Friday, August 28, 2020

Kisah AKU n Mia San Mia!

 Assalamualaikum,

Sementara nak menunggu Maghrib ni elok rasanya kalau jari ni menaip entri yang memorable bagi peminat Bayern Munich macam aku. Bukan apa, balik awal pun jalan jem jugak. Baiklah aku lepak ofis, solat dulu. Ya, as the title suggested - Mia San Mia yang merupakan warcry bagi Bayern Munich. Aku pulak memang minat tiga team bola je - Newcastle United, Selangor dan juga The Bavarian ni. Kalau tengok almari baju, memang penuh jersi tiga team ni je. Haha

Ceritanya bermula Isnin lepas, seperti yang kita tahu merupakan final bagi UEFA Champion League. Grand finale diantara pasukan utama Jerman menentang Perancis - Bayern Munich vs Paris St. Germain. Yang kelakarnya memang ramai predict Bayern menang simply sebab historically time WW2 dulu Nazi Germany berjaya menjajah keseluruhan Perancis dengan mudah since France time tu surrender gitu je, takde fight langsung. Haha

Aku pulak memang pukul 3 pagi bangun, tapi tengok thru mobile phone je. Malas pulak rasanya nak turun bawah, mungkin sebab esoknya kerja kot. Kiranya dah habis game boleh sambung tarik selimut dan tidur je. 

Game memang mendebarkan, PSG lagi banyak attack tapi agak tumpul finishing diorang while Bayern maintain discipline defending throughout first half. Maybe second half masuk mod Blitzkrieg kot.

Sampailah minit ke 58 bila ex player PSG, Coman berjaya menanduk masuk hantaran lob dari Kimmich dan menjadikan kedudukan 1-0 hinggalah kewisel penamat.

Syok bhai tengok hari tu. Ni merupakan trofi UCL kedua Bayern dalam tempoh 10 tahun. Tahniah kepada coach Hansi Flick dan anak-anak buahnya. Last menang tahun 2013. Tapi sayang my favourite striker, Lewandowski tak skor pulak. It's okay lah, yang penting musim ni memang dia key player kami.

Kapten, Manuel Neuer menjulang trofi kejuaraan. Memang mantap performance brader ni hari tu, eventhough PSG melancarkan serangan bertalu-talu tapi Neuer ni tenang je jaga pintu gol..:-)

Nah gambar proper sikit, gambar-gambar atas tu semua screenshot pakai henset potato aku. Huhu

Dengan trofi UCL ni, Bayern berjaya melengkapkan treble. 2 trofi awal ialah DFB Pokal Cup dan Bundesliga. Pasni boleh target a few remaining trophies - UEFA Super Cup and FIFA Club World Cup.But, apa maksud Mia San Mia tu der? Maksudnya We Are Who We Are. Motto pasukan yang diolah dari Bavarian's word "Wir Sind Wir". 

Saja lah nak share sikit gambar lama aku pakai jersi Bayern ni, nanti korang mengata aku fans lalang pulak. Ni gambar tahun 2015 tau. Unlike Newcastle yang aku minat sebab one player (Alan Shearer) pada mulanya, Bayern ni lain sikit sebab aku bukan minat sorang dua, but hampir keseluruhan team. Tak yah cite lah minat aku kat national team Germany, lagi-lagi time diorang menang World Cup 2014. Most of national player Jerman time tu datang dari club ni lah - Neuer, Muller, Gotze, Lahm. Last-last sampai la ni dok support walaupun tak sefanatik cinta aku kat Newcastle. Huhu

Okaylah, nak pergi surau dulu lah. Karang gerak lewat sangat, tak sempat nak merasa Nasi Lemak Manjo lagi. Ni pun nak menyinggah keluar duit, karang pishang pulak balik kampung takde cash. Kat KL ni lain lah boleh pakai eWallet. Huhu

No comments:

Post a Comment