Sunday, January 30, 2022

Kisah AKU n Nurul's Wedding @ Ipoh

Assalamualaikum,

Semalam, aku berpeluang memenuhi undangan majlis persandingan sepupu belah ayah, Nurul bersama pasangannya di Perak.

Petang Jumaat, after ambil wife dan Fariq singgah sebentar di Bukit Sentosa makan malam dan cuci kereta. Kereta dah macam apa penuh daun basah, gara-gara hujan lebat time kat Serdang hari tu.

Dalam pukul 9.30 pagi, kami dah bergerak dari Sungai Buaya menuju ke Ipoh dengan konvoi dua buah kereta. Trafik expected sesak sepanjang perjalanan, sudahnya enam jam jugak memandu semuanya gara-gara accident di Gopeng melibatkan treler. Hampeh betul, time-time ni lah nak jem pun. Pfft
Tapi nasib baiklah pemandangan highway PLUS arah utara ni quite scenic dengan gua batu kapur. So, takdelah boring sangat dalam kereta.
Budak ni pun tidur je. Huhu
Sekitar jam 3.30 petang, aku selamat tiba di venue majlis. Majlis yang menyatukan Nurul dan Syazwan ni berlangsung di rumah keluarga perempuan yang terletak di Chemor, Ipoh. Sampai-sampai je memang terus makan je lah, perut pun dah lapar.:-p
Menunggu turn nak amik gambar kenangan bersama pengantin.
Mak ayah bersama Fariq. Oh lupa pulak, Along tak dapat join since ikut husband dia outstation di Melaka.
Dapat jugak bergambar, ingatkan dah pergi buat outdoor photoshoot.
Sesi bergambar pengantin bersama sepupu-sepupu dan ahli keluarga mereka.
Kali ni pengantin bergambar dengan pakcik-makcik pulak. 
Sekitar jam 5 petang, kami meminta izin hos majlis untuk beransur pulang. Pulang kemana? Of course lah balik kampung sebab ada majlis tahlil untuk arwah atuk. Dah tiga tahun beb tak balik my beloved hometown ni. 
Tapi untuk kali ni aku booked hotel, maklumlah ada anak kecik. Buat pulak ramai sedara mara yang balik jugak untuk majlis tu. Booked dua bilik, satu lagi untuk ayah dan adik. Mak kata nak tidur sana, tapi kami check in dulu.
Kepenatan semuanya, kami decide untuk rest dulu dan gerak ke kampung after Maghrib.
Budak ni yang aktif sebab dah cukup tidur dalam kereta. Haha
Malam seperti yang dirancang lepas Maghrib kami balik kampung, dapatlah melantak lemang yang Opah buat. Huhu. 
Dalam pukul 10 malam, aku balik hotel. Cerita pasal majlis tahlil tu aku update in next entry lah ye.
Lepas Fariq tidur, singgah bilik ayah. Nak mintak ajar download movie katanya, mentang-mentang wifi laju. Tapi tak sampai sejam tau-tau dah berdengkur. Haha
 
Lepak main game sampai jam 2 pagi before balik bilik sendiri. Huhu

Itu je lah cerita majlis persandingan sepupu yang telah selamat dijayakan tadi. Apa-apapun tahniah sekali lagi kepada Nurul dan pasangan. Semoga ikatan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta diberkati Allah. Amin In Sha Allah. 

No comments:

Post a Comment