Wednesday, December 31, 2014

Kisah AKU n Memories 2014

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2014 yang sememangnya merupakan tahun yang sukar bagi rakyat Malaysia, dengan Insiden Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat MH370, Tragedi MH17, banjir luar biasa dan juga yang terbaru, terhempasnya pesawat Air Asia QZ8501. Baiklah, seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan bangganya nak share some of highlight 2014 dalam hidup aku, dan juga komen-komen berkenaan Azam 2014. Jom tengok!

January 2014:
Berpraktikal di OROGENIC Group Berhad di Bukit Jelutong selama dua bulan sebagai Contract Management Intern. Berpeluang menerokai selok-belok pengurusan kontrak dan tender dibawah pengawasan En. Hizaruddin.

February 2014
Officially certified as Six Sigma Practitioner.

March 2014:
Sekali lagi menjadi SR untuk FSPPP didalam Ekspo Selangkah Ke UiTM

April 2014
Masih berkhidmat mencurahkan bakti kepada FSPPP dan UiTM dengan perlantikan sebagai EXCO didalam Persatuan Ehwal Asia Tenggara UiTM

May 2014
Meraih Emas bagi Mens Fourth dalam SUKOL 2014, mewakili Team Non Resident
Head - Publicity & Multimedia didalam Dialog Hubungan Malaysia - Singapura yang disampaikan oleh Duta Besar Singapura ke Malaysia, H.E Ong Keng Yong.

June 2014
Malam Pra-Graduan - PROVOGUE Night!!
VIVA Day - presentation Research Paper.

July 2014
Menamatkan pengajian didalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Alhamdulillah

September 2014
Graduatian Trip Perhentian bersama awek-awek time Foundation..haha

November 2014
Memulakan kerjaya sebagai BD Professional di Trueventus SB.

December 2014
C-Day! Officially bergelar degree holder. Syukur kepada Allah.

Okay, jom kita selak sikit azam tahun 2013, ada tak yang belum tercapai lagi tu?

  1. CGPA - Peningkatan drastik dicapai pada semester terakhir. Jauh dengan apa yang diharapkan. Terima kasih Semester Enam!
  2. SUKOL 2014 - Dapat join jugak Team NR dan memenangi pingat Emas dalam kejohanan kali ini!
  3. Blogging - Insya Allah, selagi hayat dikandung badan - blog ni akan terus hidup bagi memberi inspirasi kepada the uninspired..:-)
  4. Pasangan - Tak nampak tanda-tanda pun yang aku bersedia untuk any serious relationship..lol
  5. Boling Padang - Tahun yang excellent untuk aku dalam game ni. Tapi lepas ni rasanya dah boleh kot lap bowls aku tu. Dah jarang main..huk
  6. Graduation - Alhamdulillah, berjaya jugak grad on time. Tahniah juga kepada kawan-kawan Batch 2011 yang bergraduat sekali.
  7. Kerja - Walaupun tak dapat bekerja dalam bahagian Kualiti dan juga Hartanah seperti yang diharapkan, but still employed tahun ni pun merupakan antara satu achievement yang boleh dibanggakan. 
  8. Quality Certificate - Berjaya memegang dua sijil didalam bidang pengurusan kualiti dengan Yellow Belt of Six Sigma dan juga Yellow Belt of Lean Six Sigma pada bulan Februari. 
Erm, resolution 2014 memang terbaik. 95% tercapai, dan yang lagi tak sangka - semuanya tercapai dengan excellent sekali, melebihi apa yang dijangka. Tahniah Farid!

2014 sememangnya antara tahun terbaik yang pernah aku rasa. Walaupun Malaysia bersedih, tapi individually, 2014 jarang buat aku berduka, malah apa yang ditarget, semuanya mengena (kecuali satu tu je, which is not important pun). Terima kasih 2014 atas kenangan yang hebat.

Saturday, December 27, 2014

Kisah AKU n Career Overview - Corporate Sales

Assalamualaikum,

Hari ni suka aku nak update berkenaan dengan career overview sebagai seorang Corporate Sales professional. Aku sure, some of korang yang tersinggah kat entri ni have little or no knowledge about CS ni kan? Jujurnya waktu mula-mula aku menerima job offer dalam SC ni pun aku tak berapa jelas tentang apa sebenarnya kerjaya disebalik CS ni. Of course, nama CS ni sahaja dah gempak - tu yang membuatkan aku accept the offer..lol

Kerjaya CS ni merupakan gabungan diantara strategic analysis, marketing dan sales dimana professional-professional yang terjerumus dalam kerjaya ni perlu utilize strategic analysis didalam market research mereka. From there, a strategic marketing techniques bermula dengan finding a quality leads, akan membawa kepada quality negotiation dan juga quality sales. Sesuai dengan namanya, the role of these professional ialah to develop the business - tak kira lah to maintain the existing clients or expand the line through penetration of new market.

Apa yang diorang ni buat time office hour eh?
  1. Market Research - Identifying new business opportunities through analytic research on every potential aspect seperti market segment, competition, pricing, market strategies dan sebagainya.
  2. Cold Calling - Prospecting potential clients through cold call memang merupakan satu proses yang sangat mencabar. But, itu yang membuatkan CS professional seorang yang kental, dan hati kering..lolzy :-p
  3. Negotiating - A successful introduction on cold call akan membawa kepada negotiation dimana CS professional is the one yang akan seal the deal for firma itu. 

Ni yang paling asas lah, ada je lagi sebenarnya but it depends on the size of the organization. Untuk firma yang lagi besar, diorang ada Strategic Planning or Corporate Development units sebagai addition dalam BD Department - role yang lagi sophisticated dan juga memerlukan strong knowledge didalam business strategic management compare to yang tiga kat atas ni. :-)

Basically untuk aku sendiri, tiga benda tu je yang aku buat pun. Tapi,
Office hour aku saja dipenuhi dengan coldcalling dan negotiating. 150 calls a day! Jarang lah aku gunakan office hour untuk update database and cari fresh leads.
Ni lah dia satu lagi workstation aku kat rumah. Ni lah tempat aku buat market research, update database dan juga hone cold call skills aku..haha. Damn, I hate cold call! Siapa yang buat kerja-kerja ni pun mesti setuju kan dengan aku..:-)

So, itu lah career overview seorang CS professional. Untuk siapa-siapa yang nak terjun dalam bidang ni, you all mesti ada strong research dan juga communication skills, and of course, hati mesti kering, sebab untuk memulakan kerjaya dalam bidang ni, cold calling is a must dan korang mesti kena hadap even you hate it to death. But, come to think about this positively, cold call jika diterima dengan baik boleh membina perwatakan berani dan juga ketahanan mental yang kuat untuk kareer kita dimasa akan datang..hehe

Wednesday, December 24, 2014

Kisah AKU n Happy Holiday!

Assalamualaikum,
Selamat bercuti kepada rakan-rakan beragama Kristian yang menyambut Hari Natal esok dan juga selamat menyambut Tahun Baru kepada korang semua. Office gua start cuti esok sampai Khamis minggu depan..haha. Memandangkan ayah aku pun dah nak berangkat ke Sudan bulan 1 ni, kakak aku pun still kerja minggu depan, mak pun tak berapa nak sihat dan juga adik aku pun Matrik tak kasi cuti - so, end of this year kami takde kemana-mana pun seperti tahun-tahun lepas. 

But, bila dah kerja ni cuti seminggu ni rasa macam satu peluang untuk reform balik semangat yang hilang. Apa-apa pun, banyak plan nak buat cuti ni antaranya:
  1. Gunting rambut, shave bulu-bulu yang ada..lol
  2. Cari fresh leads - at least start OAB nanti mest ada 200 fresh contact.
  3. Personal follow up and tracking
  4. Tidur yang cukup - ni lah yang paling penting sekali..haha, biasa aku tidur sehari 6 jam je. :-p
  5. Business proposal dengan Fareez - nak jadi Land Broker..:-)
  6. RUSHFITTTT!!
So, itu lah dia. Kalau time study dulu plan cuti semester. Dah kerja ni jadi plan cuti kerja..haha