Sementara nak menunggu our important match menentang MU ni, sempat jugak jari ni menaip untuk cerita minggu kedua Syawal aku tahun ni. Takde Raya pun, nama je entri Syawal. Raya kat office buat tender. Huhu
As planned, Isnin lepas seawal jam 8 pagi aku dah balik KL dan terus masuk office. Since banyak sangat kerja, hari tu aku balik rumah pukul 8.30 malam jugak.
Sampai rumah yang ditinggalkan almost seminggu. Jam 3 pagi tu sempat layan EPL match berkesudahan dengan kemenangan Newcastle keatas Leicester. HWTL!
Hari Selasa memang full day dekat office nak menyiapkan tender.
Fuhh dah lama tak tengok pemandangan file/kertas bersusun camni. Ada 5 tahun jugak aku tak buat tender.
Tahun ni kena kerja keras sikit. KPI nampak macam agak payah nak achieve. Sobs
Ada member dua orang yang tolong. Correction. Sebenarnya aku yang tolong diorang ni since aku actually dah assigned by boss untuk projek lain since Raya hari tu. Huhu. Takpelah, we work as a team lah katakan.
Menunggu confirmation from bos untuk our final offering to client. Time ni si Farah tu dah balik, maklumlah bini orang. Karang ada jadi cam kes kat Quatriz dulu ada husband staff mengamuk..:-p
10pm jugak settle.
Parking pun dah kosong beb. Nasib baiklah parking kat sini ada cap RM25/day.
Baraiii..:-p
Singgah makan di R&R Rawang. Kedai pun dah banyak tutup, nasib baiklah Hot Kambing ni still bukak.
Esoknya, seperti yang dirancang aku ke rumah Irfan di Sri Damansara. Plannya pergi satu kereta je nak submit tender, if takde parking boleh drop-by. Alhamdulillah, sempat hantar kira-kira jam 11.30 pagi.
Khamis tu aku cuti. So, chilling je kat rumah and around 6pm aku bergerak pulang ke Melaka. Memang jem betul, pukul 10 malam jugak sampai Serkam. Pheww
Memang tak buat apa pun balik kampung kali ni. Ramai yang takde, so Ahad tu seawal jam 11 pagi kami dah bergerak pulang ke Rawang. Ni yang aku malas balik siang, jem nak dekat lima jam bhai. Pfft
Akhirnya sampai rumah jam 4 petang sekaligus menamatkan cuti wife dan anak-anak selama hampir 2 minggu kat kampung. Sampai rumah je excited tengok koleksi action-figure Star Wars yang aku amik from rumah ayah. Member dah minat pulak cerita ni. Haha
Itu je lah ceritanya. Masih takde lagi open house yang aku visit. Next week ada undangan open house JLand Group kat St Regis. Dan seperti tahun lepas, Touch 'n Go tak buat rumah terbuka ye tuan-tuan..:-)
P/S: Nervous pulak tunggu match Newcastle ni, sebab tengok rival terdekat banyak yang kalah. Biasanya kalau game-game penting camni mulalah deme buat perangan hilang point. Takpe, let's go get them.
NCT Alliance.company aku tuh..hang nak kerja dengan aku tak..dok sungai petani sahaja...
ReplyDeleteSP Plaza HQ company aku..baru beli...
ReplyDeleteSalam Kenal......ini betul org lama ni, jemput singgah di teratak saya yang tak seberapa...
ReplyDeleteW'salam. 15 tahun blogging tu rasanya memang dah cukup lama tuan. Baik-baik, ada masa sy singgah.
Delete