Monday, June 12, 2017

Kisah AKU n Ramadhan 2017: Day 17

Assalamualaikum, 

Salam Nuzul Quran kepada umat Islam yang menyambutnya. Boring beb! Nak keluar takde geng pulak. Yelah kita ni mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Hari tu plan nak melawat Bro Shah Alam , time follow up kena canceled terus atas kekangan masa from their end. Kena tunggu tahun depan lah nampaknya. Harapnya plan dengan Bro Sungai Buaya minggu ni on lah ye. Amin
Keseorangan aku berpuasa minggu lepas. Straight seminggu since mak ayah pergi Melaka. Ni je lah makan buat Sahur. Huu
Berbuka pulak kalau tak banyak kerja kat ofis then balik awal, sempatlah tapau makanan berkhasiat macam nasi goreng ni..:-) 
Kalau dah pukul 7.20 pun kat Tol Duta lagi , singgah R&R Sg Buloh tapau fast food lah nampaknya..:-p
Kalau nampak baju melayu bergantungan memang sah perangai aku time Ramadhan ni. Huu
Minggu lepas ada kick off meeting kat Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). Well, we won that tender and have been awarded that project. Congratulation Quatriz!
Sepon tengah fikir jawapan terbaik nak menjawab soalan Ain pasal pipi dia. Haha
We are now servicing four highway concessionaires after ANIH (Lebuhraya KL-Karak & Lebuhraya Pantai Timur 1), LITRAK (Lebuhraya Damansara-Puchong), MEX (Seri Kembangan Interchange) and the latest one; PROLINTAS through Lebuhraya Kemuning-Shah Alam
Huhu. Bangga beb! After all, thanks to my BD team yang bertungkus lumus menyiapkan tender dokumen. We've done our part, you guys may take it from here.
 
Khamis dah rileks sikit kat HQ. Siapa kata kat sini tak boleh tidur bawah meja? Kalau dah mengantuk tu mana-mana pun boleh jadi port. Hee
Ni pulak Jumaat lepas. Bajet nak try balik on time 4.30 petang. Sudahnya nak dekat jam 6.30 jugak sampai. Sumpah aku tak hingin nak balik on time lagi. Buat habis minyak je sangkut lama-lama atas jalan camni..:-(
Looking good, isn't?
Ehh, by the way semalam aku strolling kat FB then terjumpa satu page cerita seram baru; Arkib Angker Negara. Memang best, kemas je page ni. Satu post satu cerita. Most of cerita yang dikongsi diolah dengan laras bahasa yang mudah difahami. Sila klik link ni untuk follow. Highly recommended and money guaranteed. Huu

Nothing special kan, a typical Ramadhan for Farid I guess for this last 2 years. Rasanya 2015 is the best, walaupun duit banyak habis. Haha

P/S: Layan pulak lagu Endless Love ni. Kebetulan hari tu pendrive rosak, dengar radio keluar lagu ni dekat Sinar FM. Macam biasalah, try to memorize the lyrics then nyanyi sampai terlelap..:-)

Sunday, June 4, 2017

Kisah AKU n Iftar @ Mohd Chan Bukit Beruntung

Assalamualaikum,

Sejuk je rasanya pagi Ramadhan yang kesembilan ni. Nak kata hujan lepas sahur tadi, takde pulak. Tapi yang pasti memang sedap tidur balik lepas Subuh. Hee. Alright, simple je entri pagi ni. Nak story sikit pengisian minggu pertama Ramadhan aku. Seperti yang aku mentioned dalam previous entry, so far aku dah bahagikan pengisian minggu-minggu yang ada dalam bulan ini kepada tiga. Yang pertama bersama family, kedua dengan rakan-rakan seperjuangan di UiTM dan yang terakhir sekali with my Bros Sungai Buaya ni.
Seperti yang dirancang, semalam merupakan turn bersama keluarga yang tersayang. Kat mana lagi restoran yang highly recommended by me kalau bukan di Restoran Mohd Chan Bukit Beruntung ni. Ini merupakan visit kali keempat aku kesini sejak tahun lepas. 
Seawal jam 2 petang lagi aku dah call diorang for table reservation. So, kami sampai je makanan semua dah terhidang. Hampeh betul, elok nama aku Farid jadi Hariz pulak. Haha
Ada orang tu merajuk semalam. Chill lah, benda kecik pun nak bergaduh mulut.
Along ada semalam since suami dia, Syazwan tengah outstation sepanjang minggu lepas. Yelah, duduk sensorang kat estet tu macam-macam boleh jadi..:-)
Huh, ada pun budak ni. Dah kena paksa baru nak balik. Haha. Ni merupakan first visit bro Faris dekat restoran ni..:-p
Ni lah antara juadah berbuka kami semalam - Siakap Goreng 3 Rasa, Lemon Chicken, Shanghai Dumpling..
ada Broccoli Scallop, Butter Prawn dan juga Seafood Tomyam berserta satu jug Fresh Orange. Siot je pakcik sebelah tu dok tengok meja kitorang. Mana taknya, sampai-sampai dah ada makanan. Tu lah, lain kali telefon tu jangan guna buat main FB je, boleh jugak guna untuk reserve table. Planning dear uncle, planning. Haha
Start less and slow. Bismillah..:-)
Order the famous Homemade Chicken Roll for appetizer. Sedap ni, siap tapau satu lagi bawak balik.
This is our family habit bila makan luar. Bersihkan meja, kumpulkan pinggan, cawan in one place while asingkan sisa makanan yang ada. Kata mak, tak salah nak tolong diorang daripada biarkan meja bersepah. This is the height of ethics yang patut kita terapkan dalam kehidupan seharian..:-)
Housing loan ada problem sikit - Bank tak boleh nak commit to 90%. Diorang cuma boleh release 60% je. Aku pun tak faham lah macam mana Bankers tu kira cost of living aku sampai RM 500 seminggu. Pala bana dia lah! Aku seminggu RM 300 pun tak cecah siap boleh cover petrol, TnGo, makan minum lagi. Bila ditanya, kata sistem yang compute. Haish, nampaknya delay lagi lah planning aku nak berumah ni. 

That's the wrap of today's entry. Selamat berpuasa aku ucapkan kepada visitors yang sudi menyinggah. Semoga puasa kita hari ini diisi dengan amalan ibadah yang diterimaNya. In Sha Allah.

Saturday, June 3, 2017

Kisah AKU n Ramadhan 2017 - Day 8

Assalamualaikum,

Sekejap je dah masuk hari kelapan kita berpuasa tahun ni. Walaupun minggu ni memang terasa lama dekat pejabat. Tahun ni juga merupakan tahun pertama aku berpuasa di AlloyMtd. So, memang terasa lain dengan pengalaman berpuasa di Malpro tahun lepas. Apa yang lain? Jom lah baca sikit..:-)
Okay, ni yang pertama. Kalau dulu lepas sahur boleh tidur since rumah dengan office 15 minit masa perjalanan je. 8.30 masuk, pukul 8 baru aku gerak. Tahun ni jarak office dengan rumah mau sejam. Buat pulak time puasa ni regulation HQ kena masuk 8.15 . Sudahnya lepas sahur aku terus mandi, 6.30 pagi dah keluar rumah. Sampai basement parking around 7.10, rendahkan seat then tidur. Haha
Ni yang kedua. Dulu tak busy sangat kat office, memang goyang kaki tengok movie je. Kalau ada kerja pun setakat dispatch dokumen, buat courtesy call je. Tahun ni memang lain, almost everyday busy. Buat pulak minggu ni ada satu tender yang kami dah submit semalam. Memang kena mobile jugak aku between HQ dengan TPM office. 
Sesi pengagihan kurma dari wakil AlloyMtd di TPM office..:-)
Okay lah dapat sekotak. Dari tahun lepas tak dapat apa langsung. Huu
Yang keempat waktu balik. Kat Malpro dulu balik pukul 5 petang, memang sempat sangat nak singgah bazaar tapau roti jala. Huu. Kat sini pulak 4.30 dah boleh keluar, tapi korang tengok lah MRR2 ni. Bukan kat jalan je, nak turun lift pun padat. Sudahnya aku keluar office pukul 5.30 jugak. Serupa tak payah datang awal..:-p
Macam bodo je gambar ni. #DoneAsar. Haha
Balik 5.30 ni jalan tak lah sesak mana. Habis-habis sesak pun dekat Tol Batu DUKE dengan Duta je. Lepas tu clear dah. Normally, before 6.30 tu aku selamat sampai rumah. Hat ni pun beza jugak. Tahun lepas santai je balik rumah, yang ni kalau takde sumpah seranah tak dan. Haha
Alhamdulillah, setakat ni Terawih cuma missed hari Rabu lepas je. Itu pun sebab kena amik adik kat USIM. Pukul 6.30 petang baru gerak dari Nilai, memang pisang lah kat Sungai Besi tu. Nasib baik dah drive thru KFC siap-siap..:-p
Haa ni cam shit. Khamis lepas aku ke TPM buat tender PROLINTAS tu. Bila buat tender ni kadang-kadang boleh leka sampai tak sedar benda sekeliling kita. Habis je wrap dokumen tu aku tengok jam dah pukul 6.50 petang. Memang konfirm berbuka dalam kereta, kebetulan ada air mineral. Jadilah buat mengisi tekak yang dahaga. Huu
Semalam aku dan Afiq melawat si Wak Dol kat Shah Alam, sempatlah bersahur awal dengan diorang ni. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami memang ada plan iftar, cuma jadi ke tak tu belakang cerita. Tentatively, dengan bro-bro ni minggu ketiga Ramadhan (17/6), minggu depan (10/6) In Sha Allah kalau bro-bro Shah Alam tu ada aku ingat nak melawat. Petang ni pulak aku nak beriftar dengan keluarga. If everything is according to plan, perfectlah setiap minggu ada pengisian program. Huu

Okay lah, cukuplah cerita untuk entri kali ni. Nak tengok Star Wars jap. Selamat berpuasa dan In Sha Allah semoga berjumpa lagi di lain entri. Till then, take care semua!