Saturday, April 9, 2022

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2022

Assalamualaikum,

Tanggal 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadhan 1443 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2022!
Minggu pertama Ramadhan aku tahun ni disambut di Melaka. Hari Jumaat lepas kami sekeluarga balik kampung, nak menghantar wife berpantang dekat rumah parents dia. 
Drive ada co-pilot yang teman. Haha
Kami bergerak dari Rawang jam 6 petang, sampai dalam pukul 10 malam jugak. Seronok lah bilik kami kat kampung dah pasang aircond. At least bagi anak bini selesa, maklumlah sebulan jugak duduk kat sana. Tahulah kan dekat Serkam tu dia punya panas tu camna. Huhu
Malam Sabtu dah start Terawih, macam biasalah aku dan ipar ke Masjid ar-Rahman di Kg Pulai ni.
Unlike tahun lepas, tahun ni solat Terawih dah boleh saf rapat. Alhamdulillah. Memang penuh masjid malam pertama hari tu. Nasib baik datang awal, adalah jugak parking. 
Hari Ahad banyak duduk rumah je, cuma petang tu ada keluar berdua dengan Fariq ke Merlimau nak cari barang-barang keperluan isteri sepanjang berpantang ni. Macam biasalah, lain benda yang dibelinya. Haha. Aiskrim tu Fariq yang makan okay, bukan aku tauu..:-p
Isnin kerja cam biasa, cuma timing lain sikit. Start 8.30 habis 4.30 petang. 
Petang pulak dalam jam 5.30 aku dan Fariq ke Bazaar Ramadhan di Serkam Darat. Kau boleh bayang tak aku punya pissed off bila ada makhluk yang call tiga kali time ni. Memang reject lah der, malam tu lepas Terawih baru aku response. Sometime nak kena ajar jugak, baru diorang respect sikit masa orang.
Selfie lah dengan my firstborn ni. Sengal tangan aku dibuatnya, tak nak jalan kaki langsung. Nak berdukung je. Dah lah badan mantap. Huhu
Malam tu aku pergi Terawih sorang since ipar dah balik Seremban. Kalau ikut plan asal, aku pun memang plan nak balik jugak malam tu. Tapi rasanya better stay dulu untuk monitor progress anak perempuan aku tu.
Hari lain pun rutin yang sama, except Rabu dan Jumaat ada checkup Iman dekat Klinik Kesihatan Umbai. Ngam-ngam hari yang ke-21 ni Iman bebas jaundice. Alhamdulillah. 
TGIF! Sama kan mata kami? Huhu
Pagi tadi around jam 2.30 pagi, aku pun bergerak pulang ke Rawang seperti yang dirancang, aku balik lewat jugak sebab nak tunggu anak-anak tidur. Takdelah rasa sedih sangat, aku plan akan balik Melaka setiap weekend sampailah wife habis pantang. Adalah dalam kira-kira sebulan lagi..:-)
Home sweet home. Sampai rumah dalam jam 5 pagi. Terus sahur, dan bukak laptop untuk update entri ni. Huhu

Menutup entri pertama Ramadhan 2022 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

No comments:

Post a Comment