Sunday, May 5, 2019

Kisah AKU n Karok With Wifey

Assalamualaikum,

Haa, seperti yang dijanjikan satu lagi entri petang ni yang disajikan untuk sambungan dating aku dengan isteri tersayang ni. Bukan selalu kan nak bermanja-manja dengan Ija. Dulu before kahwin pun kitorang jarang sangat spend time bersama. Jaga ikhtilat katanya. Huhu
So, ceritanya malam semalam aku memang kepishangan kat rumah. Buat pulak Ija boleh pulak bukak playlist lagu-lagu yang aku nyanyikan kat dia time bertunang dulu. Apa lagi, buat aku membuak-buak rasa nak berkarok lah gamaknya. Haha
Cik isteri pun sudi je ikut. Takpelah, takkan nak tinggal sorang kat rumah kot. Dah lah belum dinner lagi. Nasib baiklah dapat wife taat camni. Hii
Pukul 9 malam jugak start. Perghh, dah lama tak masuk bilik petak ni. Ini lah port aku dengan kawan-kawan menghabiskan masa time bujang dulu. Good old time..:-)
Sesi memilih lagu. Advance dah kat KTV ni, dulu pakai remote je. Sekarang dah touch screen chaa! Haha
7 bulan aku tak pegang mic keramat ni. Huu. Bayangkanlah, last aku karok seminggu before kahwin beb! 5 November 2018 tarikhnya seingat aku lah..:-)
To my wifey, ni lah aktiviti kegemaran cik abang. FYI, sepanjang tempoh perkenalan kami, mana pernah bawak dia ni berkarok sekali. Laa ni dah kahwin, baru lah ada peluang nak bagi merasa sikit feeling bila time menyanyi tu. Huu
Tapi semalam aku je yang melenjan mic ni. Ija malu-malu lagi kot, ataupun memang dia tak minat langsung benda ni..:-)
Selfie seround before menghabiskan lagu terakhir. Sejam je semalam, okaylah tu. Dapat jugak melampiaskan nafsu karok yang berkecamuk ni. Haha

Around 10.15pm, kami berdua meninggalkan Bandar Rawang, singgah late dinner dekat R&R before menuju pulang ke rumah dengan hati yang girang. That's the wrap untuk entri petang ni, malam ni umat Islam akan membuka akaun Ramadhan masing-masing. Semoga kita semua beroleh keredhaan dari Allah untuk Ramadhan tahun ini. Amin In Sha Allah.

Kisah AKU n New Office!

Assalamualaikum,

Hari last dapat makan siang nampaknya hari ni. Esok dah nak start berpuasa kita semua. Cuaca kat luar bukan main panas lagi. Ujian semua tu. Huhu. Okay, entri petang ni aku nak berkongsi sikit cerita minggu di pejabat.
As the title suggested, minggu ni staf-staf pengurusan Quatriz RFID Fitment Center Operation & Tag Production Division akhirnya mendapat sebuah bilik untuk dijadikan sebagai pejabat rasmi kami di TPM ni. Aku, ditempatkan bersama bos Izuwan dan juga rakan sejawat, Zaaba dan Hazim dalam bilik ni setelah hampir enam bulan jadi gelandangan. Haha
Semalam sementara tunggu Ija sempatlah aku bernarsis sikit kat workstation baru ni. Yang paling penting detailed map kat belakang tu. Sesuai lah untuk aku yang in charge bagi business expansion ni.
Duduk tepi tingkap. At least sempatlah nampak lori clamper TPM lalu..:-)
Itu je lah cerita pejabat baru kami. Hee. Okay sekarang nak story sikit aktiviti yang aku dan cik isteri buat untuk minggu terakhir bulan Syaaban ni.
After office hour wife, macam biasa kami terus menuju pulang ke rumah. Elok je keluar Tol Duta, tiba-tiba je rasa cam nak berdating sekejap dengan isteri tersayang ni, maklumlah pasni dah masuk Ramadhan. So, aku pun drive ke AEON Anggun @ Rawang. Itu je lah mall yang ada pun kat sini. Huu
Sampai je, we had our lunch di Spices of Penang. They have some decent food here, memang fully recommended lah untuk korang yang datang berkunjung kat mall ni. Rambang mata nak pilih makan apa semalam..:-)
You jangan lah pandang I macam tu, nanti tergoda camna? :-p
Lepas makan, sempatlah window shopping jap. Nak survey barang-barang persiapan dan juga harga. Macam biasalah, aku ni before nak keluar large sum of money kenalah buat budget tabling dulu. Hihi
Haa, yang merchandise hat ni pun nak kena masuk dalam budget jugak. Maklumlah, semalam kan 4 Mei (May The Fourth). It's Star Wars Day!
Around 4pm, kami berdua bergerak pulang ke rumah. Malam tu ada cerita lagi tau. Nak tahu apa? Stay tuned lah kat sini ye. Sikit jam lagi aku update. Till then, take care semua..:-)

P/S: Semalam Newcastle kalah melawan dengan Liverpool. Tapi cukup tak puas hati dengan match official. Macam haram je. Kalau setakat nak bagi Liverpool tu champion, baik tak payah letak referee lah gila! Apa-apapun, tahniah kepada our boys yang berjaya memberi tentangan hebat kat skuad Kulup. Haha

Thursday, May 2, 2019

Kisah AKU n 2 Mei 2019

Assalamualaikum,

2 Mei eh? Cepat jugak, rasanya baru je celebrate tahun baru hari tu. Baiklah, nak story sikit antara tarikh terpenting dalam hidup aku dan juga blog ni. Tarikh yang memang sampai bila-bila pun aku akan ingatlah. Tarikh apa tu der?
Tudiaa, 9 tahun dah beb blog aku ni! Haha. Kalau ada anak, dah masuk Darjah 3 tau. Selamat Hari Lahir Diari McBride, semoga terus membesar dengan sihat ye. Huhu
936 entries sepanjang 9 tahun blog ni on-line dalam Internet. Semua entry yang ada ditaip personally oleh aku sendiri, without any shared content dari author lain. Yelah, dah nama pun personal website. Memang semua cerita kisah hidup aku sejak zaman menuntut Asasi UiTM sampailah sekarang dah jadi suami orang ni. Macam tak sangka pulak blog ni masih mampu bertahan, walaupun korang tengok entri tahun ni 19 je. Haha. Hopefully, dapatlah maintain at least satu dua entri sebulan. Better ada daripada takde langsung kan. Bukan apa, bila dah kahwin ni manalah ada aktiviti sangat compared time zaman bujang dulu. Kalau ada pun entri berkait pasal family, office je lah..:-)

Akhir kata, bersyukur sangat sebab dapat diberi kekuatan untuk terus menaip sambil berkongsi pengalaman, ilmu dan juga cerita yang diharapnya dapat memberi faedah kepada pelawat-pelawat yang sudi datang. More years to come, I guess and again, Happy Birthday Diari Mcbride