Fuhh, lama tak update mat. Busy betul bulan Oktober ni, yang cerita aku nak update ni pun actually cerita dua minggu lepas. Haha. Okaylah straight to the point je lah, dalam entry ni suka aku nak share sebuah event family yang berlangsung at my hometown, Bota Kanan. Event apa tu? Keep scrolling.
Sampai Seri Iskandar dalam jam 5 petang jugak. Tak terus check-in pun, lepak mengopi kat Pahat Kopi duluLepas revive energy baru lah kami bergerak ke homestay yang jaraknya dalam 2KM sahaja.
Kami menginap di IFS SOHO Seri Iskandar. Studio house dengan dua bilik, memang ngamlah untuk kami yang datang dengan 2 family dan seorang bujang.
Dapur pun agak lengkap dengan water heater, induction cooker dan juga pinggan mangkuk.
Kat living hall, ada TV lengkap with Netflix account.Malam tu sekitar jam 8 malam, kami semua bergerak ke town Seri Iskandar untuk makan malam.
Ni je yang ada. Restoran lain agak penuh jugak, maybe orang ramai balik kampung due to Deepavali.
Sempat lagi main before masuk bilik.
Malam tu chill dengan siblings dan anak-anak, layan Netflix.
Pagi Ahad tu sekitar jam 10 pagi, aku dan family dah bergerak ke kampung yang terletak di Bota Kanan. Around 10KM from Seri Iskandar.
Majlis ni merupakan majlis kesyukuran untuk pakcik aku, Affendi yang baru saja melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Syamimi pada 31 Ogos yang lepas.
Ada proper pelamin jugak untuk tetamu yang nak bergambar dengan pengantin..:-)Sempat lagi bergambar, sebelum muka berminyak. Haha
Event dijadualkan bermula pada 12 tengahari. So, kami buat final preparation untuk check apa yang patut.Counter goodies, handled by Along dan cik isteri.
Dalam jam 12, tetamu dah start memenuhi perkarangan rumah Opah. At the same time, rombongan keluarga belah perempuan tiba.
Staff goodies kena buat kerja on-site. Haha
Korang bebudak buat lah apa yang patut.
Pakcik saudara belah family ayah; Cik Din dan Cik Ruzi pun ada datang jugak bersama isteri.
Dalam jam 3 petang, tetamu dah start berkurang. Baru lah kami sempat menjamah lauk kenduri yang marvelous ni.Standby just in case if ada tetamu yang datang lewat, ikutkan jam 4pm tutup kedai..:-p
Wakil from family En Gani untuk menyampaikan hadiah kami kepada pasangan pengantin yang diraikan.
Lepas Asar tu kami dah start packing, while waiting for caterer untuk pickup semula barang-barang.
Ada mini games sikit from pengantin kepada anak-anak buah. Main teka air katanya, alaa yang cam Indian youtuber selalu buat tu..:-pBerjalan petang di sekitar kampung.
Wife ajak sparring. Sekarang ni dia memang layan badminton. Tengok live-match, main every weekends. Dia tak tahu ke yang husband dia ni pun kaki reket jugak..:-pPagi Isnin tu sekitar jam 9 pagi lagi kami dah bersiap untuk check-out. Esok kerja beb!
Ada je budak dua orang ni. Tapi takpelah, main pun sebab tunggu bapak diorang berak lama sangat. Haha
Dah-dah jom balik, nanti jem pulak,
Gerak dalam jam 10 pagi, singgah early lunch di R&R Ulu Bernam before finally sampai rumah sekitar jam 1 petang.
So, itu je lah cerita malam ni. Okaylah, nak tidur. Esok aku ada flight nak catch up. Kepada Acik Fendi dan Kak Mimi, selamat pengantin baru diucapkan sekali lagi. Semoga hubungan yang dibina diberkatiNya dan berkekalan hingga ke akhir hayat..:-)
P/S: Esok Newcastle lawan Spurs for EFL Cup RO16. Tengok kat Kuching lah gamaknya.



































































