah janji dengan Joe dengan Yat nak buka puasa dengan diorang.
Unlike tipikal reunion + iftar kat restoran-restoran yang selalu orang buat, kami punya approach lain sikit. Cari makanan kat bazaar and berbuka puasa kat rumah sewa mengimbau kenangan Ramadhan time bergelar mahasiswa dulu.
Lepas Isya kami bertiga merayau-rayau dalam UiTM dan of course, tempat yang paling nak lawat sekali semestinya fakulti kebanggaan kami ni - FSPPP.
Perghh, ofis aku dulu ni. Rindu beb zaman belajar dulu. Walaupun kena menghadap assignment, exam etc, but ni lah time dimana kita mampu enjoy dengan kawan-kawan to the fullest.
Aku banyak spend time kat Blok D ni dulu. Kelas, lecture hall, surau, SMF and SASea offices, student lounge. Semuanya ada kenangan tersendiri.
Mercu tanda kebanggaan UiTM - Menara S&T, the house of Fakulti Kejuruteraan
Berselfie sebentar sebelum meninggalkan fakulti ni.
Terima kasih FSPPP untuk peluang menuntut kat sini selama 3 tahun. Tengok apa yang alumni-alumni yang datang melawat kau semalam buat sekarang ni? Alhamdulillah, semua dah ada karier masing-masing.
Destinasi seterusnya ialah Plaza Alam Sentral, tempat melepak kami dulu. Rasanya dah boleh guess kot apa yang kitorang buat kat sini kan?
Dah agak dah, mesti aktiviti berkhasiat ni..haha
Sejam je semalam. Time on the way nak balik ada lah lalu satu bilik karok tu, ada couple tengah berporno pulak. Nak buat 3gp pun tutup lah lampu bro, bagi gelap sikit..haha
Amik Pok Jad and then sambung keluar balik berjalan-jalan area Shah Alam and menutup aktiviti malam tu kami bersahur di port biasa pukul 3 pagi kat Hakim Unisel. Pastu, tumpang tidur jap kat rumah sewa diorang, barai doe mata tak tidur since pukul 8 pagi semalam, plus takde kerja aku nak meredah Guthrie tu pagi-pagi buta tu..:-)
Pukul 8 pagi aku bergerak meninggalkan Shah Alam, lengang beb Guthrie. Sedap je tekan minyak tadi. Sampai rumah pukul 8.40, then sambung tidur.

P/S: Leads research satu apa pun tak buat lagi, habis lah aku esok..:-(

Sunday, June 28, 2015

Kisah AKU n Ramadhan 2015 - Day 10

Assalamualaikum,

Petang ni terasa nak share pengalaman berbuka puasa dengan rakan-rakan seperjuangan kat Sungai Buaya ni. As you guys pun sedia maklum, kawan rapat yang aku ada kat sini pun diorang je lah. Plan untuk iftar ni memang dah lama set pun, before Ramadhan lagi and kebetulan three of us memang free semalam, so we decide to execute that plan sebab 2 minggu yang tinggal I've already set my own arrangement dengan family.
So, semalam kami bergerak dari Sungai Buaya dalam pukul 6 petang and tiba di NU Sentral Kuala Lumpur kira-kira pukul 7. Jalan-jalan dulu sambil mengusha tempat untuk berbuka puasa even though memang dah plan nak buka kat Nando's. Mana la tau ada restoran yang lagi best ke..:-p
Azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa untuk hari ke 10 di Kuala Lumpur. Eh, apasal korang kat luar lagi ni Farid?
Seperti yang dirancang, kami berbuka puasa ringan dulu berbekalkan Nescafe and Chipsmore..hihi. Then, solat Maghrib dan menuju ke Nando's.
Macam biasa lah bersembang kosong berkongsi cerita, rutin penting kami sambil menunggu makanan kat mana-mana restoran pun. Topik paling hangat semalam - Restoran Mamak dan Social Problems?
Apa benda semua pakai baju kelabu semalam. Nasib baik aku tak pakai jeans biru, kalau tak confirm orang panggil boria..lol. Ni namanya kawan sehidup semati..;-)
Ni baru satu plate, ada satu tak sampai lagi..haha
Around 10, kami ke The Ballroom as being planned. Dah lama nak berboling sebenarnya, tapi asyik tak jumpa masa yang sesuai.
Ni dia champion malam semalam. Dua-dua game bro ni sapu, tak bagi chance langsung.

Hat yang ni pulak baling dah macam pro, tapi ke longkang jugak gamaknyerr..haha
Dua-dua game kalah teruk semalam. Aku kalau tenpin boling ni noob lah gile, apa kata tuan-tuan bawa saya ke Bayuemas and kita fight lawn bowls, macam mana? :-p

Pukul 11 kami meninggalkan NU Sentral and menuju ke Ampang Jaya, sambung melepak dengan kawan-kawan Dolah kat Dagang sampai lah pukul 2 pagi. Sampai rumah pukul 3, solat Isya and tertidur walaupun plan nak stay up buat research. Cannot resist lah aircond tu, elok-elok nak baring terus terlelap. Nasib baik terbangun jugak sahur tadi..huu

P/S: Minggu depan nak iftar dengan family.