Friday, March 8, 2013

Kisah AKU n CR

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal CR. Hah? CR? Cristiano Ronaldo ke? Of course la tak, CR ataupun nama panjangnya, dikenali sebagai Class Representatives merupakan satu jawatan yang wujud di peringkat sekolah, universiti etc. Bezanya, waktu sekolah namanya Ketua Kelas, but kat universiti CR la titlenya.

Kenapa aku nak bukak cerita pasal CR ni? Huu, sebenarnya belakangan ni biasalah tengah awal sem, lecturer-lecturer pun tengah sibuk cari student-student yang cukup generous untuk membantu diorang melicinkan tugas kelas. Setakat ni dah berapa kelas aku masuk, semua lecturer dok tanya siapa nak jadi CR, aku tundukkan muka je. Malas dah nak jadi CR ni sebenarnya memikirkan sejarah lama waktu part 2 dulu.

Part 2 dulu, semuanya bermula kat kelas ECO415. Si dua ekor tu pergi petik nama aku kat lecturer, plus hari tu hari Isnin dan sememangnya Isnin la hari aku paling suka sebab pakai formal set. Dengan smartnya, memang convincing betul lah sampai Pn Juliana appoint aku jugak. Aku ingatkan untuk satu kelas je, pastu terus terheret untuk took command seluruh subjek untuk Part 2 termasuklah kokurikulum. Hambar hidup aku, huk.

Antara role-role seorang CR pada experience aku:

1) The Class Photocopy Machine - so far ni paling mencabar mental dan fizikal. Bayangkanlah, bukannya setakat photostate untuk 30 orang, sometimes ianya melebihi 60 student sebab waktu Part 2 kelas kan bercampur-campur, susah nak dapat the exact amount. Plus, kemungkinan besar kita akan rugi sebab of course akan pakai duit sendiri dulu baru claim, semuanya sebab nak kejar masa. Tanyalah si Zaza yang jadi bendahari aku - memang kelam kabut. Part yang paling kecewa bila aku dah penat-penat angkut photocopy, tiba-tiba ada pulak umat yang kata dah ada. Kalau tau dah ada, buat apa tulis nama pastu tak nak bayar pulak. Aku ingat kau lagi la gemuk..!!

2) The Class Booker - ni tak selalu sangat, and bila dah kena memang bagi susah sikit sebab nak kena datang fakulti untuk booking. Ada satu part tu bila seorang lecturer(dirahsiakan nama) mintak aku booking kelas petang, dah la pagi tu aku takde kelas nak rehat semua. So terpaksa lah mandi, pakai baju semata-mata nak booking kelas, takut nanti tak kosong pulak.

3. The Class Technician - ni merupakan rutin harian aku. Yang tak bestnya kena datang awal untuk booking, kalau lambat tak dapatlah. Benda ni boleh jadi 2-3 kali sehari bergantung kat jadual kelas sampai Abg Mamat tu pun dah muak tengok muka aku, semua sebab aku hold CR untuk many subjects.

4. The Informer - haa, ni pun selalu jugak. Sebab tugas penting sebagai CR ialah untuk menyampaikan apa-apa update berkaitan kelas - kelas batal, lecturer tak datang etc. Maklumat juga boleh jadi macam pembahagian topik assignment, queue presentation dan juga grouping

5. The Assistant Lecturer - Ni jarang tapi bila dah dapat rasa diri ni powerful sangat dimata classmate. Mengambil contoh kelas QMT dimana aku diberi authority oleh Mdm Hezlin untuk supervise Test 1 untuk student-student. Mdm just call suruh amik kertas kat bilik dia (FSKM), distribute, bila dah siap hantar kat Hotel UiTM dimana kat situ, mdm belanja aku..huu, best :-)

6. The Class Guardian - Well, ni bukanlah rutin tapi sometimes happen on the special occasion. Seingat aku sekali je aku pernah rasa, waktu kelas ADS460 dimana pada waktu tu takde sorang pun student yang dah siap individual presentation. Prof Zul mengamuk and beliau nak at least sorang presenter tampil untuk menyelamatkan maruah kelas, sebab kelas-kelas lain takde masalah. Aku yang sepatutnya kena present minggu depan dengan berat hatinya present minggu tu jugak demi kelas. Ceyh, poyos je ayat. Tapi, this is a true story. Tanyalah classmate-classmate aku.
So, itulah dia pengalaman aku jadi CR. Terkilan jugak bila ada kawan-kawan yang dok kata aku ni emo, kuat merungutlah waktu jaga diorang. Sometimes, kita senang judge orang tanpa meletakkan diri kita kat tempat seseorang. Bukan apa, pada pendapat aku kalau korang rasa diri tu dah cukup hebat nak mengata macam-macam yang buruk, apa kata korang try berada kat tempat aku. Ini situasinya - korang tak pernah jadi CR, pastu bukannya lead satu kelas but 7 kelas. Nampak tak tensionnya tu, dengan ragam classmate yang kaki ponteng kelas, yang jenis makan semut banyak, yang jenis tak amik peduli pun pasal study. Semua ni aku nak kena handle. Apa-apaun sekarang ni I'm a free..cuma ada satu kelas je aku jadi class rep - tu pun sebab kelas tu semua perempuan, aku sorang je laki..:-p

Kisah AKU n Our 1st SMF's Gathering

Assalamualaikum semua, malam semalam aku berpeluang join gathering pertama SMF untuk semester ni. Biasalah makan-makan, seronok-seronok dulu before melalui semester yang dijangka akan menjadi busy setiap minggu dengan modul-modul fakulti, dan juga program-program dianjurkan. Luckily, gathering semalam dibiaya oleh Aiman dan Gamo, the proud of SMF - JPA Scholar..tahniah guys!!
Venue gathering kami kat sini lah - huu, Pizza Hut Seksyen 7. Setiap sem mesti aku ada makan kat sini, sem lepas reunion Abg Nezam Crew..:-)
Bincang apa tu bro? Pasang-pasang telinga tadi dapat lah curi dengar diorang sembang pasal jersey bola..haa
Rakan-rakan SMF perempuan yang hadir , ramai jugak kan. Sebenarnya kalau ikutkan, SMF ni banyak perempuan and dijangka semester depan dan mendatang akan terus didominasi oleh perempuan. STC-STC yang baru pun mostly perempuan,dua orang je lelaki..menyedihkan..huk
Deq Joe bersama Pok Jad. Joe ni dah jadi NR jugak, haa..welcome to the club..:-)
Dari kiri, Hisyam (MPP), Aiman (penaja untuk CDO kami malam ni..tenkiyu Aiman, jasamu dikenang), Aku (terpejam pulak mata, penat doe - petang tu turun green) and finally Deq Joe.
Tumpang Mior pnya kamera tablet..haa, unik sikit
Proses mengorder, aku tak pasti lah berapa banyak pan pizza tadi. Tak campur side lagi - chicken wings, ice cream, french fries..huu
Training makan beradab..huu, gurau-gurau ye.
Hah, licin terus. Kuat makan jugak budak-budak SMF ni, si Tiqah tu paksa aku makan 3 keping tadi..kembung perut aku, pastu telan aiskrim pulak..
Kekenyangan pun sempat snap picture lagi. Takpelah, memori tau. Nanti dah ada anak boleh tunjuk kenangan-kenangan papa diorang ni..huhu

Sunday, March 3, 2013

Kisah AKU n Terima Kasih Perwira Negara!

Assalamualaikum semua, minggu ni merupakan minggu yang amat gelap dan sedih buat rakyat Malaysia yang cintakan negara ini. Negara kita sudah kehilangan 8 anggota polis didalam pertempuran berdarah di Lahad Datu. Entri ini ada unsur politik, tetapi lebih kepada rasa patriotisme didalam diri ini.

Menyingkap kembali tabir konflik yang berlaku didalam negara kita. Tidak dinafikan pasukan keselamatan banyak memainkan peranan didalam usaha memerangi krisis didalam negara. Bermula dengan penubuhan Batalion Pertama RAMD yang membuat penampilan didalam Perang Dunia Kedua, kemudiannya disambung dengan legasi unggul pasukan keselamatan didalam Communist Insurgency, peristiwa berdarah Bukit Kepong, Grik, Sungai Semur dan lain-lain. Semuanya memperlihatkan jati diri dan kehebatan anak watan dalam memerangi musuh negara. Negara dikejutkan dengan Peristiwa Memali dan juga Al-Maunah, musuh kali ini datang dari kalangan bangsa senegara sendiri.

Kini, Lahad Datu Standoff, konflik terbaru yang setakat ini meragut nyawa 8 anggota keselamatan. Yang pertama di Kg Tanduo, dan merebak ke Kg Siminul, Semporna. ATM digerakkan ekoran daripada kedegilan penceroboh untuk menyerah, malah memilih untuk berjuang mati-matian demi kedaulatan Kesultanan Sulu, katanya. Inilah kali pertama aku duduk lepak kat kedai makan semata-mata nak tengok berita terkini, sedih bila tengok part wira negara yang dikebumikan. Bukan sedih je, tapi semangat patriotisme ni berkobar-kobar, rasa macam nak pergi cincang je dalang konflik tu.

Haa, kali ni baru nak cerita politik sikit. Kekadang tertanya-tanya kenapa ada pemimpin pembangkang yang suka sangat buat rakyat marah dengan menghina dan mencaci pasukan keselamatan, lagi-lagi yang sudah terkorban. Manalah perginya simpati dan rasa hormat mereka tu. Tapi, kekadang tak pelik pun sebab pembangkang ni memang apa-apa isu pun diorang tak de hati perut. First, si komunis Mat Sabu tu yang dok cela polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong. BERSIH pula dimana mereka menyalahkan pasukan keselamatan, tapi bila dah jadi macam ni barulah mencari-cari pasukan keselamatan yang dok diorang hina dan caci dulu. Kekadang tertanya-tanya jugak manalah pergi demonstrator yang dok sibuk nak berkorban demi negara dulu, yang paling penting "komando" Unit Amal PAS..kii. Takpelah, aku faham matlamat perjuangan diorang - bukannya untuk negara, tapi untuk individu tertentu.

Ok, dah la..cakap banyak-banyak nanti ada pulak orang yang tak puas hati dengan aku. Lagi-lagi orang-orang yang aku sayang pun bukannya satu kaler dengan aku, kecik hati diorang nanti.

Al Fatihah kepada perwira-perwira negara yang gugur didalam usaha memerangi penceroboh negara. Salam takziah kepada keluarga mereka. Semoga Allah merahmati perjuangan dan pengorbanan mereka. Amin