Monday, May 12, 2025

Kisah AKU n Family Vacation @ Ipoh - Day 1

Assalamualaikum,

Fuhh, letih beb hari ni. Rasa macam nak tidur terus je, tapi kalau tak update karang asyik bertangguh pulak. Okaylah, nak story sikit pasal my short vacation bersama family tercinta.
Malam hari Jumaat tu aku dan family dah ke Sungkai. We had our dinner dulu di Pawana Tom Yam before bergerak ke rumah Along yang kini terletak di Ladang SD Guthrie Bikam.
Lepak sini satu malam dulu. Our plan is to bergerak ke Ipoh from Sungkai, jimat masa dan tenaga sikit.
Hari Sabtu dalam jam 12 kami bergerak. Jalan okay, tapi ada jem sikit kat Gopeng ke Simpang Pulai.
Since check-in pukul 3 petang, kami sekeluarga meet up di Top Spice @ Ipoh. Kat sana we had our lunch together. 
Muka-muka lapar. Kami order variety of Dim Sum, Cheong Fun, Dumplings etc on top of our main course yang mostly makan noodles. Ada jugak desserts untuk melengkapkan hidangan lunch kami.
Special thanks to Along yang jadi coordinator vacation kami tahun ni..:-)
Sampai ditempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam ini di TUI Blue The Haven Resort Ipoh. A 5-star lakeside hotel yang terletak within the vicinity of limestone cave at Tambun, Ipoh.
Jom kita tengok apa lagi yang ada dalam family-suite ini.
Sedikit gambar didalam bilik keluarga aku. Dapat lah view menghadap tasik. Ada satu bilik yang lain pun ada lakeview jugak, cuma bilik aku ni master bedroom. So luas sikit..:-)
Bilik air ada hot-tub tu. Huhu
Kat balkoni ada buaian ni untuk lepak-lepak.
What a breathtaking view.
Dekat dapur ada microwave, hot-pot berserta fridge. Kita juga boleh pakai pinggan mangkuk yang ada.
Petang tu aku and the boys turun jap tengok fasiliti yang ada kat sini. Ada gymnasium, swimming pool, playground dan juga restaurant; The Cuisines. Lepas meninjau fasiliti, kami terus bergerak untuk cari makan malam. As planned, our dinner malam tu kami tapau di Miker Pizza @ Tambun ni. Just 5-min driving from the hotel.
Sementara tunggu pizza, pekena milkshake diorang yang awesome ni. Ayah call time ni suruh beli nasi kandar jugak. Haha. Mana maunya member makan pizza je..:-p
Makan dulu before ke aktiviti seterusnya untuk malam tu.
Seperti yang dirancang, malam tu kami ada game-night. Ada tiga game yang dipertandingkan. Game pertama game masukkan bola ping pong dalam bekas telur. Pemenang dikira dari mata yang dikumpul after multiple rounds.
Ni pulak second game - Golek tisu challenge. Simple game just golekkan tissue-roll tu. Kat mana dia berhenti, kat situ lah korang dapat reward ranging from snacks/candy to cash prize.
Last game untuk malam tu dan yang paling lama sekali is Pirate Barrel. Masing-masing dapat nombor turn untuk masukkan pisau dalam barrel tu. If nasib tak baik, patung Pirate tu akan melompat keluar dan kita eliminated from the game.
Bukan main fokus cik adik ni main. Haha
Jangan terkejut, finalist untuk game ni Iman dan Along. Huhu
Sabar menunggu keputusan akhir..:-p
Pemenang untuk game pertama ialah Bro Syazwan yang mengutip 9pts.
Game kedua dimenangi oleh Bro Faris.
Game ketiga dimenangi oleh Along, tapi amik gambar dengan Iman jugak sebagai pemenang bersama..:-)
Hadiah terakhir diberikan kepada peserta yang banyak masuk Top 3 tapi tak menang iaitu aku. Semua game top 3, tapi takde luck. Sobs
Iman bergambar bersama ibu..:-)
10.30pm - aktiviti hari pertama kami ditamatkan dengan jayanya. Before tidur sempat lagi quick discussion untuk event hari kedua pulak.

That's the wrap untuk entri hari pertama kami di Ipoh. Ada lagi two more entries yang akan aku sajikan for the next hours. Stay tuned

Wednesday, May 7, 2025

Kisah AKU n Syawal 2025 - Wk5

Assalamualaikum,

Rabu minggu lepas merupakan hari terakhir Syawal bagi tahun 2025 ini dan actually, ada satu lagi one last event yang aku join untuk menutupi bulan yang mulia ini.

Selasa lepas our department, Client Engagement (CET) ada buat makan-makan sikit. Very last minute jugak, tiga hari je discuss then terus execute. Nampak tak betapa efektifnya kitorang kat sini. Huhu. 
Simple je hari tu. Buat kat Common Lounge dekat Level 3. Our main menu pada hari tu ialah Nasi Tomato.
Berserta a lot of sides such as bihun goreng, Popiah, Mixed Lasagna and creampuff. Zetty, our colleague from Expressway unit yang in-charge untuk ordering hari tu, so memang mantap lah..:-)
Since CET ni tak ramai, ada dalam 15 orang je. So kitorang invite jugak few department/unit yang banyak work closely dengan kitorang such as GR, Sales, Commercial dan juga our HRBP.
Ucaptama from our Director, Tn Ridzal.
Makan pun kat meja kaunter tu. Sempoi. Haha. Diorang tak share gambar lagi, so kita jalan je update dulu..:-)
Anak perempuan aku, si Iman tu pun ada sambutan Hari Raya jugak kat taska dia. Cuba cari mana cik adik manis tu? Huhu
Sabtu lepas aku menyinggah rumah ayah, since family Along ada datang. Bersembang plan bercuti kami untuk tahun ni and we have decided cuti Hari Wesak ni untuk execute our vacation. Amboi cepat betul. Yelah, karang plan hujung tahun ada pulak halnya. Sambil menyembang tu aku tapau Grab Uncle Jack Fried Chicken from Giant Rawang. Dah lama tak makan weyh, rasanya ada 10 tahun jugak!
Malam tu follow Syazwan and Faris ke Bukit Sentosa nak mendobi. Apa benda dobi sampai kesana, macam Sungai Buaya ni takde laundry..:-p
Oleh sebab the ladies slash plan aku untuk masukkan karaoke dalam itinerary vacation kami minggu depan, so kami yang jantan ni plan untuk karok malam tu. Haha
Kemana lagi kita kalau bukan ke Bintang Idola Bukit Beruntung.
Ada dalam 2 jam jugak karok malam tu.
Sebenarnya aku ada satu lagi event karok bersempena Dolah's bachelor party. Tapi lagi 2 minggu jugak nak menunggu. Menggigil beb sangap nak pegang mic. Bhahaha
Setel tepat jam 11 malam. Ingat nak pekena Naan Cheese kat mamak bawah tu. Tapi ramai pulak, sudahnya balik je lah.

Okaylah, itu sahaja cerita untuk officially menutup Diari Syawal aku untuk tahun 2025 ni. Semoga panjang umur untuk kira bertemu lagi di tahun depan. Amin In Sha Allah

P/S: Cuti kat mana? Tunggu je lah entri minggu depan..:-p

Saturday, May 3, 2025

Kisah AKU n 2 Mei 2025

Assalamualaikum,

2 Mei dah? Cepat jugak, mana taknya busy dengan kerja. Tau-tau dah nak masuk setengah tahun. Baiklah, nak story sikit one of the most important dates in my life dan blog ni. The date which I will remember and never forget in my life. Tarikh apa tu?
Pheww, 15 tahun dah blog aku ni! Haha. Kalau ada anak, dah masuk tingkatan tiga tau. Selamat Hari Lahir Diari McBride, semoga terus membesar dengan jayanya. Huhu
1,354 entries sepanjang 15 tahun blog ni live dalam Internet. Semua entry yang ada typed personally by me. Yelah, nama pun personal blog yang mencoretkan kisah hidup aku sejak zaman menjadi penuntut Asasi UiTM sampailah sekarang dah jadi suami dan bapak anak dua ni. Tak percaya rasanya blog ni masih mampu bertahan. Entri 2025 pun ada 23, less than 5 versus 1 Mei last year. Haha. Hopefully, I can still maintain at least one or two entri every month. Better ada daripada takde langsung kan. Bukan apa, bila dah ada anak ni manalah ada aktiviti sangat compared time zaman bujang dulu. Kalau ada pun entri berkait pasal family, office, sometimes games/mods review etc. 

Akhir kata, bersyukur sangat sebab dapat diberi kekuatan untuk terus menaip sambil berkongsi pengalaman, ilmu dan juga cerita yang diharapnya dapat memberi faedah kepada pelawat-pelawat yang sudi datang. More years to come, I guess and again, Happy Birthday Diari Mcbride