Saturday, February 25, 2023

Kisah AKU n Lawatan Fariq @ Balai Bomba Bukit Sentosa

Assalamualaikum,

Okaylah, anak-anak pun dah tidur. Aku sekarang ada kat Melaka ni, saja balik sebab petang tadi sempat hadir majlis persandingan rakan wife aku kat Ayer Keroh. Okaylah, nak cerita event minggu ni participated by my son, Fariq dan rakan-rakan taska dia. As the title suggested, diorang melawat Balai Bomba Bukit Sentosa yang merupakan event tahunan taska. Tapi aku rasa memang semua taska pun camni, time aku WFC dekat Rawang tu punyalah banyak truk bomba pusing-pusing bawak budak. Huhu
Cikgu memang dah bagitau seawal minggu lepas, tapi diorang boleh buat lawak pulak kata event tu hari Khamis instead of Jumaat. So lepas kerja je memang aku terus ke bookstore cari bahan nak buat seni. Dalam lawatan tu anak-anak kena serahkan apa-apa arts yang dibuat bersama ibubapa untuk diberikan kepada balai. Aku dah lah Rabu tu punya busy, sudahnya jam 11 malam jugak settle. Apa je seni yang hang buat Farid?
Sebuah diorama mini yang memaparkan empat anggota bomba sedang memadamkan kebakaran. Huhu. Buat benda ni 2 jam je beb! 
Ada jugak ada sketch something malam tu, basically untuk mengenang jasa anggota bomba yang terlibat didalam misi SAR di tragedi tanah runtuh dekat Batang Kali hari tu. Haa, yang ni pulak aku buat less than half an hour. 
Amacam kreatif tak air tangan ayah Fariq dan Iman ni. Kalau cikgu bagi saya sehari lagi, confirm lagi marvelous. Haha
Aku hantar anak-anak awal sikit before 8.30 since diorang dijadualkan bergerak jam 9 pagi. Naik van taska hari tu..:-)
Yang baby termasuk Iman duduk kat taska je lah ye. Huhu
Ketibaan di Balai Bomba Bukit Sentosa.
Sesi taklimat oleh pegawai bomba. Tah faham tah tidak budak-budak tu. Haha
Ada a few activities yang bebudak ni buat hari tu antaranya demonstrasi memadamkan api, dan juga beberapa latihan praktikal. Of course yang paling ditunggu diorang ni dapat meronda bandar Bukit Sentosa dengan fire truck ni. Ooi, aku pun tak pernah naik tau...:-p
Sesi penyerahan seni kepada pegawai-pegawai bomba. Muka ketat je si Fariq tu. Ce senyum sikit, menyombong je kerja budak sorang ni. Pfft
Bergambar kenangan sebelum balik taska.
Syok diorang dapat makan KFC. Huhu. Dalam jam 12, selamat sampai taska. Mission accomplished.
Yang ni selingan lah ye. Akhirnya dapat jugak kad TNG Visa aku ni. Memang function kad ni. Biasa kalau aku dapat elaun TNG E-Wallet, aku kena tinggu 1-2 working days untuk transfer duit tu ke bank or much worst kalau buat pukul 3pm keatas 3-4 hari. Tapi dengan kad ni, dah tak payah tunggu-tunggu. Kita boleh keluar duit kat ATM, or guna terus kat kedai yang accept EMV. Memang stailo, sampai ada budak 7-11 tanya aku ni kad apa. Huhu

So, itu je lah cerita malam ni. Hari pun dah nak hujan ni. Okaylah nak tidur, esok nak kena gerak balik Rawang. Malas nak balik petang takut jem, balik pagi sampaipun awal. Bolehlah buat apa yang patut.

P/S: Berdebar nak tunggu final Piala EFL, Newcastle menentang Manchester United ni. Semoga kemenangan berpihak kepada kita. Amin.

No comments:

Post a Comment