Thursday, May 10, 2018

Kisah AKU n PRU Malaysia Ke-14

Assalamualaikum,

Telah berakhirnya PRU Malaysia yang ke-14 menyaksikan Pakatan Harapan, an alliance between PPBM, PKR, DAP & Amanah memenangi simple majority kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan, sekaligus membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. Tahniah diucapkan kepada our new Prime Minister, Tun Dr. Mahathir dan juga barisan pemenang bagi kawasan yang dimenangi. Apa-apapun, entri pagi ni aku nak story sikit pengalaman mengundi aku untuk kali yang pertama ni. Let's start dengan cerita sehari sebelum GE dulu. Ayuh!
Trafik MRR2 sesak menghala ke Lebuhraya KL-Karak. Gambar ni aku amik sekitar jam 6 petang dari Level 4, AlloyMtd HQ. Ni semua pengundi yang nak balik ke Pantai Timur. Atas bawah jem. Huu
Yang ni pulak trafik di Lebuhraya PLUS menghala ke Utara. Bayangkanlah, aku gerak keluar dari office dalam pukul 6.15 petang, sampai rumah almost jam 9 malam. Dah rasa macam balik raya pulak. Huu. Kalau tadi pengundi nak balik Pantai Timur, yang ni pulak semua nak balik mengundi ke Utara. Kau buatlah macam mana pun Jib, Pakatan Harapan dibina atas People's Power yang mahukan perubahan. You will never stop us!
Sampai je rumah memang aku tertidur kepenatan. Pastu lepak dengan Dolah dari pukul 10.30 sampai 1 pagi kat Hijjaz. Terpaksa lepak luar Sungai Buaya sebab port makan kat sini semua dah jadi tempat parti-parti bertanding buat one last ceramah before Election Day.
9 Mei 2018 - The Election Day. Well, this is my first time mengundi bagi Parlimen Hulu Selangor, DUN Batang Kali. Aku menyarungkan baju biru muda warna rasmi Pakatan Harapan. Hii. Excited beb!
Aku ditemani adik dan Along bergerak ke pusat mengundi yang terletak di SMK Bandar Sungai Buaya, sekolah lama aku ni. Huu
Kenangan beb bila memasuki gate depan ni. Rasanya dah hampir 8 tahun aku tak menjejakkan kaki kesini
Start beratur sekitar jam 8.30 pagi. Memang ramai orang dah queue time ni. Pukul berapa siot korang datang? Haa
Ada 4 saluran kat Pusat Mengundi SMK Bandar Sungai Buaya ni. Keempat-empat saluran tak putus-putus rakyat yang beratur nak cast their vote to elect new government.
Around 10.30 pagi barulah aku selamat membuang undi. 2 jam beratur beb! Tayang ink kat jari sikit..:-p 
Sekitar jam 11 pagi, kami bertiga selamat mengundi calon pilihan. Kami gerak dulu while mak ayah jaga Mikail kat rumah. Kitorang balik, diorang pulak mengundi. 
Mesti korang terkejutkan, aku ni dulu hardcore gila sokong kepimpinan DSN. Tapi sekarang, he won't get my vote, and never be. Why? Sebab bila dah bekerja ni baru terasa frustration yang amat sangat diatas pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Harga minyak tak menentu, bayar cukai tu cukai ni, harga barang semakin meningkat, cost of living yang saban hari menyepit. Tu baru cerita pasal kepincangan ekonomi. Belum selak lagi isu corruption, fraud yang menyelimuti pemimpin-pemimpin kerajaan. Rasa kau Najib, asakan Reformasi Rakyat!
Singgah mengelam kat Bukit Sentosa dulu dengan ayah. PRU, PRU jugak, Mee Hailam jangan dilupakan. Hii
Malam aku mengikuti perkembangan semasa melalui social media. Kali ni takde pakai topi BN macam PRU lepas. Buat malu je tengok balik. Mak kata macam orang baru kahwin, pakai baju Melayu dengan inai kat jari. Haha
Beralih ke Astro Awani sekitar jam 11 malam. Tengok kat sini boleh tambah ilmu dengan analisis-analisis yang diberikan Penganalisa Politik & Ekonomi.
Kemenangan milik kita. Alhamdulillah Syukur. Saat-saat Pakatan Harapan mencapai angka 112 bagi simple majority yang membolehkan pakatan ini membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. Memang banyak kejutan bagi PRU14 ni - BN tumbang di Perak, Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah, manakala Pakatan Harapan selesa mendominasi kerusi-kerusi di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang. Parti pengkhianat, the hard-line Islamist PAS however masih mengekalkan Kelantan dan merampas Terengganu. Rakyat Perlis, Pahang dan Sarawak masih lagi belum bangkit dari tidur ekoran kemenangan BN disana.
Sampai pukul 5 pagi aku berjaga semata-mata nak tengok live announcement dari SPR. Berbaloi beb! Even tengah menaip ni pun mata barai dah tak cukup tidur. Bangga sangat dapat bersama-sama menumbangkan rejim UMNO-BN dalam pilihan raya pertama aku ni. Hii. Tapi lebih rasa bangga bila tengok our 92 years old Tun M yang diangkat menjadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia, return to power setelah hampir 15 tahun melepaskan jawatannya dulu. Dapat jugak kita sama-sama hidup menyaksikan kekalahan BN yang tak pernah kalah sejak 1957, dan sudah tentu untuk aku sendiri - hidup sebagai seorang belia ketika pemerintahan Tun M.

To wrap entri pagi ni, tahniah buat Pakatan Harapan atas kemenangan. Diharap dapat gunakan penggal yang akan datang sebagai platform untuk membantu rakyat, disamping membetulkan apa yang salah dimata rakyat selama ini. Mandat yang kami berikan janganlah diambil ringan. Ingat apa yang jadi kat BN bila kepercayaan rakyat bertukar menjadi amarah. We trust all of you to create a better future for us, a better Malaysia.

P/S: Newcastle kalah buat kali keempat berturut-turut. Lantaklah, asalkan PH menang. Hii

Sunday, May 6, 2018

Kisah AKU n Tawfiq's Wedding @ Denai Alam

Assalamualaikum,

Tonight nak share aktiviti aku dan ayah petang tadi. Jom start dulu dengan cerita dipejabat minggu ni.
Jumaat lepas ada dua tender submission, memang tidur office Khamis tu nak menyiapkan apa yang patut. Nasib baiklah ada our intern, Reza yang tolong hantar ke LEKAS, while aku sendiri ke Wisma PERKESO to submit another. Lepas hantar tu memang aku terus balik rumah je, pastu sambung tidur. Sleepy gila, dengan cuaca bukan main panas sepanjang minggu.
Malam Sabtu, I treat myself for a fine dinner kat BurgerByte. Maklumlah, nak celebrate the end of 5 minggu berturut-turut tender submission. This time aku makan Chicken Naked Burger, kenyang beb. Punyalah banyak portion diorang bagi, maybe diorang perasan aku selalu lepak sini kot. Huu
Eh, ni dah kenapa berbaju Melayu. Jap-jap, let me guess. Mesti nak pergi majlis kahwin kan? Yup, betul tu. Siapa lagi nak pamerkan budaya berbaju Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri. Petang tadi aku menemani ayah memenuhi undangan majlis persandingan anak rakan sejawat dia yang juga bekas bos lama aku di Orogenic Resources, Dato Hj Ziyad Elias.
Majlis yang menyatukan pasangan raja sehari yang diraikan, Tawfiq dan Saleha ni diadakan di Denai Alam. Tak jauh pun, kalau lalu GCE adalah dalam 25-30 minit perjalanan dari Rawang. Kami sampai sekitar jam 1 petang, memang ramai tetamu yang hadir..:-)
Macam biasalah, ada sesi mini reunion sikit. Haha. Tapi nak cari meja kosong memang impossible tadi. Ramai gila, nak berjalan dalam tu pun payah. Buat pulak ada jenis yang dah makan, tapi tak reti-reti nak bangun. At least kasi chance sikitlah orang yang baru datang ni. Sobs
Dapatlah port bawah pokok. First time aku pergi majlis kahwin, makan berdiri. Amik nasi minyak lauk daging je sebab senang telan masuk mulut terus. Tak payah nak carik-carik. Nasib baik makanan sedap..:-)
Cantik rumah kat sini, gate-less concept. Tapi harga tak payah ceritalah, rasanya starting price 1 juta kot. Huu
Balik rumah sekitar jam 2 petang. Kat Denai Alam ni bukan main terik lagi, elok sampai Sungai Buaya hujan selebat-lebat alam. Perfect sangatlah nak tidur. Hee

Masuk ni dah tujuh wedding aku attend untuk tahun 2018 ni. Majlis aku sendiri pun counting months ni, berdebar pulak rasanya. Harapnya semua berjalan dengan lancar. Amin In Sha Allah. Okay, bagi menutupi entri malam ni, suka aku nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Tawfiq dan pasangan, semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

P/S: Newcastle kalah lagi semalam dengan Watford. Kekalahan ketiga berturut-turut. But what the hell, yang penting kita dah selamat. Haha

Wednesday, May 2, 2018

Kisah AKU n 2 Mei 2018

Assalamualaikum,

2 Mei dah? Cepatnya tahun ni, pejam celik tahu dah masuk bulan 5. Okay, cam biasalah seperti tahun-tahun sebelumnya. 2 Mei ni antara hari yang aku wajib ingat dan sambut dalam kalendar hidup ni. Why?? Untuk siapa yang close dengan aku diorang tau lah kepentingan 2 Mei ni. Huu
Selamat Hari Lahir yang kelapan buat DiariMcBride! Haha. Dah lapan tahun aku blogging rupanya. Tak sangka beb, dulu ingat buat blog suka-suka je, pastu menaip tu jadi habit sampailah sekarang dan In Sha Allah, sampai bila-bila. Blogging ni perlukan komitmen dan juga minat. Takde minat, takdelah komitmen. Bila komitmen takde, tu yang terbengkalai sampai tak update. Macam aku sekarang try jugak untuk keep this blog running with at least one entry per week. So far, progress as on May memang looks promising. Harapnya dapat lah kekalkan momentum tu..:-)
Sepanjang 8 tahun, aku menaip a total number of 880 entries dalam blog ni. Of course, saban tahun jumlah entri makin menurun. Biasalah, komitmen bertambah. 4 tahun pertama aku masih menuntut di UiTM. A lot of stories nak share. Belum tambah entries pasal politik lagi. Haha. Lepas belajar, masuk fasa kedua - alam pekerjaan. Tak banyak benda nak share pun. Cuma nasib baik sebab still ada kawan lagi, so ada lah aktiviti nak berkongsi. Huu
Today's onward marked the starting of fasa ketiga - building my own family with Ija..:-)

To wrap today's entry, bersyukur kepada Allah yang memberikan aku kekuatan minda dan fizikal untuk terus menaip disini. 8 tahun beb! Bukan senang nak maintain tu. Hopefully dapat terus blogging for many years lagi. Huu. Happy birthday sekali lagi untuk my handsome blog. Thanks for being my life diary..:-)