Tuesday, June 2, 2015
Sunday, May 24, 2015
Kisah AKU n Karok Time 2.0!
Assalamualaikum,
Malam semalam aku and Brotherhood Sungai Buaya spend our time kat Rawang dengan berkarok. Pagi karok, malam karok. Apa nak jadi kau ni Fred? Nak masuk AF? haha. Btw, baju ni beli kat Pangkor hari tu. Smart kan?
Kitorang bukan tengok tv tau, tapi kat sini kontrol sistemnya pakai remote, bukan touch screen.. Aneh betul, tak tau samada tempat ni outdated ke or advanced dari yang lain..lol
Apa-apapun, package kat sini datang dengan snack and refreshment. Dah la masing-masing kebulur tak makan lagi semalam. Jadilah buat alas perut.Ni namanya selfie syok sendiri..;-p
Muka impress betul sampai tak pandang kamera langsung..haha
Walaupun mata dah rabak, but still bertahan demi kawan-kawan. Mana taknya, pukul 10 pagi dah bangun nak ke Setapak, sampai Sungai Buaya pukul 6 petang. Sempat lah tidur sejam dua, itu pun ting-tong lagi rasanya time nak pickup diorang.
Uisshh, dah kenapa si Dolah ni...haha
Singgah dinner sekejap kat Afzal dalam pukul 11. Bila nak dinner mula lah rasa kenyang, last-last order mee goreng je..cibai betul, haha
Diorang ni sambung menyisha, bersembang-sembang pasal kerja. Memang rata-rata minggu ni all of us had a bad week. Kebetulan pulak? or memang takdir kitorang bertiga ni..huu
Around 1AM, we left Afzal and headed to Sungai Buaya. Semalam first time diorang naik kereta aku, so, rasa bangga pulak sebab selalunya asyik diorang je yang drive kan. Ada masa nanti aku bawak korang kat port baik punya kat Shah Alam.
P/S: Still lesu lagi ni. Esok dah start balik kerja..urgghhh
Saturday, May 16, 2015
Kisah AKU n Sibling's Day Out
Assalamualaikum,
Boleh tahan lama jugak tak update blog ni. Agak busy dengan kerja kat ofis, event CFO tu pun dah nak sampai ke penghujung so lagi agresif lah aku dengan Abdul rolling balik client-client lama. Minggu first and second untuk Mei ni nampaknya bagi permulaan cantik dengan aku berjaya secured another 2 delegates dari Indonesia. Alhamdulillah, semoga baki minggu terakhir before event ni terus menghadiahkan deals lagi untuk team kami.
Hari ni aku meluangkan masa keluar berjalan-jalan with my siblings. Selalu lepak dengan kawan-kawan je, sampai tak dapat nak hangout dengan adik beradik. So, tadi sempat lah curi masa sikit bawak diorang keluar dari Sungai Buaya ni.
My younger brother, Faris namanya. Baru je habis belajar kat Matrik Gopeng, sekarang tengah cuti panjang. Sembang tadi kata tengah apply jadi guru ganti kat Sekolah Agama An Nur kat area rumah aku tu..huu
Haa, ni pulak my elder sister, Darina namanya. Rasa macam tak payah kot nak ulang-ulang profil dia ni lagi..:-p
Kitorang lepak kat AEON Rawang je tadi, tak dan pulak nak berjalan sampai KL.
Aktiviti petang tadi, tengok Avengers: Age of Ultron (second time tengok.huhu). Ingat nak layan Pitch Perfect 2. Plus, adik aku yang nak tengok sangat Avengers tu. Layan kan je la..:-)
Lepas tengok movie, cari buku sikit kat Popular, and aktiviti wajib mencari video games baru., walaupun laptop dah uzur gila..haha
Welfie adik beradik. Kalau nak tau, ni lah first time kami bertiga keluar lepak sama-sama dan juga naik Myvi aku..huhu
Dalam pukul 6.30, kami bergerak meninggalkan AEON Rawang dan terus ke Bukit Beruntung.
Plannya nak dinner keluar dari Rawang, malas nak terperangkap dengan trafik. So, we had our early dinner kat KFC Bukit Beruntung ni, dapat menyembang lama sikit. Kalau dinner kat Rawang nanti rushing pulak nak balik rumah..:-)
So, itu lah cerita petang tadi tentang masa berkualiti yang dikongsi bersama adik beradik. Memang betul, kadang-kadang walau sibuk mana kita dengan hal kerja, kawan-kawan ofis/sekolah. Try lah spend masa dengan family, or at least your siblings, you guys will see the differences.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















